Saya bukanlah pecinta lautan tetapi apabila menyebut tentang Cherating, ianya sentiasa membuatkan saya teruja untuk kembali dan terus kembali untuk menikmati keindahannya. Lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kuantan agak memudahkan kerana tak perlu nak meredah ombak untuk tiba ke pantainya fobia sungguhlah dengan ombak!

Saya singgah di Cherating bersama adik-adik; satu moment yang paling saya rindukan apatah lagi bila masing-masing sudah mendirikan rumahtangga dan harus memberi tumpuan pada keluarga masing-masing. Bila ada peluang seperti ini memang saya happy sangat-sangat walaupun mereka merungut harus mengikut rentak saya (nasiblah korang ada kakak seperti ini!).
Apa pun kisah disebaliknya, Cherating masih seperti dulu. Cantik dan terjaga dari sampah-sarap.










Pilihan kami pada petang itu adalah iced cocoa, mango cheesecake dan coconut cake (hah yang ne memang juara, sedap giler!) 


Teratai lagi.. 



































