3D 2N : Mt. Merbabu via Wekas - Selo ~ Persiapan Awal

Monday, May 16, 2016

3D 2N : Mt. Merbabu via Wekas - Selo ~ Jalur yang memukau  

Gunung Merbabu – sudah sekian lama saya memasang angan untuk menakluknya. Gunung yang dikatakan mempunyai pemandangan antara yang terindah di Indonesia dan ternyata itu amat benar sekali. Gunung ini juga dikatakan mempunyai 7 puncak dengan puncak tertinggi adalah Kenteng Songo di ketinggian 3142 mdpl
 Mt. Sindoro dan Sumbing dari Pos II

Pemilihan Guide
Awalnya, saya memang agak bermasalah untuk mendapatkan guide yang available untuk tarikh yang kami pilih. Bila saya berbual dengan kenalan saya di Purwakarta berhubung hajat untuk mendaki Merbabu, langsung saya diperkenalkan dengan Mas Andika menerusi Mas Bobo (guide untuk Semeru). Bermula dari situ, saya berinteraksi secara terus dengan Andika dan akhirnya kami sepakat untuk menggunakan service beliau sepenuhnya tanpa porter. Rencana awal, kami berlima yang akan turun ke Merbabu tetapi atas alasan yang tertentu 2 orang terpaksa tarik diri. Budget keseluruhan untuk 3D 2N adalah Rp3.075.000 (Rp1.025.000/orang); lagi ramai lagi murah sebenarnya huhuhu. Pecahan budget adalah seperti berikut:

Mobil Jogja - Wekas : Rp1.000.000
Mobil Selo - Jogja : Rp1.000.000
Sewa khemah/tenda : Rp100.000/3 hari
Alatan masak dan bahan bakar : Rp50.000
Makan : Rp475.000/3 hari
Guide : Rp300.000
Simaksi (Bayaran masuk) : Rp150.000/3 orang

Contact no. Andika : +6287838508260

Pemilihan Jalur Pendakian
Ramai yang bertanya kenapa kami tak gabungkan Merbabu dan Merapi (kedudukannya yang terletak bersebelahan antara satu sama lain). Pada saya, bukan jumlah gunung yang menjadi ukuran tetapi persoalan utama adalah mampu atau tidak kami pulang dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang kecederaan. Saya juga harus mengambil kira tahap kecergasan kawan-kawan yang lain (lagi pula lutut ne masih lama nak digunapakai). Mungkin (saya kata mungkin) saya mampu menawan 2 gunung sekaligus tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain? Kali mahu dilihat dari segi zahir, semua orang mampu tetapi kita tidak tahu apa yang bakal berlaku di hari kejadian dan kerana itu saya buat keputusan, biarlah satu-persatu; tak lari gunung di kejar.

Untuk mendaki Merbabu, ada 5 jalur utama iaitu:
i. Selo 
ii. Wekas
iii. Thekelan 
iv. Swanting (jalur baru)
v. Cunthel

Jalur Selo merupakan jalur yang paling kerap menjadi pilihan pendaki berbanding yang lainnya kerana jalurnya yang lebih pendek dan simple (dalam simple pun, rasa nak tercabut nyawa melihatkan kecerunannya) manakala Jalur Swanting pula menurut Andika antara jalur yang paling ekstrem berbanding yang lainnya. Rencana awal, kami memilih untuk turun/naik via Selo tapi setelah berbincang dengan Andika beliau memberi saranan untuk naik daripada Wekas dan turun dari Selo kerana pemandangannya yang jauh lebih cantik dan pendek. Selain daripada itu, sumber air bersih juga tersedia di Pos II (camping ground).

Jalur pendakian pun dah selesai, seterusnya adalah pemilihan hari bagi mengelakkan kepadatan pendaki. Oleh kerana kami pun agak santai, kami ambil keputusan untuk memulakan pendakian pada hari Ahad dan turun pada hari Selasa. Hasilnya, memang sunyi di sepanjang trek.

Persiapan Logistik
Hah, yang ini memang mengeluh dibuatnya; beratnya! Selain dari persiapan logistik yang dibawa oleh guide, kami juga harus membuat persiapan rapi agar tidak mati kesejukan di atas gunung; syukur umur masih panjang tetapi sepanjang 2 malam di atas gunung ternyata kami tak mampu tidur lena kerana kesejukan yang amat sangat walaupun bersiapan sepenuhnya telah dilakukan. Ini antara barangan yang saya bawa untuk trip kali ini:

- Backpack 55l
- Sleeping bag
- 1 helai windbreaker, 1 helai jaket gunung dan 1 helai winter jaket
- Kasut hiking dan selipar jepun
- 3 helai T-shirt, 1 helai track bottom, 1 helai hiking pant, 1 helai tudung, glove dan stokin
- Poncho/baju hujan
- Headlamp dengan extra bateri
- Topi
- Kamera + extra bateri
- Mestin/cawan/sudu/garfu
- Ubat-ubatan
- Tisu basah/kering, toiletries
- Kain sembahyang
- Knee guard

Untuk makanan/minuman tambahan pula, kami diminta membawa sekurang-kurangnya 3 liter air mineral setiap seorang dan sebagai tambahan saya membawa (kami beli di Alfa Mart sahaja):

- 1 botol coca cola
- 1 botol kecil mineral water
- 1 kotak minuman coklat
- 2 botol besar mineral water
- Madu
- Gula-gula antangin
- Kurma
- Coklat

Dengan kesemua barangan yang perlu dibawa ini sebenarnya ada cara tersendiri berkenaan susunnya di dalam backpack bagi memastikan kestabilan beg dan diri tuan empunya badan. Untuk pakaian, saya mampatkan dalam 'compress plastic bag' yang boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5. Sangat-sangat membantu terutamanya dalam penjimatan ruang dan mengelakkan pakaian dari kebasahan misal kata hujan dan sebagainya.

Moga entry ini membantu kawan-kawan yang berhajat untuk naik gunung.

* bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. oh dari wekas.. maybe next time nak try! merbabu antara gunung fav aku setakat neh sbb cantikk sgattttt! hehe

    ReplyDelete
  2. perjalanan ke merbabu selalu menyenangkan, apalagi sabananya yg ijo2 wuss seger :D

    ReplyDelete

Subscribe