Trans Java 2012 : Part III (Day 2)

Friday, May 11, 2012


Dari Pasir Berbisik, kami kembali ke hostel. Melangkah masuk, kami dimaklumkan bahawa supir yang akan membawa kami ke Sg. Pekalen telah pun berpatah balik. Kononnya dah terlalu lama menunggu dan untuk menutup mulutnya yang sudah pun bising-bising, mereka yang berkenaan (lupalah namanya siapa) telah menghulurkan sedikit wang kepadanya. Cerita yang sangat memusykilkan. Memang kami terlewat dalam 20 minit tetapi takanlah sampai begitu sekali keadaannya. Serius, kami malas nak layan dan terus ke cafe untuk breakfast, Rp35,000 (buffet style).

Alhamdulillah,ini pun dah cukup nikmat buat kami. Oleh kerana lewat pulang ke hostel, makanan memang banyak yang sudah habis.

Sedang menjamu selera, kami diberitahu supir tersebut telah pun tiba. Aikk, kejap aje dah sampai, sekali lagi saya musykil - ya mungkin rumahnya dekat-dekat aje. Bertemu dengan supir, gayanya seperti tiada apa yang berlaku pagi itu. Emm, entahlah malas lah nak memusykilkan diri lagi.  Kali ini kami menggunakan khidmat supir bagi perjalanan, Bromo - Probolinggo (arung jeram) - Bondowoso (hostel + Ijen) - Probolinggo dengan harga Rp450,000/person. Ini harga terbaik yang kami berjaya perolehi. Plan asal kami, menaiki train malamnya terus ke Banyuwangi dan dari situ akan ada supir yang akan mengambil kami untuk ke Ijen (kononnya nak buat day tour ke Ijen) tetapi kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan transport ke Sg. Pekalen. Setelah berbincang, inilah keputusan yang mampu kami ambil.

Perjalanan diteruskan ke Sg. Pekalen di Kecamatan Tritis, Probolinggo dengan mengambil masa 2 jam untuk tiba. Apa yang pasti, kami perlu tiba tepat jam 12.30pm di Noars. Supir yang bagus, kami tiba tepat pada waktunya walaupun beberapa kali tersesat. Tanpa membuang masa, kami terus ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar dan membuat pembayaran dan terus bersiap untuk memulakan aktiviti kami petang itu.

Terdapat 2 pilihan rafting yang ditawarkan iaitu Songa Bawah dan Atas (boleh juga nak gabungkan keduanya tetapi harga pun mantaplah hehehe). Pilihan kami pada kali ini adalah Songa Atas (yang lebih extreme berbanding Songa Bawah) dengan harga Rp225,000/person. Apa yang menariknya, ia memakan masa sekitar 3jam untuk ditamatkan, berjarak 12km, menempuhi 50 jeram (ada yang kata 52 dan 54 jeram - x tahulah mana satu yang betul) dan melewati 7 air terjun (ada antara blog yang menyebut 10) iaitu Air Terjun Semilir Angin, Air Terjun Gua Kelelawar, Air Terjun Gua Kuba, Air Terjun Ular, Air Terjun Tangga Dewa dan Beautiful Noars Waterfall - berhenti di sini untuk rehat dan bergambar. Tiap kali melewati air terjun ini, tercungap-cungap dibuatnya; lemas seketika hehehe. Oleh kerana adanya jeram yang terlalu banyak, kita tidak perlu banyak mendayung kerana di sesetengah tempat jarak di antara satu jeram dengan jeram yang lain sangatlah hampir dengan ketinggian yang kadangkala membuatkan perut menjadi kecut hehehe (penat menjerit-best-hilang stress hehehe).

Sadis keadaannya, bila kami agak kurang dapat menangkap istilah yang digunakan. Lain yang disuruh, lain yang kami buat dan kadangkala terpinga-pinga hahaha. Jadinya, biasakanlah dengan istilah dayung maju, dayung mundur, kiri mundur, pindah kiri, kanan dan sebagainya hehehe

Info (sumber Songa Adventure)
Location : Sungai Pakelan Atas, Probolinggo
Start : Dusun Angin-angin, Dewa Ranugedang, Kecamatan Tiris
Finish : Dusung Gembleng, Desa Pesawahan, Kecamatan Tiris
Distance : 12km
Rapids : 54
Grade : II s/d IV
Point of Interest : Matador Rapid, Bat Cave, Waterfall

Layan pics (kredit to tasyha). Memang tak banyak yang dirakam sebab bila masa pula nak snap pic, ye tak?

