3D 2N : Mt. Merbabu via Wekas - Selo ~ Menuju Pos II
Monday, May 23, 2016"Kamu ok, Zilla? Kamu ada asam lambung?"
"Saya ok..serius saya ok.."
Padahnya bila badan semakin mengembang. Tak tahu kenapa kebelakangan ini saya sering diserang sesak nafas dan susah nak kawal pernafasan waktu diawal-awal pendakian. Dulu rasanya keadaannya takdelah seteruk ini; mungkin disebabkan faktor penuaan (kot?).
Pendakian kami menuju Pos II (camping ground) dari Mitra Indah Base Camp yang terletak di desa Wekas bermula tepat jam 11.00am. Mungkin agak terlalu lewat tetapi menurut guide kami (Andika), takde apa yang perlu dikejarkan kerana jarak dari base camp ke Pos II mengambil masa sekitar 4 hingga 6 jam bergantung kepada stamina kami. Kami punya banyak masa untuk tiba di base camp selewatnya sebelum jam 6.00pm. Jadinya, santai aje bak kata guide.
Sesiapa yang malas nak bawa alatan khemah boleh sewa dari base camp.
Misal kata nak bermalam di sini pun boleh, hanya contact nombor yang
tertera untuk info lanjut.
Untuk makluman kawan-kawan, desa Wekas terletak di Magelang dengan jarak perjalanan kira-kira 2 jam dari kota Jogja. Kalau tak tahu Magelang itu di mana, mungkin boleh tengok peta atau pun kalau tidak pun ingat Borobodur ingatlah Magelang kerana ianya berada di dalam daerah yang sama.
Desa Wekas - terasa semuanya bergerak perlahan di sini.
Jalur awal pendakian betul-betul berada bertentangan dengan base camp tempat kami melepak. Alahai, tengok trek di hadapan kami "fuhhhh..." terus kesat peluh di dahi. Mencanaknya! Rupa-rupanya trek dari desa ini memang mencanak dari awal hingga akhir. Kawasan datar hanya akan ditempuhi sekitar 30 minit terakhir menuju ke Pos II.
Peta Merbabu via Wekas.
Perjalanan awal menuju Makam 1 mengambil masa sekitar 45 minit. Mujur cuaca sepanjang hari mendung dan sendu jadinya takdelah terasa sangat perihnya dok menapak di trek yang mencanak dan licin kerana berlumut. Melepasi Makam 1, keadaan trek bertukar sepenuhnya kepada trek anak-anak tangga. Nasib tak hujan, jadinya trek takdelah selicin mana. Keadaan hutan di sini pula adalah hutan pokok pines dengan jarak pokok yang agak jarang serta dipenuhi semak-samun. Satu tanda untuk pastikan kawan-kawan berada di trek yang betul, perhatikan batang paip di sepanjang trek ini (hingga ke Pos II) yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk mengalirkan air dari gunung ke perkampungan.
Cuaca yang super mendung sepanjang hari itu. Yang tinggi menjulang itu adalah Gunung Andong.
Tak tahulah kuburan milik siapa di sini di Makam 1
Kami tiba di Pos I (Telaga Arum) sejam kemudian. Di sini kami lepak untuk melepaskan lelah dan mengalas perut dengan epal sahaja. Untuk masak-masak tak mungkin sebab memasing masih kenyang selepas belasah breakfast sepuasnya pagi itu. Di sini juga adanya sumber air bersih yang dialirkan oleh warga tempatan untuk kegunaan pendaki. Kalau agak-agak nak topup air dipersilakan kerana sumber air hanya akan ditemukan di Pos II.
Pos I Telaga Arum - bersih dari sebarang sampah sarap.
Puas melepaskan lelah, perjalanan kami lanjutkan. Di pertengahan perjalanan kami bertemu dengan 2 orang cewek yang kehilangan temannya. Nak tahu di mana kami berjumpa dengan teman mereka yang hilang itu? Rupa-rupanya temannya itu masih berada di Pos II sedang bersenang-lenang di situ. Tak tahu apa yang terjadi sampai begitu jauh jaraknya mereka berpisah.
Berhadapan dengan beberapa rintang di sepanjang trek menuju Pos II, akhirnya kami tiba sekitar jam 5.15pm. Ekspresi pertama, kagum! Terasa seperti berada di sebuah taman. Cantik! (dengan mengabaikan sampah-sarap yang ada). Tak tahu macam mana nak cerita keindahannya. Paling menarik backgroundnya adalah gugusan gunung-ganang (tetiba terasa macam berada di New Zealand pula - ok, ini memang melampau bunyinya!). Saya dan Fida dah siap 'cop' tempat untuk pacak khemah sekali Andika bagitahu kita camping bawah pokok di lokasi yang berbeza. Punah harapan nak golek atas rumput-rumput yang ada hehehe. Di sini sebenarnya kita boleh melihat sunset tetapi dah cuaca mendung dan dengan kabut yang tersangatlah tebal, sunset memang yang haraplah nak ada. Jadinya, kami layan ajelah apa yang ada.
Taman 'astakona' berlatarkan Mt. Sindoro dan Sumbing.
Selesai pacak khemah dan sementara dua jejaka terhangat di pasaran sibuk menyiapkan makan malam, kami ambil masa yang ada untuk solat dan sebagainya. Seperti yang dah saya kata dari awal, Pos II ini memang ada sumber air bersih tapi toilet memang takde. Pepandailah nak hidup bak kata orang.
Bak kata Fida, lelaki akan nampak seksi bila berada di dapur ;-)
Malam itu memang takde aktiviti apa pun. Tak sanggup rasanya nak keluar dari khemah kerana cuaca yang giler dingin. Nak tidur pun tak berapa nak lena sebab kedinginan walaupun berlapis pakaian disarungkan dan dok berbungkus dalam sleeping bag. Part paling menyakitkan hati (memang sumpah seranah keluar malam tu), bila mana ada satu group yang baru tiba memekak sepanjang malam. Nak kata telinga masing-masing tersumbat tu mustahil sangat sebab siangnya boleh pula bercakap dengan intonasi yang perlahan. Gaya sembang dan hilaian macam masing-masing berada dalam jarak sebatu jauhnya. Serius macam nak minta menampar je memasing. Tak salah nak bercerita tapi harus ada rasa hormat dengan orang di sekeliling. Kalau kita aje yang berada di situ takpelah nak buat aksi macam mana pun. Macam mana kita perlukan rehat begitu juga dengan pendaki yang lain. Gara-gara mereka ini, kami hanya terlelap sekitar jam 3.00am..
* bersambung
3 comments
Harap dapat join di suatu masa nanti.
ReplyDeletehaha. gitu 'bak kata Fida'. btw ayat tu diguna pakai di hostel dkt Seoul saja. Sejuk mlm tu mmg mencabar btl utk tidur. dtg plk geng hingar bingit di pasar. adehh..
ReplyDeleteTerasa kepenatan/keletihan yang dilalui/tempuhi berbaloi dengan apa yang dapat dinikmati. Faktor cuaca perlu diambil kira agar tidak kecewa bila gagal mendapat merakam "sun set"@sun down" dari sesuatu puncak.pertama kali c your "true pic" di doakan semua ok in sya Allah.
ReplyDelete