
Perjalanan kami untuk hari kedua sepatutnya bermula seawal 4.30 am untuk ke maninjau (inilah tujuan utama kitaorang ke sini); cekononnya nk tgk sunrise. Oleh kerana mimpi2 yang menghiasi tido masing2 begitu indah malam itu, ambik ko semua kesiangan. Sunrise ke mana apa ke mana hihihi~Sedar2 dah 6 lebih, terus capai towel dan mandi ala2 kerbau (sejuk!!). Settle semuanya, terus gerak ke maninjau dgn berpandukan sekeping peta yang kitaorang ambil di kedai sewa motor (nanti saya scan dan tempek kat sini); langsung tak membantu pun. Mujurlah uncle kat dahlia sudi bagi penerangan ke mana yang perlu kami tuju utk ke maninjau..tq uncle yang baik hati (bercakap ngan dia ne tak ubah mcm itik dgn ayam tapi masih boleh pahamlah). Kalo tak silap saya kitaorang gerak dalam 8.30am (lbh kuranglah).

Pada siapa2 yang teringin nak merempit ke maninjau, dari BT terus aje hingga ke Padang Luar (ada signboard Maninjau). Nanti akan jumpa simpang 4 dgn traffic light, masuk kanan. Kawasan ni agak bz sebenarnya sebab berdekatan dgn pasar. Jadi silalah buka mata seluas2nya agar tak terlepas simpang ne..huhuhu~ Bila dah masuk arah kanan ne, jgn risaulah akan tersesat atau apa, itulah satu2nya jalan nak ke sana..Keadaan jalan pun ok, selesa sgt2 dan terus aje memandu sampai ke hujung (jgn masuk mana2 simpang). Kiri kanan jalan memang best..sawah padi saujana mata memandang (skema giler ayat huhuhu). Memang cantik sangat2. Perjalanan utk ke sana mengambil masa 2 jam tapi kalo memanjang menyinggah sendiri mau ingatlah (macam kitaorang aritu, kematu montot dibuatnya, sat2 berhenti ambil gambar)..Nk tahu samada jalan yang korang ambil tu betul atau pun tidak, nanti nampak perkataan MATUR belah kiri korang..jadinya terus sahaja hingga ketemu dgn keluk 44..Oh ye, satu nasihat daripada saya jika tringin nak merempit ke maninjau..silalah lumur sunblock byk2 dan pakailah stokin serta kasut. Gara2 tak pakai krim, kulit kitaorang terbakar dan gelap sampai ke hari ini tau huhuhu~
Seumur hidup inilah pertama kali saya pegang padi..teruja sgt2..
*pengalaman di maninjau, esok2 pulak saya sambung...malas2!!
25 Februari 2011
Alhamdulillah, saya dan tasya dah pun selamat sampai ke rumah masing2 setelah bermalam 2 hari di Bukit Tinggi; puas sangat2 puas…Emm, macam tak senonoh pun ada jugak rasanya, yelah entry cuti2 Bkt Tinggi bulan lepas pun tak settle lagi, saya p lagi untuk kali kedua..huhuhu~ Takpelah ye, saya tak nak citer pengalaman pertama saya ke sana sebab tak best (huhuhu) saya nak share pengalaman saya yang terbaru nie sebab saya rasa enjoy sangat2tq tasya sebab sudi menjadikan percutian kali ini menjadi kenangan yang terindah
Alhamdulillah, saya dan tasya dah pun selamat sampai ke rumah masing2 setelah bermalam 2 hari di Bukit Tinggi; puas sangat2 puas…Emm, macam tak senonoh pun ada jugak rasanya, yelah entry cuti2 Bkt Tinggi bulan lepas pun tak settle lagi, saya p lagi untuk kali kedua..huhuhu~ Takpelah ye, saya tak nak citer pengalaman pertama saya ke sana sebab tak best (huhuhu) saya nak share pengalaman saya yang terbaru nie sebab saya rasa enjoy sangat2
Perjalanan kami bermula pada 25hb Februari dgn menaiki pesawat AA jam 7.50 am (pada asalnya) tetapi atas beberapa masalah yang timbul flight delay sejam lebih jugaklah. Rasanya 9.30am (waktu M'sia) baru flight berlepas dan sampai ke Padang dalam 9.20am waktu Indonesia (lebih kuranglah waktunya tu, tak ingatlah sebenarnya). Percutian kali ini kami belasah aje, takde ambil mana2 travel agent.
