3D 2N : Mt. Merbabu via Wekas - Selo ~ Dari Kenteng Songo menuju Savannah 2

Wednesday, May 25, 2016

Sambungan dari 3D 2N : Mt. Merbabu via Wekas - Selo ~ Perjalanan panjang menuju Keteng Songo

 
Menuju puncak - kulit kami dah mulai terbakar saat ini; panas sangat cuacanya

Dari Pos Batas Kabupaten kami kembali memulakan langkah menuju Kenteng Songo. Trek kali ini agak berbeza kerana di kiri kanan kami adalah gaung dan dengan cuaca yang agak terik tengahari itu segalanya menjadi begitu melelahkan. Ada beberapa puncak kecil yang perlu kami tempuhi sebelum tiba di puncak Syarif.
Trek nampak simple tapi...aduhai, terasa bilalah nak sampai ke penghujung...
 Puncak pemancar di balik kabut
 
Puncak Syarif

Kami berehat sebentar di kawasan lapang di pinggir puncak Syarif sementara Andika berpatah balik untuk mengambil dari Awan dan Syikin. Lihat disekeliling, SubhanaAllah tak tahu nak kata bagaimana indahnya. Terasa segala kesakitan dan ketakutan yang kami lalui sepanjang tempoh 2 hari ini benar-benar berbaloi. Benarlah orang kata trek Merbabu merupakan antara trek yang tercantik di Indonesia dan saya akui kebenarannya. Andai ada rezeki, saya ingin kembali ke gunung ini semula...
Puncak yang tertinggi itulah Kenteng Songo.
Pemandangan di sisi kanan kami - Boyolali

Kami melepaskan lelah sekitar 15 minit di sisi Puncak Syarif dan kami kembali teruja kerana puncak betul-betul sudah ada di hadapan kami. Cumanya, perut sedikit agak kecut bila mengenangkan Jambatan Setan yang akan kami lalui sebentar lagi. 
Laluan mendatar terakhir sebelum tiba di sisi Kenteng Songo. 

Kami tiba di tentengan terakhir, Jambatan Setan. Di sini trek agak bahaya dengan batuan kecil yang agak kurang stabil. Memang kena lebih berhati-hati di sini. Lihat ke atas, macam mana nak melepasi Jambatan Setan yang terkenal ini dengan beg di bahu masing-masing. Setelah berbincang, seorang naik dahulu untuk sambut beg sebelum masing-masing mengambil giliran melepasi jambatan. Fida, memilih untuk naik ke atas menggunakan tali yang disediakan manakala saya dan Syikin memilih untuk mencuba Jambatan Setan kerana tidak yakin mampu 'menolak' diri 'ke atas' hanya dengan menggunakan tali. Melepasi halangan ini, ada halangan  yang lebih besar menanti kami. Trek di sini lebih kurang seperti trek ke puncak Tabur East. Melapasi halangan ini, puncak Kenteng Songo berada kira-kira 15 minit di hadapan kami.
Jambatan Setan berada di atas Andika.

Akhirnya, setelah melalui pelbagai cabaran kami tiba di puncak Kenteng Songo di ketinggian 3,142 mdpl sekitar jam 4.00pm. Perasaan yang tak mampu diungkapkan; terasa kami berada di negeri atas awan.
 Puncak Kenteng Songo.
 Alhamdulillah, berjaya juga..
 Mt. Merapi yang ditutupi awan dan kabut
Savanna 2 dan 1 di kejauhan.

Dalam 20 minit aje di atas tu dan kami ajak Andika dan Awan untuk turun menuju tapak perkhemahan kami malam itu, iaitu Savannah 1. Trek kali ini memang menurun sepenuhnya. Gayat ada, seram pun ada lebih-lebih lagi dengan trek yang licin. Nak berpaut pada apa pun kami tak tahu, yang ada cuma rumput dan tumbuhan berduri sahaja. Memburukkan keadaan, kabut tebal tiba-tiba muncul dah hujan mulai turun. Sejuk namun pasrah.
Sebahagian dari trek menuju savannah

Melihatkan keadaan masing-masing yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan semangatnya dan hari yang semakin gelap, Andika membuat keputusan untuk camping di Savannah 2 sahaja.  Setelah 7.5jam berjalan, akhirnya kami tiba juga di tapak perkhemahan terakhir. Ngam-ngam khemah terpacak, hujan mulai turun. Nasib sekejap aje. Di sini juga kami bertemu dengan Jard & Geng! Patutlah naluri kuat sangat teringat-teringat pada mereka ini rupanya memang kami bakal bertemu. Sempatlah layan borak sebentar malam tu sebelum menyumbatkan diri dalam khemah.
Savannah 2 yang suram

Malam itu, kami sekhemah tak boleh tidur lena gara-gara hujan dan angin kencang. Saya sendiri tak mampu lena kerana kesejukan yang melampau. Saya tak tahu apa yang berlaku di khemah bersebelahan, apa yang pasti memang riuh malam itu. Malam yang panjang tanpa sebarang milky way - punah impian..

* bersambung

You Might Also Like

9 comments

  1. ini malam kedua kami org di tempat yg sama. hahaha. alhamdulillah malam pertama dpt milky way

    ReplyDelete
  2. Gigihnya awak mendaki Zilla, ikut group pendaki indonesia ker?...
    Sangat berbaloi2 dapat pemandangan cantik.

    ReplyDelete
  3. @kJard - untunglah dpt milky way. haih.. terbayang2 gmbar yg ditunjuk malam tu.

    @kZila- haa.. ni fav part hiking Merbabu. Mintak nyawa. haha

    ReplyDelete
  4. Puncak Kenteng Songo tu cantikkk sangat. berbaloi mendaki untuk view macam tu. tapi laluan mendatar tu macam seram je T_T

    ReplyDelete
  5. Jeles sama mbak Zilla. Sdh mau khatam s3mua gunung di jawa didaki

    ReplyDelete

Subscribe