2D 1N : Gunung Guntur, Garut ~ Pendakian Yang Menyeksakan ( Part I)

Tuesday, June 07, 2016


Gunung Guntur - warna pink dikejauhan itu adalah lalang yang mulai berbunga. Cantik!!

Gunung Guntur, gunung yang  cuma berketinggian 2,249 mdpl ini terletak di Garut dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 6 -  8 jam dari Jakarta (bergantung kepada macet). Untuk pendakian kali ini saya masih menggunakan khidmat guide dari Setapak Adventure dengan kos Rp600,000/person dan tambahan Rp250,000/person untuk ke Gunung Papandayan.

Perjalanan menuju Terminal Kp Rambutan dari airport dengan menggunakan bas Damri (Rp40,000/one way) terasa begitu melelahkan. Kami terperangkap hampir 2.5 jam dalam kesesakan lalulintas yang tersangatlah parah! Gara-gara itu, plan kami hancur! Kami hanya berangkat menuju ke Garut sekitar jam 5.++ pm dan kami tiba di base camp sekitar jam 12.++ tengah malam. Penat! Awalnya kami memilih untuk memulakan pendakian sesudah Subuh tapi kerana waktu kami sampai itu ramai pendaki yang ingin memulakan pendakian dan setelah berbincang kami setuju untuk memulai pendakian tepat jam 1.00am bersama-sama pendaki yang lain. Mujur jugalah saya sempat membuter dalam kereta jadinya saya berada di dalam keadaan yang agak fresh waktu masing-masing setuju untuk memulakan pendakian.
Base camp Gunung Guntur

Dari basecamp menuju ke Pos III dijangka mengambil masa lebih kurang 4-5 jam dan kami dijangka tiba di situ sesudah Subuh. Satu perkara yang kawan-kawan perlu ambil perhatian jika ingin mendaki Gunung Guntur adalah treknya yang 'giler' dan tak perlu risau mengenai bekalan air bersih kerana di beberapa lokasi di sepanjang trek akan sumber air. Manakala di Pos III ada sungai yang bersih airnya. Memadailah membawa bekalan air untuk diri sendiri sahaja. 

"Bukan puncak yang dituju tetapi kita harus pulang dalam keadaan yang selamat".

Trek menuju ke Pos III seolah tiada penghujungnya. Satu langkah ke hadapan diambil dan 2 langkah kami kembali ke belakang. Tongkat di tangan seolah tidak membantu kerana walau sedalam mana kami benamkan ianya tetap tidak mampu menampung berat kami kerana struktur tanah di sini adalah batuan semata-mata dan sangat tidak stabil. Awas kerana kadangkala terpaksa berhadapan dengan runtuhan batuan. Benarlah mereka kata gunung ini adalah gunung yang kejam!
 
Teruja melihat pemandangan yang ada

"Kita stop di Pos III ya?"

"Ok!!"

Nah, papan penunjuk arah menuju Pos III sudah kami lepasi hampir 30 minit jaraknya dan tiba-tiba Ma'dun baru sedar yang kami telah jauh meninggalkan Pos III. Bahana, rabun tapi tak mahu memakai spek mata hehehe. Setelah berbincang, kami ambil keputusan untuk berpatah balik ke bawah untuk Pos III kerana ketiadaan kawasan landai untuk mendirikan khemah dan stok air yang ada tersangatlah terhad.

Waktu untuk sunrise. Kami ambil keputusan untuk berehat sebentar untuk mencari lokasi buat solat dan menyaksikan saat matahari terbit. Masalah, langsung takde kawasan landai dan dengan kecerunan treknya sekitar 75 darjah, memang kami terbalik kebelakang waktu mendirikan solat walaupun kami cuba untuk solat dalam keadaan duduk. Jadinya, silalah bekerjasama dengan ahli yang lain mencari ikhtiar agar perkara yang satu ini dapat dilakukan sebaiknya.
 Pemandangan kota Garut
Syukur cuaca agak baik pagi itu
 Gunung Cikuray di kejauhan
Jom patah balik ke Pos III

* bersambung

You Might Also Like

3 comments

Subscribe