10D 9N Thailand Trip : 29jam Perjalanan Dari Bangkok ke Kuala Lumpur!
Tuesday, June 28, 2016
Akhirnya, last entry untuk trip Thai ini. Jenuh nak perhabiskan walaupun saya skip beberapa tempat sebab malas nak tulis mengenainya.
Pagi, dah berjimba-jimba pekena tom yam di Chatuchak Market. La ne masuk bab yang sangat menyengalkan. Trauma hingga hari ini kot hahaha!
Dari Chatuchak Market kami kembali ke hostel di Silom untuk ambil beg yang kami tinggalkan di situ. Mungkin silap saya sebab tak study tentang Southern Bus Terminal. Hah, biasa orang sebut pasal Northern Bus Terminal (Mo Chit Bus Terminal). Jarang ada yang bercerita berkenaan Southern Bus Terminal ni. Buat makluman kawan-kawan Southern Bus Terminal mengendalikan bas-bas ke lokasi di Southern Thailand seperti Hatyai, Phuket, Surat Thani dan sebagainya. Jaraknya dari kota Bangkok, sekitar 1.5 jam hingga 2 jam perjalanan dengan public bus atau teksi bergantung kepada kondisi jalan; macet dan sebagainya. Terminal bus ini memang jauh tau; sila rancang perjalanan kalau tak nak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Macam yang dah saya kata dari awal, silap saya sebab tak study mengenainya.
Bas kami ke Hatyai dijangka berlepas jam 4.00pm. Tiket memang kami beli online dari 12go.com. Untuk detail, saya ada cerita di sini. Masalahnya, hampir jam 3.00pm baru kami dapat teksi untuk ke Southern Bus Terminal. Ingatkan dekat ajelah dari Silom rupa-rupanya info yang kami dapat dari pemandu teksi paling cepat pun dia boleh sampai, sejam kemudian dan paling stress traffic petang itu memang sesak giler! Kami tiba di terminal bas 15 minit selepas bas berlepas dan paling stress bas elok aje lalu dan melepasi kami yang sedang terhegeh-hegeh berkejar menuju ke terminal. Stress tak ingat donia! Dalam pasrah kami kembali ke kaunter bas Piya Ekspress untuk mencuba nasib (kotlah boleh claim balik dan sebagainya). Sedih, kami dimaklumkan kami tidak boleh claim duit tiket. Memburukkan keadaan, tiket bas ke Hatyai petang itu semuanya dah sold out! Macam mana kami dalam balik KL? huhuhu.
Muka pasrah tertinggal bas. Adik manis berdua tu pula (baju hijau dan bertopi) silap beli tiket bas. Patutnya turun di Hat Yai tapi mereka tersalah beli, mereka menuju ke Songkhla.
Kami kami meratab hiba di sebelah kaunter Piya Ekspress tiba-tiba muncul 'malaikat penyelamat' kami. Petugas Piya Ekspress, bertudung manis dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu Kelantan minta kertas booking tiket kami dan dengan bantuan dia, kami di'selitkan' untuk bas ke Hatyai jam 8.00pm. Waktu itu tak tahu nak kata macam mana, memang bersyukur sangat-sangat. Tak kisahlah terpaksa duduk atas lantai bas sekali pun yang penting di sini, kami mesti tiba di Hatyai sebelum jam 10.00 am kerana kami perlu mengejar bas menuju ke KL pula jam 10.00am.
Alhamdulillah, tiket jam 8.00pm menuju ke Hatyai
Nak dapat seat pun, macam-macam drama berlaku. Maklumlah kamikan hanya 'watak tambahan' tapi dengan bantuan 'malaikat penyelamat' kami berempat berjaya juga mendapat seat selesa dan selamat berangkat ke Hatyai. 13jam dari Bangkok ke Hatyai memang sangat melelahkan. Saya sendiri siap termuntah sebab terlalu lama duduk dalam bas dan akhirnya tepat jam 9.50am kami tiba di terminal bas Hatyai. Emm, kami ambil songthaew dan bergerak menuju ke tour company untuk Trans Mv Ekspress untuk kembali ke Kuala Lumpur. Berita gembira buat kami, bas yang patutnya berangkat jam 10.00am hanya akan berlepas jam 10.30am. Syukur sangat-sangat waktu ini. Dalam waktu yang ada itu sempat saya pergi tapaukan roti canai untuk kami semua pulun dalam bas untuk mengalas perut di dalam bas nantinya.
Tepat jam 10.30am, bas berangkat meninggalkan pekan Hatyai menuju KL dan perjalanan yang dijangka hanya mengambil masa 8jam menjadi 16jam! Tak tahu nak cakap apalah, apa yang pasti memang saya trauma!hahaha! Total 29jam kami berada di dalam bas dari Bangkok ke KL! Satu badan sakit-sakit weiii!!hahaha. Apa pun, walaupun macam-macam jadi sepanjang trip ini semuanya menjadi pengalaman berharga buat saya.
* Ada yang bertanya akan ada tak trip ke Thailand hujung tahun ini. Apa yang boleh saya katakan, trip South Korea Oktober ini merupakan last trip yang saya bukan kepada semua. Lepas ini tidak akan ada dah open trip dari saya..
4 comments
Alhamdulillah, ada 'malaikat penyelamat'..perkara yg menggembirakan bila ada pertolongan mcm ni..
ReplyDeleteHai zilla lama tak coment on ur blog hehe.. enaknyer yaa bisa naik bas langsung dari kl to bangkok tak perlu naik pesawat terbang
ReplyDelete29 jam dlm bus.....fuhh berasap bontot....ok la tu..pengalaman..
ReplyDelete29 jam ?OMG!! Buntut kebas ni..hahahah,anyway hope you have a nice trip..Nice blog you have..
ReplyDeletehttp://wenghonnfitness.com/