Pages

Monday, May 2, 2011

Singapore : Part I

Alhamdulillah, saya dan adik2 selamat sampai ke rumah setelah penat memerah keringat di bumi temasik. Percutian kali ini boleh dianggap sebagai percutian budget, lebih2 lagi ke Singapore jadinya segala2nya kena control agar tidak terlebih budget (nanti saya cerita lebih lanjut).

Perjalanan bermula pada 29.4.2011 dengan menaiki train KL-Singapore jam 2pm. So, saya ambil keputusan untuk half day pada hari tersebut dan berkejar ke Putrajaya Sentral pada jam 12.30 pm memandangkan kami perlu ada di KL Sentral ½ jam awal sebelum train bertolak. Memang agak kelam kabut sebenarnya , mujurlah ERL ada so kami sampai ke KL Sentral ½ jam sebelum jam 2. Ngam2 sampai, pengumuman dari KTMB memaklumkan bahawa train delay ke 4.30 pm kerana banjir di Penang. Fuhhh, tarik nafas lega beb. Mana taknya dah la perut keroncong tak ingat dunia, duit pun tak tukar lagi. Masa yang ada kami settlekan perkara2 yang patut disettlekan. Awal2 lagi saya dah bgth adik2, seorang perlu keluar RM300 x 3 orang, maknanya ada dalam RM900. Setelah diconvert ke dollar singapore dapatlah dalam $369. Waaaaa, setengah pun tak sampaikan? Takpelah, tak nak pikir …


Duit dah ada, perut pun dah kenyang, solat pun sudah kami pun ambil keputusan utk lepak aje sambil memerhati gelagat orang. Dalam 4 pm, sekali lagi pengumuman dibuat, train akan tiba jam 4.50pm (delay lagi? takpelah, nak buat mcm manakan, berjalan punya pasal tunggu ajelah). Tepat seperti yang dimaklumkan, train pun tiba dan kami diminta untuk ke gerabak masing2. Kami ambil kelas bese2 aje (RM34/person). Oklah, kalo nak dibandingkan dengan train yang saya naiki utk trip trans-java, seat train KTM jauh lebih selesa. Untuk makluman kawan2, bagi perjalanan di siang hari koc katil memang tiada; ianya hanya untuk perjalanan pada malam hari (sapa cepat dia dapat ok!). Harga pun agak mahal berbanding seat biasa, dan utk katil bawah harga lebih mahal dari yang di atas (nak tau pasal harga sila check kat website KTMB). Sebenarnya plan asal mmg nak ambil train malam tapi apakan daya semuanya dah sold out, so plan betul2 perjalanan anda jgn jadi mcm kitaorang huhuhu

Perjalanan memang lancar, seat pun banyak kosong mgkn ramai yang cancelkan perjalanan kerana kelewatan train (duit akan dipulangkan kalo cancel). Perjalanan KL-Singapore memakan masa lebih kurang 8jam, jadinya aktiviti utama sudah tentunya membuta. Sesekali tersedar bila train stop dihentian tertentu utk menurun/mengambil penumpang. Puas membuta, perut kembali lapar (siangnya hanya makan 2 ketul ayam KFC) ajak adik2 ke café untuk mencari nasi (giler lapo 1 hari tak makan nasi). Emm, sila jangan bayangkan kesedapan makanan yang ada mampu menangani kehebatan makanan di SR atau di Hj. Tapah ye kawan2, makanan yang ada hanya takat biasa2; cukuplah untuk mengalas perut. Apa yang ada? Emm nasi goreng, mee goreng, meehon goreng, minuman panas, jajan2 pun ada. Harga? Dah tentulah berganda. Saya dan adik2 ambil nasi goreng ayam (RM6/bekas) manakala milo panas 50sen je (errkk rasa mcm adik tu tersalah kira je). Lepak2 kat café sambil berborak dan terus ke seat masing2 utk membuta. Saya sedar2 pun dah sampai JB. Kami tiba di Woodlands Checkpoint utk urusan imigresen jam 11.45 pm. Memandangkan orang tak ramai, kami singgah di Woodlands dalam 20 minit sahaja dan kembali ke train utk menuju ke Tanjong Pagar dan tiba di sana tepat 12.30 midnight. Ingatkan suasana sunyi sepi sebab dah tengah malam rupa2nya suasana sangat meriah di Tg Pagar (ada kedai mamak kat situ, ramai yang dok lepak2). Tak nak buang masa (sebab dah lewat sangat) terus ambil teksi ke Backpacker’s Inn Chinatown ($6.00).


Alhamdulillah, mujur saya dah bgth awal2 kelewatan kami ke pihak hostel jadinya bilik memang telah pun tersedia. Kami ambil private room (3 person) dengan harga $75/night (1st night) dan 2nd night $65 (tukar bilik double). Kira murahla ne sebab inilah hostel yang paling murah saya jumpa hasil google sana-sini. Keluar dari teksi, adik2 dah menjerit, “long, ko biar betul” (saya gelak je dalam hati). Pada saya pemandangan mat/minah2 mata biru mabuk2 ne dah biasa saya tengok, jadinya no hal la as long as derang tak kacau kita. Dapat kunci bilik terus bersihkan diri dan zzzzzzzzzzzz….

suasana dalam keretapi...


Inilah suasana kantin keretapi..Ok je kalo nak lepak2 kat sini..


Menu pilihan kami, nasi goreng ayam + milo panas


Backpacker's Inn, Mosque Road, Chinatown


1st room, $75/night (mcm tongkang pecahkan hehehe)

2nd room, $65/night..berhimpit tau, sesak nafas...

lengkap, semua boleh digunakan..nak masak boleh, nak basuh kain pun boleh, belakang ada 2 bilik air yg sangat bersih. Internet pun boleh pakai...ragu2 nak guna?I'Allah, yakinkan dalam hati tanpa was2 ye kawan2..saya dah check dalam fridge takde pun yang pelik2...rata2 menggunakan dapur utk masak maggi, lain2 takde..



*untuk malam pertama baki ongkos $223.00

2 comments:

  1. klu dok hostel ni dkt tak dgn MRT? ke jauh? aku dah 2x p Spore..tak taula nak p lagi ke tidak. sbb mahal kan..baik aku p Oz ke Nz ke..belanja lebih kurang je

    ReplyDelete
  2. dkt sgt2 fatt. dalam 5min jalan dah sampai MRT..pada aku, sana takde apalah..kecuali ko giler shopping, blh la ke sana.

    ReplyDelete