Sebelum tiba di starting point, kena naik lori pickup dulu dari Noars office dan kemudian perlu menapak untuk tiba di sungai (dah macam acara merentas desa la pulak gayanya). Belum apa-apa, dah termengah-mengah dibuatnya :D


Kedua pics ini di Beautiful Noars Waterfall. Paling saya tak boleh nak lupa, bila kami tiba di situ untuk berehat tiba-tiba muncul pelangi (kecil aje saiznya) di sebelah kanan kami. Subhanallah..

Salah satu jeram yang ada.Kalau ada pertandingan menjerit terkuat, rasanya kamilah yang juara :D

Bersama Pak Bre yang sangat sporting hehehe

Di pertengahan, kami berhenti di Noars Rest Area untuk minum!!! Bagus betul. Kami diberikan secawan susu sapi panas yang telah dicampur dengan halia dan madu bagi memastikan badan akan sentiasa hangat dan pisang goreng. Memang hangatlah + angin dalam badan pun berjaya dikurangkan hehehe. Manakala sebelum aktiviti berakhir, kami berhenti di Jumping Area. Ini memang kerja giler, ok. Aktiviti di sini, lompatan bebas dari tebing dengan ketinggian lebih kurang 5 meter tetapi tiada paksaan untuk melakukannya. Saya terjun ke tidak? hehehe. Bagi saya RM1juta pun belum tentu lagi saya buat -

Aktiviti kami di Sungai Pekalen berakhir sekitar jam 5.00pm - bersihkan diri, makan (disediakan nasi campur) dan beli photo. Hari dan semakin gelap dan perjalanan kami diteruskan ke Bondowoso. Serius, masing-masing pengsan kerana kepenatan. Saya sedar pun ketika dan memasuki daerah Bondowoso kerana jalan yang dilalui sangatlah teruk keadaannya - gelap-gelitu, sunyi dan kiri-kanan adalah hutan. Tak nak memikirkan yang bukan-bukan, saya sambung semula tidur dan sedar bila kenderaan sudah memasuk kawasan homestay.

Segala urusan diselesaikan oleh supir, kami terus masuk ke bilik dan zzzzz. Rencananya ingin bertolak jam 2.00am ke kawah Ijen untuk melihat blue fire tetapi kita tengoklah nanti apa yang jadi hehehe.


4 orang dalam satu bilik, kesian yang sorang tu :D

Info:
1. Rafting, klik di sini -> Noars
2. Untuk tarif bilik di Catimor Homestay, boleh lihat di sini -> Catimor

*bersambung

You Might Also Like

5 comments

  1. Water rafting paling best penah aku try.. KKB + Gopeng pun kalah..

    Kite tunggu Padas pulak nnati.. coming soon.. hehhhe..

    p/s: kawah ijen owwwh.. kawah ijen.. pendakian satu penyeksaan.. hahhha

    ReplyDelete
  2. Wow.. I'm soo jealous :D. Best ada travel partner yg adventures..

    ReplyDelete
  3. wahhhh, best nya berpeluang berWWR kat situ huhuhu ...

    ReplyDelete
  4. tasyha, Padas ye???kita tgk dalam ramai2 tu sapa yang mampu bertahan hehehe...

    pendakian satu penyeksaan, tapi hasilnya bestkan? aku tak boleh lupa bab kita pakat lari ketakutkan tu...ada ke bunyi ayam disamakan dengan bunyi babi ahahah

    *tahun depan, jom ikut aku..ada plan lebih best dari ijen hehehe


    Hanani, yupp syukur dapat geng skepala..kalau tidak tak lepas jugalah hehehe


    Azizan, jadi apa lagi..jom ke Probolinggo hahaha

    ReplyDelete
  5. ....Terdapat 2 pilihan rafting yang ditawarkan iaitu *Songa Bawah dan Atas (boleh juga nak gabungkan keduanya tetapi harga pun mantaplah hehehe). Pilihan kami pada kali ini adalah Songa Atas (yang lebih extreme berbanding Songa Bawah) dengan harga Rp225,000/person. Apa yang menariknya, ia memakan masa sekitar 3jam untuk ditamatkan, berjarak 12km, menempuhi 50 jeram (ada yang kata 52 dan 54 jeram - x tahulah mana satu yang betul) dan melewati 7 air terjun (ada antara blog yang menyebut 10)
    RALAT : mohon maaf, kalo diperkenankan ralat, rafting memakai operator NOARS* karena itu yg diinformasikan harga NOARS
    makasi

    terima kasih atas kunjungannya

    ReplyDelete

Subscribe