Dari airport kami ambil transit bas (tranex) untuk ke BT, dengan tambang sebanyak Rp18,000. Sangat serabut dengan suasana di airport, memang naik darahlah sebab dikerumuni oleh tukang2 teksi/van/bas...eee tension tau!! Siap ada aksi tarik-menarik lagi tu...huhuhu~Akhirnya kami nekad untuk ambil bas tranex ke BT..lega sangat2 bila dah dalam bas, jauh dari ulat2 yang ampehhh!! Untuk makluman, bas di sini memang tiada yang terus ke BT tau, kita akan dibawa ke Padang, trasit di syarikat bas yang kita naik, lepas tu terpaksa ambil van untuk ke BT dgn tambang Rp25,000 (kami kena 'kencing' pasal harga tambang ne, sepatutnya Rp16,000 aje kalo tak silap saya).
Dari transit stesen ke BT mengambil masa 2 jam perjalanan. Adoiii, sesak nafas beb!! Udah ler panas, aircond pulak nan-ado jadinya perjalanan terassssssaaaaaaaaaaaa jauh sesangat, nak muntah dibuatnya. Udah ler pagi tak breakfast, perut dah start bergolak. Isshhh mujurlah mampu bertahan kalo idak tak tau lah apa yang akan jadi.. Sebenarnya, van transit nie tak singgah di BT, katanya nak turunkan kami di Aur Kuning (ikut kata orang jauh dari pekan BT), dengan bantuan seorang akak ne kitaorang diturunkan di pasar berdekatan Padang Luar dan diminta untuk menaiki van (warna kuning, ala2 prebet sapulah kalo kat sini) untuk terus ke Jam Gadang dengan tambang Rp2,000 seorang. Alhamdulillah,berjaya jugak sampai (awal2 lagi dah macam2 cubaan kami hadapi..)

Badan dah letih giler + perut pun lapar giler, kitaorang terus gerak ke Jl. Yani berdasarkan peta yang memang kami bawa..senang aje nak cari, berdekatan dengan KFC BT.. Memandangkan budget kitaorang pun takat yg bese2 aje, kitaorang buat keputusan untuk bermalam di Hotel Dahlia. Asalnya kami ambil bilik murah aje Rp95,000/night, di mana keadaan bilik ngam2 untuk 2 org. Agak sempitlah + tv pun takde (spt gambar di atas), begitu jugak bilik ayor tetapi akhirnya kitaorang ambil keputusan utk tukar bilik ke deluxe Rp250,000/night setelah naluri rasa macam ada ‘sesuatu’ (sendiri mau ingatlah) aje disitu, seram beb!! Tak kisahlah duit melayang, budget lari dari yang dirancangkan asalkan tidak timbul rasa yang tak sepatutnya..hah ko, dapat bilik yang best + ada tv lagi; masing2 lena tak hengat dunia sampai ke pagi!! :D

Ohh ok, sepatutnya tak boleh cerita bab tido lagilahkan sebab hari masih panjang ;-) Lepas check in, rehat sat, bersihkan diri, solat then terus cari kedai yang menyediakan perkhidmatan sewa motor..hah, inilah pengangkutan utama kami di BT..jimat wooooo hehehe~ Lokasi kedai berdekatan hotel, bersebelahan dengan raunsumatra. Kitaorang sewa 1 ½ hari dengan kos kalo tak silap saya Rp110,000 (kan tasya?). Hah, satu pesananlah kalo korang teringin nak bermotor, make sure photostat siap2 ye passport korang…Sebabnya derang minta kita tinggalkan sesuatu sebagai cagaran. Memandangkan kitaorang takde buat salinan, terpaksalah saya tinggalkan lesen memandu saya. Risau jugak sebenarnya tapi syukur Alhamdulillah, dikembalikan tanpa cacat cela.

Kenderaan dah ada, jadinya apa lagi…jom rempit!! :D woooww, best betullah!!! Tempat pertama yang dituju semestinya tempat makanlah!! Giler kebulur ko!!! Hehehe~ So bergeraklah kami ke jam gadang dan singgah makan di restoran padang simpang raya (kalo x silap)..Hah, kalo singgah di restoran padang ne jangan pulak terkejut kalo dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk tau. Usik yang mana berkenan aje tau, kalo idak rabaklah poket korang kui3. Kitaorang cuma layan rendang daging, ayam goreng dan sambal saja…emm 3 lauk ne + 2 gelas teh ais, harga lebih kurang Rp62,000.. Perut dah kenyang, kitaorang ambil keputusan untuk cari petrol pam..Oh ye, parking motor tu pun bukan free tau Rp2,000/entry dikenakan. Petrol pam pula terletak berdekatan dengan gereja (kat BT tu satu je gereja je, senang aje nak cari)..Sekadar info, full tank untuk skuter dalam Rp15,000.
