Tak tahulah kenapa sejak dua menjak ini punyalah sakit hati dengan line internet. Giler punya lembab. Rasa nak cekik2 je, err nak cekik sapa ekk?huhuhu oklah, rasa nak hempuk2 je pc ne ke dinding tapi ehh sayang la pulak. Inilah satu2nya buah hati pengarang jatung tempat saya bermanja :P Terus teranglah, saya cukup pantang dengan istilah 'menunggu' atau terpaksa menunggu. Time tu jugalah terasa darah menyirap tak ingat dunia, serba-serbi jadi tak kena.
Ok, itu satu hal. Ini lain pula halnya. Saya tak surelah saya sorang aje yang terkena atau ada juga yang senasib dengan saya. Emm, dah 2 hari ini susahnya nak access masuk FB. Tiap kali nak masuk tiap kali itulah saya kena reset password. Tak ke keje bodoh tu..Kalau sehari, 5x saya try nak masuk FB jadinya 5x itu jugaklah saya kena reset password saya. Adoiii, sakitnya hati..Betul2 menguji kesabaran neh!!! Begitu juga tiap kali saya nak masuk forum dan blog. Haihhh, memang tak terkatalah kemeruapan darah saya ini huhuhu
Saya sedang merangka sesuatu sebenarnya ne. Nak jalan2 (mcm banyak duit je :P). Seriuslah, saya dah pasang impian nak ke sinun dari saya form 3 lagi lepas tengok pic yang ditunjukkan oleh cikgu sejarah. Dalam hati, 'satu hari nanti saya mesti sampai ke sini' dan nahh tiap kali semuanya dah ready mesti ada sahaja halangannya. Takpelah dah takde rezeki, nak buat macam manakan? Adalah hikmahnya kenapa saya tak berkesempatan nak merealisasikan impian saya ini. Mudah2an, kali ini adalah rezeki saya. Info dah pun saya kumpul tinggal nak susun aje. Supir pun dah cari (oppsss, boleh agaklahkan ke mana heheee). Plan nak backpack aje tapi bila fikir balik, saya cuma ada 2 hari + jarak antara satu lokasi dengan lokasi yang lain tidak memungkinkan untuk saya terjah begitu aje. Supir pun supirlah, janji selamat semuanya hehehe. Ambil supir utk sehari selebihnya guna public transport. I'Allah, tak sabar nak ke sana...
teringin sngat nak p sini..pic ehsan pakcik google..
*ada sapa x nk ikut?blh tong2 rege supir hehehe



































