JJCM Hatyai (Part I)

Thursday, July 21, 2016

Berkurun, baru nak update. 

Saya ke Hatyai atas desakan rakan-rakan sepejabat. Pergi pun kejap aje, 2D 1N dengan menaiki bas pergi dan balik. Tujuan budak-budak ne nak sangat ke Hatyai sebab nak jalan-jalan cari makan semata-mata. Dari saat tiba ke Hatyai sampailah ke malam kerjanya memang melantak tak henti sampai ada yang tumbang gara-gara kekenyangan. Nasiblah ada terjumpa dan terbeli eno di salah satu kedai farmasi di kedai Hatyai tu, kalau tidak harus ada yang 'menonggeng' malam tu melayan kesebuan perut. 

Kedai pertama yang kami singgah sebenarnya saya terjumpa waktu kunjungan untuk trip 10D 9N Thailand Trip, Disember 2015 yang lalu. Tom yam nya walaupun tak sesedap tom yam di Chatuchak Market  tapi tetap jadi iguan sayalah sebab memang kena dengan tekak ni; cukup syarat untuk tom yam. Nah kerana itulah, turun aje dari bas terus saya bawa budak-budak ini ke kedai makan ini. 

Nama kedai? 

Ala, serius tak  tahu. Takde nama kot. Lokasinya, kalau dari station keretapi Hatyai tu, jalan je terus (make sure Louise Guesthouse berada di kanan korang) sampai jumpa simpang empat dan ada traffic light terus belok ke kanan. Hah, kedai makan ne dekat-dekat situ ajelah.
Kedai makan yang simple giler keadaannya.

Pekerja di sini memang tak boleh berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu. Tiap kali nak bertanya, kena panggil suaminya (kot) yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan boleh bertutur bahasa Melayu walaupun agak terbatas. Tapi oklahkan, yang penting sampai maksudnya.
Menu tulis tangan je, sedih! huhuhu

Pilihan menu kami dah  tentu tomyam. Minta tom yam campur tapi yang datang tom yam seafood. Hentam ajelah, nasib sedap! Minta telur bungkus ayam, tapi kami dapat telur bungkus seafood (lagi!) dan disebabkan semuanya seafood kami tambah order, chicken spicy.. Hah ko, sekali memang pedas dan panas. Macam-macam jenis cili dilambakkan dan saya tak taulah berapa sudu lada hitam dan lada sulah yang diletakkan, pendek kata memang berapi perut dibuatnya hehehe! Sebagai  tambahan, tak sahkan kalau ke Thai kalau tak pekena cha yen (teh ais). Total kitaorang kena pagi tu, cuma 385baht! Murah yang amat!
Tom yam seafood, nasi putih dan telur bungkus seafood
Chicken spicy - jangan pula yang ingat ada kacang panjang dalam masakan ni. Tu semuanya cili tau!
Cha yen - minuman wajib di Thailand

* bersambung

You Might Also Like

8 comments

  1. aku ni kalau pergi thailand lama2, boleh naik paras gula sebab pagi petang minum cha yen hehehe

    ReplyDelete
  2. Berapa seorang ye ? 385 baht seorang..Lebih kurang RM44 kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik,

      harga 385 baht tu kalau bagi bertiga, jatuh dalam 128baht/person..masih kira murahlah kot...

      Delete
  3. Ceria selalu no
    Lain masa bila mai belah utara ni "sound2" sama pklah boleh jumpa "life" sat cukup le no. pklah boleh tunggu di "custom check point" . Apa pun "keep walking".

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...

      InsyaAllah Pak Lah.next time kalau saya ke utara saya roger2 Pak Lah na :D

      Delete
  4. klu seberang border lg...mai la singgah melawat kami kt Perlis...

    sejak menjak dok sini..dok order cha yen je..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikk dah pindah perlis ke ann? dah lama?

      cha yen sana mmg tak boleh lawanlah..kat KL ne saya takde jumpa lagi cha yen sesdap sana..serius tau!

      Delete

Subscribe