Jalan2 Penang Part I

Saturday, August 21, 2010

Sebenarnyakan, saya dah lama teringin nk ronda2 Penang ne. Tiap kali ke sana mesti atas urusan kerja memang tak sempatla nak pusing2 pun, masa banyak dihabiskan di pejabat. So trip kali ini Nedia punya cadangan, dan saya rasa rugila kalo dilepaskan peluang ne. Impian saya tu..Plan ne tak sampai sebulan pun dibuat, cari review kat internet mana2 hotel murah dan tempat2 menarik yang wajib dikunjungi, akhirnya berjaya jugakla..Alhamdulillah...

Kitaorang gerak dari KL lepas keje by train berirama Senandung Semalam; kitaorang ambil katil atas (yang bawah semua dah sold out) dengan tambang RM40 sehala. Gerak dari sini pukul 10 pm tepat dan seperti biasa kepenatan di opis membuatkan saya pengsan, sedar2 kitaorang dah sampai di Taiping (lena giler tu) dan sampai ke Butterworth (last station) dalam pukul 5 am...Kitaorang Subuh di railway station aje, then terus gerak ke feri terminal..tambang murah aje RM1.20, perjalanan ke pulau ambil masa dalam 20 minit. Kitaorang dapat feri yang paling awal (6.00 am) so tak nampak apa pun, cuma dapat hidu bau masin air laut je huhuhu~

Sampai Pulau kitaorang ambil keputusan untuk ambil teksi ke Komtar. Almaklumla nak check in hotel pun tak boleh lagikan? Di Komtar kitaorang lepakla kat satu kedai mamak betul2 berhadapan dengan Komtar tu..sejam lebih gak kot kitaorang lepak kat sini, sambil dok pulun macam2 benda, selagi boleh masuk. Sambil tu plan mana tempat nk serang dahulu sementara nak tunggu ke pukul 12.00 pm untuk check in so kitaorang decided untuk ke Toy Museum, Tanjung Bungah by bus. Bukan apa murah sikit (kalo tak silap saya RM2 perkepala). Alahai nasib kurang baik, kitaorang sesat huhuhu~nasib baiklah driver bus itu tersangat baik hati dan sudi hantar kitaorang ke museum. Ikutkan tak payah bayar tambang tapi tak sampai hati so masing2 hulurkanlah jugak duit tambang; akhirnya selamat jugakla sampai ke museum tu..so dengan keadaan yang melekit masing2 pun berposing sakanla di sana...oh ye, nk masuk kena bayar tau. kalo tak silap RM10 untuk warganegara (jgn tak tahu, siap kena kuarkan ic sebagai bukti). Puas di sini kitaorang gerak ke Masjid Terapung untuk makan2 kat food court berhadapan dengannya (time kasih buat Faiz sebab bagi info pasal nie). Makanan memang sedap cuma rege agak sedikit mahal mungkin kerana kami orang luar...huhuhu~Perut kenyang terus ke GoodHope Inn Hotel untuk check in...Semalam RM75 (check tenetla ye kalo nak detail)..kitaorang pengsan setengah hari dalam bilik sebab kekenyangan kepenatan.






You Might Also Like

0 comments

Subscribe