Pages

Wednesday, May 18, 2011

การเดินทางไปหาดใหญ่ : 1 ส่วนหนึ่ง (Trip to Hatyai : Part I)

สละอารมณ์ (fuh2 amik mood :D)

Dari tahun lepas lagi bebenornya saya rancang nak ke Hatyai ne tapikan tak jugak lepas2 hehehe. Kali ini dah tak koser nak plan beria2(x taula sapa punya cadangan asalnya), bentang usul terus masing2 kata jom (saya,fatt,tasya dan adik). 2 minggu sebelum berangkat, p beli tiket keretapi dgn harga RM48/sehala dan nahhhhh ko sampai gak kitaorang di Hatyai (Alhamdulillah)..

Perjalanan kami bermula pada jam 9.15pm dan dijangka tiba di Stesen Hatyai lebih kurang 9.55am. pada awalnya cuak juga sebab macam2 halangan yg kami hadapi; ada yang terpaksa berpatah balik sebab tertinggal barang, ada yang tersangkut dlm kesesakan lalulintas dan ada jugak yang tak dapat dikesan di mana kedudukannya (cam gempak je bunyinyakan?hehehe). Cuak sangat2 tapi tulah, kalo dah rezeki tak ke mana, sempat juga kami tiba di KL Sentral tepat pada waktunya. Kalo tidak tak tahulah nak bayangkan kekecewaan yang bakal kami hadapi huhuhu. Alhamdulillah, train tiba pada waktunya dan bergerak ke utara lebih kurang 9.30pm.



Seperti yang dah saya bgth dalam entry yang lepas (Singapore), keadaan dalam train mmg sg2t sejuk ok...pakai sweater, stokin dan berselubung dgn selimut pun tetap tak boleh nak ubah keadaan..akhirnya kami redha ajelah..sejuk pun sejuklah, tido ajelah bagi mengisi masa yang terluang (wpun gaya masing2 dah macam udang kena panggang). Perut lapar, kami lepak di kantin keretapi. Kali ini kami siap tapau nasi ayam dari ayamas lagi tu, tasya pulak dok tapau pisang dan biskut..jadinya keje kami malam tu tak tido-makan, tak makan-tido, tak tido-mengumpat (oppppsss! :D).


tengok, punyalah tak tahan sejuk...



sangat bagus utk sistem penghadaman :D

Saya sendiri sebenarnya tak boleh nak lena sangat malam tu sebabnya ada satu group yang sangatlah tak tahu nak hormat orang lain. Punyalah memekak, sat2 derang berlari ke sana, sat2 berlari ke sini..ishh ikut hati nak je saya hempuk sorang2 tapi tak beranilah pulak hehehe~Sesungguhnya memang tak lenalah, malas nak citer panjang lebar hehehe~ Sedar2 dah 5.30am, saya tahan mata utk tgk matahari..dapat apa yang diidamkan, terlelap balik kot sebab sedar2 dah sampai pun di Padang Besar.



area Alor Setar la kot




Padang Besar. Berebut2 nak turun, tah apa yang dikejar pun tak tahulah

Di Padang Besar, kami dikehendaki mengangkut semua harta benda turun dari keretapi untuk pemeriksaan imigresen. 2x pemeriksaan perlu dilalui iaitu Imigresen M'sia dan Thai (2x juga kena beratur). Kami settle urusan di imi dalam 8.30am, terus ke tingkat atas utk breakfast memandangkan kepala keretapi Thai akan tiba jam 9.00am dan akan berangkat ke Hatyai pada 9.30am. Alhamdulillah, dapatlah pekena nasi lemak sebungkus (rasanya mcam 4 kali sudu dah licin, sikit sgtla!) dan teh ais, lepas tu p bergambar sat kat kawasan sekeliling, settlekan hutang2 tertangguh dan terus tunggu ketibaan train. Perjalanan dari PB ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 1jam, dan waktu di sana lewat sejam (untungnya! :D)



Hatyai!!

Tiba di Hatyai dengan selamatnya, kami terus bergerak ke kawasan sekitar untuk mencari hotel2 budget (almaklumlah budget masing2 pun nan ado hehehe). Akirnya kami ambil keputusan untuk stay di Louise Guesthouse. Cuba teka semalam berapa? Buat susah2 ajelah nak teka hehehe.Semalaman (w/out aircond) 300TB (lebih kurang RM30) ko!!, giler murahkan? hehehe~2 malam baru RM30 seorang, jimat2! So, saya share bilik dengan fatt manakala tasya dengan adik. Dah dapat bilik, jadinya apa lagi...mandi dan qada' tidola hehehe (penat wooo)~jarak Louise dari stesen keretapi lebih kurang 5 minit aje berjalan kaki jadi sila jgn gatai2 nak ambil tuk2 kalo teringin nak bermalam di sini hehehe





inilah tempat penginapan kami..jadilah dari takdekan?


*bersambung..

8 comments:

  1. Salam Zilla,

    Naik keretapi ni yg ada secong class je kan..dari KL ke Hatyai RM48..murah tu.. Kalau berjalan belah malam ni ada coach yg ada tempat tidor kan..

    ReplyDelete
  2. hi uncel..

    yup, kalo grak malam memang ada coach katil tapi masa kitaorang nak beli semuanya dah sold out..kalo nak katil, memang kena beli dari awal uncle..

    ReplyDelete
  3. Melur...uncle mcm minat gak nak naik keretapi kat hatyai ni...agak2 kalau cuti raya puasa org muslim kat sana berniaga tak...takut pulak tak dpt makan halal time tu...

    ReplyDelete
  4. uncle, tak surelah bulan pose macam mana keadaannya.maybe uncle blh tanya teman2 yang lain di forum..bab nak naik keretapi tu, saya sokong uncle sgt2 hehehe

    ReplyDelete
  5. Hehe..ok nanti forum la dah lama tak jengok sana...asyik busy on the road jer...

    Hebat nyer Melur muda2 lagi dah berjalan sakan.....bagus tu banyak berjalan banyak pengalaman..

    thanks..

    Oooo pasal kek tu nampak sedap bangat tu...meleleh air liur uncle..hahahaaa..

    ReplyDelete
  6. sorry ye uncle sebab tk dpt nk tlg huhuhu~wahh, patutla lama tak nampak, rupa2nya bz..emm merata p nya uncle?

    tkdela hebat pun uncle..melangkah ikut kemampuan, ne pun mak dah bising2 ne, tak tahula lepas me mcm mana huhuuh

    hehehe nampak je sedap, tapi cuba rasa sure tak sedp pun hahahaa~pe pun tq uncle

    ReplyDelete
  7. kak zilla , ape yg bez pegi hatyai? sy ni pon suke travel gakkk..x penah lg pegi hatyai...huhu..cam bez jer bace entry g hatyai nih... :D

    ReplyDelete
  8. mcm2 ada kemang..sebut aje nak apa, semua ada tau heheee

    ReplyDelete