Pages

Tuesday, October 6, 2009

Jom, Langkawi!! Part I

Macam tak sangka aku dapat menjoinkan diri ke Langkawi bersama2 dengan rakan sekolej. 1st projek yang kami rancang sebelum bermulanya semester baru this weekend, visi masing2 nak release tension (konon), tapi takde maknanya bertambah ketensionan adalah sebab masing2 terpaksa telan ayer liur sebab terpaksa budget tak cukup...hahaha~sabar ajelahkan? Takpe, next time kiter p laghi...

Kitaorang bertolak ke Langkawi dengan menaiki bas di Hentian Putra. Bukan tak nak ambik flight tapi masing2 nak adventurela cekononnya, tu yang dok sibuk suruh aku cari tiket bas belah malam...So 30/9 pukul 11.15 mlm kami, 11 orang bergeraklah ke Kuala Perlis dengan happynya, sampai di Kuala Perlis kalo tak silap aku dalam 6.00 am...Masing2 dah kepenatan, lepak sat kat bus stand then gerak ke jeti tuk beli tiket dan terus cari kedai makan tuk isi tangki..Lapo tau sebab sepanjang malam tak isi apa2 sebab masing2 dok buat tahi mata...

Emm, aku tak tahula apa kena ngan rakan2 aku itu; masing2 dok kalut nak makan laksa. Bayangkan pagi2 bute makan laksa, tak ke sakit perut tu nanti? Depa leka ngan laksa masing2 aku lak leka ngan roti canai..alahai sedapnya..ikut hati nak aje aku tambah lagi sekeping tapi takde maknanya..tu semua nafsu semata2, cukupla sekeping sahaja...tangki dah penuh terus ke jeti dan amik feri ke Langkawi...Perjalanan memakan masa 45 minit dengan keadaan laut yang agak bergelora (mungkin sebab gempa di Padang pada malamnya)..sekali lagi masing2 dok terlena kekenyangan, sedar2 dah sampai pun di jeti Langkawi...Alhamdulillah, semuanya selamat..

Di sana, satu masalah lak timbul...kami kena tipu ngan mamat tukang sewa van..janji nak bagi van Toyota tapi dibaginya van yang tunggu masa nak dibuat tukun...sian Zaki terpaksa handle stereng yang keras kejung...Terus ke Malibest di pantai Cenang, alahai tak boleh nak check in sebab masih awal...bayangkan dengan badan yang melekit (tak mandi), mukanya berminyak terpaksalah kami patah balik ke pekan Kuah dan ronda2 kat situ..1st time dalam sejarah aku berjalan2 tanpa mandi tau, tak ubah cam bau kambing dah masing2...Puas ronda, kami bergerak semula ke chalet dan syukur dah boleh check in, apalagi masing2 dok bekerja ke bilik air tuk mandi dan layan zzzzzzzzzzzzzzzzz...penat woiii...

Jom layan gambar..



Masing2 yg tgh kelaparan..

Tengoklah ombak tu, agak tinggikan?


Image Hosting by PictureTrail.com

No comments:

Post a Comment