Alhamdulillah, saya dan adik2 tiba di rumah malam tadi dengan selamatnya ;-). Saya puas dengan percutian kali ini. Ehh, bukan puas sebab dapat menghabiskan duit tau, puas sebab kitaorang berjaya meredah Singapore dengan jayanya..Selain dari itu, terima kasih banyak2 kepada Wannie kerana tanpa tunjuk ajar daripadanya tentang selok belok Singapore rasanya tak berjaya kot kitaorang :)
Perjalanan saya dan adik2 dengan menaiki train, KL Sentral-Singapore; kitaorang bertiga sahaja sebab Aida last minute cancel. It's okla, walaupun masing2 dok ragu2 nk p ke tidak tapi kitaorang teruskan juga. Kitaorang ambil katil sebab malamkan, pikir nak tido aje~sorang RM40. Perjalanan memakan masa 9jam 50minit, sepatutnya tiba di Tanjung Pagar pukul 8.30 am tapi lewat 1/2 jam sebab sangkut agak lama di Imigresen Woodlands. Ini pengalaman pertama saya dengan keretapi, seronokla. Tk rasa goyang pun, tak rasa nak muntah pun...isshh ok jela..Saya boleh lena selena-lenanya sedar2 dah sampai Johor tau...kire oklakan? ;-)
2 minggu sebelum ke sana saya dah booking bilik di Hotel 81 Bugis, di Middle Road. Satu malam $110 dan check in pada pukul 12 tghari. tapi sebab sampai awal, nak check in pun tak bolehkan? saya dari Tanjung Pagar kitaorang ambil taxi dan turun di Fullerton Hotel (giler cantik hotel nie) dengan tambang $5.40. So pagi2 buta tu kitaorang round area sekitar; tgk pemandangan marina, merlion dan macam2 lagila (tak boleh nak ingatla nama bangunan2 tu). Dalam 11.00 ++ gerak ke hotel dengan berjalan kaki dan berpandukan sekeping map. Pada saya map yang saya beli memang amat2 membantu..tak sesat langsung tau. Ambil 2 bilik, ishh 1st time saya kena dok hotel sorang2 sebab Aida takde..mujurlah 2 malam kat sana tak kena ganggu ngan mana2 hantu :D
Inilah stesen keretapi Tanjung Pagar...
No comments:
Post a Comment