The Barefoot Dream

Monday, August 22, 2016

Salah satu babak dalam The Barefoot Dream

Assalamualaikum!

Anda penonton channel TV9? Kalau ia pasti kawan-kawan tahun slot yang satu ini, Saranghae.

Bukan nak promote TV9 tapi nak kongsikan filem-filem Korea yang ditayangkan di slot Saranghae ini, setiap hari Ahad jam 10.30 malam. 

Dah hampir sebulan, setiap Ahad malam memang saya akan melepak depan tv menantikan slot ini. Lupakan wajah-wajah palsu cantik/kacak pelakon Korea. Lupakan juga kisah-kisah cinta yang begitu sempurna yang ditonjolkan di kebanyakan drama/filem masa kini. Filem-filem yang disiarkan di dalam slot Saranghae ini memang berbeza dari yang lain kerana ianya memaparkan kisah-kisah kemasyarakatan yang penuh dengan pengajaran dan menyentuh hati.

Malam tadi, filem "The Barefoot Dream" yang diadaptasi dari kisah sebenar mengenai Kim Shin Hwan iaitu pemain bola sepak di Korea yang bersara dari arena bola sepak dan ke Timor Leste  untuk menjalankan perniagaan tetapi gagal. Filem ini dilakonkan oleh Park Hee Soon yang memegang watak sebagai Mr.Kim yang mendapat peluang bekerja di Timor Leste. Impian yang tidak menjadi nyata kerana tiada sebarang pekerjaan yang menanti beliau di situ. Di Dili (East Timor) beliau melihat sekumpulan anak-anak muda yang bermain bola sepak dan di situ bermula perjalanan beliau dan akhirnya berjaya membentuk sepasukan pemain bola sepak yang dibarisi oleh anak-anak muda di Dili. Pelbagai halangan yang ditempuhi lebih-lebih lagi Timor Leste waktu itu baru sahaja mencapai kemerdekaan dari Indonesia dan Portugal. Atas usaha Mr. Kim dan temannya, Mr Park lakonan Ko Chang Seok (wakil Kedutaan Korea di Timor Leste) mereka berjaya ke Hiroshima untuk bertanding di International Youth Soccer Championship dan memenangi pertandingan tersebut.

Apa yang menariknya filem ini?

Filem ini berjaya memaparkan impian itu milik semua orang tidak kiralah buat si miskin apatah lagi yang punya segalanya (wang) Yang membezakan adalah, bagaimana kita berusaha untuk memastikan impian itu tercapai walaupun berjuta halangan menanti. Antara babak yang menyentuh perasaan saya di mana Mr. Kim membuat skim bayaran ansuran $1/hari untuk sepasang kasut bola buat anak-anak muda di Dili yang mempunyai impian untuk menjadi pemain bola sepak ternama. Bagaimana anak-anak ini berusaha mencari wang (ada yang meminta sedekah, mengutip wang di gereja dan sebagainya) hingga suatu hari seorang demi seorang ingin memulangkan semula kasut bola masing-masing kerana tidak mampu membayar $1. Selain daripada itu, babak antara Tua dan adiknya Josephine yang setiap hari muncul di sisi Mr. Kim menyaksikan pasukan yang dibentuk oleh Mr. Kim berlatih di padang. Atas usaha mereka berdua, akhirnya Mr. Kim membenarkan Tua untuk menyertai pasukan beliau dengan syarat beliau mahu berusaha lebih dari orang lain kerana saiznya yang lebih kecil berbanding ahli yang lain. Akhirnya, Tua menjaringkan gol sewaktu pertemuan antara Timor Leste menentang Jepun di Hiroshima dan menjadi pemenang bagi kejohanan tersebut dan berjaya menyatukan Timor Leste. Seperkara lagi yang mencuit hati saya dan kredit buat Mr. Kim atas percampuran bahasa Korea dan Indonesia yang digunakan untuk bertutur dengan anak-anak ini dan penduduk tempatan.

Walaupun filem ini merupakan filem lama (2010) tapi saya rekeman sangat-sangat buat kawan-kawan untuk menontonnya. Opps lagi satu, jangan lupa layan slot Saranghae ini tau setiap hari Ahad tau!

*Beberapa minggu yang lepas mereka memaparkan filem (lupa tajuknya) dengan jalan cerita bagaimana seorang bapa sanggup menggadaikan dirinya untuk membebaskan anaknya yang diculik dan bagaimana penculik itu mempermainkan beliau nangis tau dibuatnya!
* Masih belum menonton Ola Bola dan baru lepas menonton filem Bukit Kepong - ternyata air mata gugur lagi...

You Might Also Like

8 comments

  1. ehe...ni perli nak ke Timor Leste ke ? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh takde maknanya lah...ini sekadar berkongsi cerita sebab cerita ini mmg sgt2 bagus...takde aksi cintan cintun yang memualkan ;)

      Delete
  2. Eh sama! Saya suka tgk filem Korea! Tapi jgn tanya la saya sapa nama pelakon, mmg tak kenal. Tapi filem Korea mmg menarik! TV9 mmg pandai pilih filem... harap sgt slot Saranghae ni dteruskan sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay,

      Sya baru je terjebak dgn film2 Korea dan TV9 ni..apa yang pasti memang tak rugi tahan mata..yupp, harap slot ini dikekalkanlah dgn filem2 yang berkualiti...

      Delete
  3. Zilla,

    Bila nak mai kedai aku. Aku teringin nak jumpa kau. Hihi. Teringin sangat nak jumpa kawan-kawan maya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. BK,

      nanti naa..dah lama tak singgah bandar puteri tu..kalau ke sana nanti, akan diroger2 :D

      Delete

Subscribe