Projek pertama untuk tahun 2016. Dah lama giler nak try abseiling di Sungai Pisang, Gombak ni. Dari zaman sekolah lagi tapi takde geng yang sanggup nak teman. Kebetulan awal tahun baru haritu nampak ada open trip untuk aktiviti ini di fb HACAM terus saya bagitahu #gengtravel. Alhamdulillah, mereka sudi nak teman saya buat aktiviti ini. Bayaran yang dikenakan adalah RM80 (abseiling + fying fox + lunch). Apa yang best, takde limit seorang nak buat berapa kali terjunan; terjun ajelah sampai lebam.
Bab 'lari-terjun-fly' memang tak kuasa nak buat. Gayat satu hal, gemuruh tu satu hal. Risau kalau dah menggigil, abseiling saya tak mampu nak buat. Jadinya saya memang fokus untuk abseiling ajelah sebab itu yang memang menjadi idaman saya sekian lama. Bila dah dipasang segala alatan wajib, pandang bawah dan wow - "mampukah aku?". Bila krew kata "boleh turun sekarang", emm tarik nafas panjang, pejam mata dan lapangkan kepala otak. Apa yang pasti best giler. Nasib sebelum ini pun memang dah ada sikit pengalaman untuk abseiling ini, sedikit sebanyak memang membantu.
Next, nak try abseiling di Gua Damai Bt Cave dan Air Terjun Berkelah. Bila? Takde jawapan untuk itu.

Impian yang jadi nyata

Flying fox - layan terjunan orang ajelah. Tak koser nak buat hehehe [Pic : Pijah Pelangi]
* Buat tasyha, pijah dan adik terima kasih banyak sebab sudi menemani. Rasanya kalau korang takde, sampai bila-bila impian yang satu ne terperam begitu sahaja..