Restiny Hostel, Bangkok (Review)

Tuesday, August 09, 2016

Agak payah sebenarnya nak mencari hostel murah betul-betul di pusat bandar Bangkok yang berdekatan dengan Siam Paragon, MBK Plaza dan sekitarnya. Walaupun Bangkok mempunyai sistem pengangkutan awam yang agak efisien tapi dek kerana malas nak turun/naik pengangkutan awam saya cuba mencari penginapan termurah yang berada berdekatan dengan tempat-tempat shopping ini (wpun bukannya nak shopping). Puas google sana-sini dan akhirnya saya 'terjumpa' penginapan yang memenuhi kriteria yang saya inginkan.
Lokasinya betul-betul di tepi main road.

Restiny Hostel, terletak sekitar 10 minit berjalan kaki dari MBK Plaza, Siam Paragon dan sekitarnya. 10 minit? Confirm boleh basah ketiak dibuatnya, kan? Anggap ajelah ianya sebagai satu senaman dan kalau betul-betul malas berjalan boleh ambil BTS di station terdekat, Phaya Thai dan turun di station Siam untuk ke tempat-tempat shopping berdekatan tanpa perlu menukar line dan sebagainya. Terserah mana satu pilihannya, saya lebih memilih untuk berjalan kaki sahaja.

Apa yang saya suka mengenai hostel ini?

Emm, saya suka mereka memisahkan dorm lelaki dan perempuan di tingkat yang berasingan. Sepanjang 4 hari di sini, tak pernah sekali pun saya berselisih dengan lelaki-lelaki sejati yang turut menginap di sini. Bilik memang bersih begitu juga toilet (nasib dapat kawan-kawan sebilik yang pembersih). Harga bilik, 350baht/person. Ada ruangan dapur disediakan di sini tapi yang ada cuma microwave sahaja untuk memanaskan makanan masing-masing. Makanan halal yang terdekat adalah di MBK Plaza atau kalau dah malas sangat nak berjalan, boleh sahaja singgah di 7Eleven yang berada di bangunan sebelah dan boleh beli spaghetti (ada logo halal) di situ untuk mengalas perut. 

Seperti yang dah saya sebutkan di atas, station BTS terdekat adalah Phaya Thai (Sukhumvit Line) dan jika kawan-kawan ingin ke Chatuchak Market atau mahu ke Dong Muang Airport boleh ambil bas di hentian bas yang berada bertentangan dengan hostel ini (untuk ke Dong Muang Airport, ambil bas turun di Chatucak Market dan ambil bas no. A1 terus ke airport).
Dapur yang kemas.
 Bilik saya di tingkat 1. Dapat pula katil tingkat atas, jenuh dok turun/naik.
Bersih dan empuk tilamnya

Alamat:
Restiny Hostel
240/5 Phayathai Road, 
Phayathai, Ratchathewi Bangkok
Tel : +66897667447 

You Might Also Like

4 comments

Subscribe