Lepas geram gara-gara kes semalam. Saya tak tahulah kemana fikiran saya melayang semalam, 1/2 kg baking powder saya curah dalam adunan apam yang saya bancuh. Bila melihatkan tindak balas yang berlaku (tak sampai sesaat adunan naik berganda2 jadinya) baru saya terfikir, err aku guna tepung apa ini?? Check plastik pembungkus rupa-rupanya baking powder. Ya Allah, ke mana saya hanyut? Sudahlah saya bancuh sampai 2 adunan, akibatnya tebal telinga mendengar kata-kata hikmah dari mak saya. Frust sangat-sangat melihatkan hasil dari kecuaian diri sendiri :-(
So hari ini saya dah nekad nak tebus balik kesalahan semalam. Walaupun bukan adunan apam yang saya bancuh tetapi oklah; janji dapat buat sesuatu. Jadinya hari ini saya bancuh adunan 'Super Moist Eggless Chocolate Cake' yang saya jadikan sebagai muffin. Kali ini, tak nak ulang kecuaian semalam, saya check satu-persatu bahan2 yang saya gunakan, dan Alhamdulillah hasil yang saya perolehi memang tidak menghampakan. Pada kawan-kawan yang nak try saya pastekan resepinya di sini - simple sangat2, 5 minit pun dah siap bancuh. Hasil cakenya memang super moist, berbaloi-baloi kalau nak try..
Resepi kredit to my kitchen
1 cwn tepung gandum - saya guna self raising flour
1 sudu kecil baking powder - saya tak guna pun
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - saya tak guna
1/2 cawan serbuk koko - jenama tempatan aje sebab murah
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais) - saya gantikan dengan fresh milk sejuk
1 cawan gula perang - saya gantikan dengan castor sugar
1 sudu kecil esen vanila - ehh saya lupa letak huhuhu
1/2 sudu kecil coklat/coffee emulco - saya tak letak, takde stok kat rumah
secubit garam
1/2 cawan minyak masak atau minyak jagung - saya guna minyak masak je
1 sudu kecil cuka atau lemon jus - saya guna cuka
*saya tambah segenggam coklat cips
Cara membuat:
- Panaskan oven
- Ayak tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk coklat. Masukkan tepung susu, garam dan gula. Gaul rata
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila , coklat cips dan coklat emulco. Kacau rata hingga tak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka. Gaul rata. Tuang dalam acuan muffin - 3/4 sahaja jangan bagi penuh. Bakar hingga masak.
*Selamat mencuba. Untuk Putri Biru @ Mita, sila cuba ye hehehe




















