Vietnam Trip 2016 : Day 1 ~ Hello Saigon!
Tuesday, September 27, 2016
Trip yang tak dirancang. Waktu Irdhi bagitahu tentang Malindo buka route baru ke Saigon saya di dalam hutan jadinya saya tak tahu semurah mana harga tiketnya. Saya sendiri pun sebenarnya takde hati sangat untuk ke Saigon dan saya bagi syarat pada beliau kalau mahu saya turut serta harus keluar dari bandar Saigon. Saya bagi pilihan samada ke Mui Ne atau Vinh Long dan ternyata beliau memilih Mui Ne sebagai lokasi untuk kami jelajahi.Tiket flight saya beli sehari sebelum tarikh berangkat dengan harga RM250/return terus ke Saigon.
Saya tiba di Saigon 2 jam awal dari Irdhi. Bertapalah di airport dikelilingi makcik-makcik Vietnam. Jenuh nak melayan acik-acik ne bercakap sebab sepatah haram pun tak faham, siap kena bantai gelak secara berjemaah lagi dengan mereka sebab tak faham apa yang mereka katakan. Walaupun agak segan tapi hati terhibur jugalah sebab takdelah kebosanan menunggu partner yang tak sampai-sampai. Dalam 9.++pm baru nampak kelibat Irdhi dan kami terus bergerak menuju pusat bandar. Malam itu kami bakal menginap di Himalaya Phoenix Saigon Hostel yang terletak di District 1. Perjalanan ke pusat bandar menaiki bas nombor 109 dengan tambang VND20,000/person dan memakan masa lebih kurang 45 minit.
Sebelum memulakan misi mencari hostel
Seterusnya kami terus bergerak mencari hostel dengan dibantu oleh salah seorang petugas di travel company. Berpusing juga nak mencari di mana letaknya jalan Nguyen Trai tapi syukurlah takdelah sampai sesat-barat, senang aje nak mencari rupanya cumanya lokasinya berada di bahagian belakang jalan Nguyen Trai.
Di Himalaya Phoenix Saigon Hostel, kami ambil dorm aje (female dan mix dorm) dengan harga VND157,000 (USD6.80)/dorm termasuk sarapan. Keadaan bilik memang bersih dan teratur. Cuma satu ajelah, malam itu bilik saya (female dorm) boleh pula lampu di toilet terbakar jadinya masing-masing meraba dalam toilet tiap kali nak menggunakannya. Selebihnya, memang saya puas hati sangat-sangat.
Letaknya di balik lorong Nguyen Trai Street
Tingkat bawah. Lif terletak di tingkat 1. Perlu tanggal kasut di sini untuk jaga kebersihan
Female dorm
Letak beg dan kami ambil keputusan untuk cari makan. Lapar giler kot! Restoran halal berdekatan Ben Tanh memang dah tutup memandangkan jam pun dah mencecah 10.++pm. Nak makan Subway err, usha McD (err lagi!) dan kami terus menyelusuri jalan mencari Restoran Taj Mahal.Nasib menyebelahi, restorannya masih buka.
Menu pilihan kami malam itu adalah nan cheese, ayam masaala dan nasi putih dengan kos VND160,000. Yummyyyy!! Sampai sekarang tak boleh nak lupa sedapnya nan cheese nya!
Perut dah kenyang, kami berpatah balik ke hostel untuk rehatkan diri. Perlu bangun awal esoknya (konon!) huhuhu.
Info tambahan:
- Selain dari bas no.109 ke pusat bandar, boleh juga ambil bas no.152 dengan tambang VND5,000 dan turun di station terakhir betul-betul di sebelah Benh Tanh Market (berdekatan petrol pam).
- Bas no.109 beroperasi dari jam 5.30am hingga 1.30am manakala bas no.152 beroperasi dari jam 6.00am hingga 6.00pm.
- Selain dari bas no.109 ke pusat bandar, boleh juga ambil bas no.152 dengan tambang VND5,000 dan turun di station terakhir betul-betul di sebelah Benh Tanh Market (berdekatan petrol pam).
- Bas no.109 beroperasi dari jam 5.30am hingga 1.30am manakala bas no.152 beroperasi dari jam 6.00am hingga 6.00pm.
8 comments
murah juga kalau di dorm ye...female dorm... Mix dorm ok tak?
ReplyDeletemix dorm saya tak pastilah pula encik..kena tanya Irdhi dahulu samada ok ke tidak..
Deleteseronoknya borak hinggakan ketawa2 dengan minah vietnam..:D
ReplyDeleteramah tu penting walaupun tak faham sepatah pun apa yang diperkatakan
DeleteHi zila
ReplyDeleteSeronok baca entry awak..btw saya plan utk ke mui ne this wed.. boleh sy tahu awak beli tix usd 5 ke mui ne dengan agency ape ye..mind to share? Sebabnya sy dapat offer yg mahal tu lah.hihi sebenarnya lebih mahal coz usd 28 for tix pergi balik..half day trip n otel.. boleh awak bg cadangan?
Merapu sgt harga tu. Awk dpt harga tu dari mana? Kalau nk p mui ne tak payahlah book sesiap dari sini..mmg kena cekik..walk in je cumanya utk tix bas better beli sehari awal sebab takut sold out..utk tiket bas beli direct dgn thamn nahm agen..saya ada share addressnya dlm next entry..
ReplyDeleteHi zila..maaf saya lagi bertanya. Btw salam perkenalan dr saya. nama saya airin
ReplyDeleteMaksud awak walk in tu mcm mana ye. Plan asal kami sampai rabu kul 4pm..nak amik bas hari yg sama pukul 8pm. So kami deal dengan vn lotus dia bg usd28 per head. Btw kami bertiga.
Tix sleeper bus tu kami boleh beli sendiri dr malysia ke? Ke sampai2 kami kene cari di benh tanh? ( situ ke area nya)
Kalau dapat book tix dr sini..saya beli sekarang.btw hotel mui ne tu boleh book dr sini atau walk in juga? Kami sampai mungkin around 1.30pm
Tp apa yg awak share..mmg jauh lg murah lah dr deal. Hehe
Tq for respon
salam perkenalan airin
Deleteini web utk tam hanh http://tamhanhtravel.com/home/ maybe awk boleh contact derang terus utk book tiket bas...manakala utk penginapan pula, saya book melalui booking.com