Alhamdulillah, saya suka bekerja dalam keadaan yang tertekan. Semakin hebat tekanannya, saya semakin fokus. Inilah saya. Penat tu memanglah penat tapi nikmat kepuasan melihat hasilnya mengatasi segala-galanya. Saya bukanlah supergirl mahupun superwomen tetapi hanyalah insan biasa yang berangan2 nak jadi boss satu hari nanti (doakan saya ye). :D
Alhamdulillah, again. Rezeki dari Allah. Dalam kesibukan dengan kerja2 harian di pejabat dan tanggungjawab di rumah berjaya juga saya menyiapkan hampir 2,000pcs tempahan coklat pelbagai jenis. Tak cukup tangan sebenarnya tapi siapa aje yang ada di keliling, saya kerah untuk membantu (giler kuasa sungguh) :D. Tq to Nani dan tasyha dan sapa lagi ye (ala sorry tak ingat nama :P). Ada beberapa tempahan dan request utk sample yang perlu saya siapkan, I'Allah esok kalau berkesempatan (saya create blog coklat yang baru tapi boleh pula terlupa password huhuhu)
Tak sangka boleh dapat tempahan apam polka dot ini. Makcik saya kot yang dok promote kat kawannya di Dengkil. Alhamdulillah, walaupun tak seberapa upahnya tapi saya seronok lebih2 lagi bila bermain dgn dot2 itu..Lupa seketika masalah dunia yang menghantui diri :D
Tempahan dari officemate adik saya. Sungguh, saya malas sangat2 nak buat tart bunga ini. Renyah ok. Ini pun dok tertangguh2 akhirnya awal minggu hari itu berjaya juga saya siapkan. Tak banyak pun, 100 pcs tapi lepaslah buat belanja harian..
Ini yang paling seronok, dapat angkut kamera :D Walau pun takde lah sehebat mana pun menembak tapi kepuasan tu saya tak tahulah nak cakap macam mana. I love photography. Orang nak kata pic2 saya syok sendiri pun saya tak kisah sebabnya saya percaya pandangan setiap orang adalah berbeza. Mungkin buruk pada pandangan orang tapi indah sangat2 di pandangan mata saya. Kitakan berbeza, ingat itu..So last week, dapat jemputan untuk menghadiri majlis bertandang abang kepada kawan saya merangkap photographer ampehhh. Seronok sangat2, makanan best, pengantin cun, rumah besau, tetamu giler ramai dan yang paling penting gambar2 yang cantik hancuqqq :D Buat kawan saya tu, tq beb sebab sudi jemput gue hehehe
Orang kalau nak naik pelamin memang suka main ngan jari ekk? Nampak sangat nervousnya hehehe...










