Minyak dah ada, jadinya terpaksalah patah balik ke Jam Gadang untuk ke pasar atas (shopping time!!!)..yeayy, saya berjaya menahan nafsu shopping tau (bangga giler ne hehehe); kawan saya tu pulak yang dok memborong sakan, rabak poket hehehe! Sini memang syurga kain ela lah, nak apa? semua ada. Cuma nasihat saya, survey lah dulu, bandingkan harga setiap kedai, kalo idak menyesal tau…paling penting jangan lupa tawar dgn harga yg serendah mgkn ye..
suasana di area Jam Gadang, memang meriah
Ini pula suasana di Pasar Bawah..macam2 ada di sini, harga pun lebih murah dari yang diatas cuma kualiti agak kurang memuaskan tapi kalo bab makanan ok aje sebenarnya..

Penat shopping, patah balik ke hotel untuk simpan barang2 rampasan dan rehat2kan badan sementara tunggu Isyak. Settle semuanya barulah kitaorang gerak keluar untuk makan malam..emm, kat sini jangan takut2 nak makan kat warung2 tepi jalan tau..I’Allah sedap dan selamat..2 malam kat sini, kitaorang makan kat gerai2 yang ada depan hotel aje, takde pn masuk restoran2 mewah ne…huhuhu~malam pertama kitaorang try nasi gorang telur dadar, murtabak mesir dan sate ayam (banyak giler menu :D)..jangan ingat tak habis tau, licin semuanya kitaorang bedal hehehe~ perut dah kenyang, apa lagi waktu untuk membongkanglah (tido!!)…enak sungguh rasanya tido lepas makan..hehehe
*bersambung...
*bersambung...
30 Januari 2011
Hari terakhir di sini. Flight BT-LCCT 7.50am. Jadinya kami perlu bangun seawal 3.00am untuk bergerak ke Padang. Supir tiba di hotel utk pick-up kami dalam 4.30am dan terus bergerak ke airport Padang. Kami berhenti sebentar di salah satu masjid untuk solat Subuh. Apa yang membuatkan saya terkesima, masjid penuh dengan kanak2 waktu itu. Ada yang mengaji, ada yang solat dan ada yang sedang bercerita mengenai kisah2 nabi; satu pemandangan yang luar biasa buat saya. Boleh ke kita lihat situasi yang sama di masjid2 di Malaysia? Sungguh saya tak penah jumpa lagi huhuhu~ Selesai solat, kami diberikan breakfast sekotak seorang yang mengandungi nasi goreng, keropok dan mineral water. So, sambil bas bergerak saya layanlah breakfast yang telah diberikan. Alhamdulillah, kami tiba di airport dalam 6.15am; lepak sahaja diluar kerana semua urusan di settlekan oleh pak supir..Flight tiba pada waktu yang ditetapkan dan selamat tiba di LCCT, Alhamdulillah.Terus ke rumah untuk bersiap kerana tengahari itu saya ada dating dengan tasya, mofu, linot dan fatt di IOI Mall..giler terkejar huhuhu
29 Januari 2011
Hari ke-3 di Bkt. Tinggi kami diminta bersedia seawal 8.00am kerana pagi itu kami akan dibawa menyelusuri Keluk 44 yang terkenal sebelum tiba di Danau/Lake Maninjau. Perjalanan kami pagi itu disambut dengan hujan renyai2, jadinya keadaan sekeliling teramatlah sejuknya. Menurut supir, perjalanan akan memakan masa hampir 2 jam sebelum tiba di Danau. Sangat teruja ok sebab sepanjang perjalanan mata dijamukan dengan pemandangan yang sangat menarik dan udara yang sangat segar tapi sayangnya kenderaan tak berhenti utk membolehkan kami mengambil gambar (biasalahkan kalo dah ambil TA, bosan!!).
2 jam perjalanan memang jauhlah, dengan keluk yang giler tajam issh hati dan fikiran dok bayangkan kalaulah bas terbabas dan terbalik, memang arwahlah masing2 huhuhu~ Tiap kali melalui keluk2 tu jugalah, makcik2/cik kakak2 dok terjerit2 sebab takut dan serius..Adehhlah, gua rasa nak sumbat aje mulut derang dengan kacang huhuhu~
Pic di atas diambil di Keluk 34 (kalo tak silap saya). Pemandangan dari aras ini memang sangat menarik. Bangunan minangkabau yang ada dalam pic tu dulu sebenarnya adalah hotel tapi dah ditinggalkan tanpa sebab2 yang diketahui (lupa nak tanya supir kenapa ditinggalkan kosong hihihi). Saya agak beruntung ketika ini sebab cuaca yang tidak begitu baik dengan angin bertiup agak kencang telah menyebabkan sulfur di dasar tasik timbul dipermukaan dan menghasilkan permukaan air yang sangat cantik tone kalernya. Sebahagian berwarna biru turquoise dan sebahagiannya berwarna dark blue..Subhanallah, tak tergambar cantiknya. Sekadar berkongsi info yang diberi oleh pak supir, sulfur biasanya akan timbul dalam bulan Okt. jadinya kami dikira lucky. Kenderaan supir hanya berhenti di Keluk 34 sahaja dan setelah itu perjalanan diteruskan ke rumah kelahiran HAMKA (menci, x singgah pun tepi tasik huhuhu)
Tak kenal sapa HAMKA? Harulah kalau macam tu..huhuhu~ Antara karya terkenal beliau adalah Karamnya Kapal Van Der Wijk (saya ada buku nie, buku yang bagus). Museum ini tidak dikenakan apa2 bayaran masuk, cuma kita boleh sedekah (tak kiralah dalam Rp @ RM) kepada museum ini untuk penambahbaikan. Museum ini dijaga baik oleh sepupu/anak saudara (kalo x silap, ingat2 lupa) arwah.
Dari atas, boleh baca tak pantun tu? Agak terkenal pantun tu sebenarnya by Sukarno (kalo tak silap saya), pic bawah tu pula, anak2 arwah yang kebanyakannya tinggal/merantau di Jakarta. Pic tengah, itulah Allahyarham HAMKA. Sebelahnya pula sepupu/anak saudara yang menjaga museum (namanya Pak Hamzah) dan pic dibawahnya adalah saat2 keranda beliau dibawa ke pusara, ramai giler yang mengantar jenazah (Al-Fatihah).
Sejam di Museum HAMKA, kami berpatah balik ke Bkt Tinggi, menci masih tak singgah di tasik huhuhu~ Cantik sgtlah tempat ne huhuhu.. Pelik dengan keadaan di mana, kebiasaan kerja2 dilakukan oleh kaum wanita. Satu persoalan, di manakah kaum lelaki? Mustahil skadar melepak di rumah :P
Odw ke BT singgah di satu tempat (ala tak x tahulah apa namanya), selepas Keluk 44.. Masing2 layan teh halia tapi saya dan kawan saya layan pemandangan sahaja.Pic di atas, adalah sebahagian pemandangan yang ada di sana...
Akhirnya tiba di Bkt. Tinggi. Jalan untuk masuk ke pekan Bkt Tinggi itu sendiri memang sentiasa sesak ok; wajah2 yang sempat saya rakam dari dalam bas..
Layan ajelah..pekan Bkt Tinggi nie takdelah besar mana pun..pusing2 situ juga.
Finally, kami dibawa ke Restoran Kapau di pinggir pekan Bkt Tinggi. Perghh ini satu2nya tempat yang berjaya membuka selera saya. Bertambah dibuatnya. Harga jangan ditanya ye kawan2 sebab semuanya dah termasuk dalam pakej..Paling best, ikan kerapu goreng tepung..
Perut dah kenyang, kami kembali ke pekan Bkt. Tinggi dan diturunkan di Pasar Atas untuk shopping buat kali terakhir (diberi masa 2 jam). Saya takat pusing2 ajelah, lihat suasana sekeliling. Nak shopping? Tak koser dehhh.. Suasana di sekitar Jam Gadang memang happening dan saya rasa itu sajalah tempat yang ada utk penduduk tempatan mencuci mata huhuhu (mamat dalam 1st pic tu, ensem ok..nasib baik sempat curi pic beliau hihihi)
Lagi di sekitar Jam Gadang...
Malam terakhir di Bkt Tinggi, kami dibawa dinner ke tempat yang special iaitu Restoran Rumah Minang..Deco menarik, makanan pun best; segala2nya best disini (dan saya rasa harga pun sure best punya). Kami dijamukan dengan jus alpukat dan jus durian belanda (giler pekat, sampai sakit tekak dibuatnya.) Perut kenyang, berpatah balik ke hotel dan zzzzzzzzzz (perlu bangun seawal 3.30am utk ke Padang)..












