Hari ke-2 bermula seawal 6.30am. Seperti biasalah, bersihkan diri terlebih dahulu sebelum mengadap-Nya memohon keberkatan dan settle semuanya kami terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.
Menu kami simple aje, nasi goreng lebihan dari malam harinya, salad kentang, sandwich telur + nutella dan milo/nescafe panas. Nampak seperti "wahhh, mewahnya dgn makanan"kan? Tapi sebenarnya makanan tersebutlah yang mengalas perut kami sepanjang perjalanan menuju ke Lake Tekapo.
Pagi yang indah, itu yang mampu saya ucapkan. Rose yang ada di Kiwi House, elok kembangnya tapi sayang takde bau huhuhu~burung2 berterbangan bebas di udara, jalan raya lenggang dengan sesekali kenderaan muncul untuk menuju ke destinasi pilihan. Keadaan agak sejuk pagi tu (tak surela pulak berapa suhunya), masing2 menyarung long john, fleece, berlapis dengan t-shirt sebelum diakhiri dengan sweater; itu pun masih menggigil dibuatnya. Selesai breakfast, check out dari Kiwi House, 9.45am dan bermulalah perjalanan kami..
Sebenarnyakan, saya tak tahu destinasi kami selain dari Lake Tekapo. Mana derang bawa, saya ikut ajelah hehehe~ Itinerary bukan tak bawa, bawa tapi saja dok peram dalam beg. So nganga ajelah sepanjang perjalanan. Kalau ada signboard, tahulah saya di mana kedudukan kami,kalo takde, emm faham2 sendirilah ye hehehe~
Destinasi pertama kami, Akaroa. Kiri kanan, pemandangan sangat menarik ok. Saya tak tahulah nak cerita/gambarkan macam mana. Sekejap2 "cantiknya!", sat lagi pulak "wahhh!". Ishh pendek kata, NZ memang bestlah!! hehehe~ Sampai satu saat rasa "tak nak balik, boleh?" hehehe ~ Landskap, gunung-ganang saujana mata memandang; jadinya sat mendaki, sat menurun. Belah kanan pemandangan ladang kambing biri2, belah kiri pulak ladang lembu. Saiz binatang2 memang gebu, tak macam di sini. Jadinya tiap kali nampak bbiri/lembu, masing2 jadi sangat teruja ok!! :D
Pemandangan yang mengiringi kami ke Akaroa. Sesekali berhenti untuk snap picture sebagai kenang2an.
Sebahagian pemandangan di Akaroa. Lupa la pulak nak catat tiba di sana jam berapa, asyik sangat dok usung kamera sampai lupa segalanya. Akaroa memang cantik! Pekan koboi, sunyi dan sepi. Rasanya hampir 2 jam juga kot kami lepak di sini dan dalam tempoh tu adalah dalam 5-6 biji aje kereta yang lalu lalang. Penduduk tempatan pun saya rasa tak sampai pun 10 orang yang saya nampak huhuhu~ Di sini, yang ada cuma sebuah bank (BNZ), information center, church dan beberapa kedai serbaguna. Jadinya boleh bayang sendirilah ye macam mana rupanya pekan Akaroa ne...huhuhu
Kami lepak di Information Center Akaroa untuk booking hotel dan lain2 (semuanya tasya dan mofu yang uruskan). Teman2 yang lain pula, sibuk memborong poskad untuk dikirimkan buat teman2 di Malaysia. Harga poskad bergantung pada saizlah, rata2 dalam lingkungan NZD0.80 - NZD1.10. International stamp for postcard NZD1.90. Ada juga stamp yang berharga dalam lingkungan NZD2.50; kualiti, saiz dan gambar jauh lebih menarik..
Seperti biasalah, kami ambil dorm utk 7 orang, rate NZD30/person. Dinner malam tu, meehon goreng aje. Niat di hati nk tgk star gazing. Pakej ada tapi mahal giler ok NZD85/person so kami bergeraklah ke church berdekatan kononnya nak tgk bintang. Sampai sana, keadaan punyalah sunyi dan sepi, tiba2 hati rasa tak sedap terus kami pakat patah balik ke YHA, layan monopoli terlebih dahulu bila mata mula memberat terus masuk ke bilik dan zzzzzzzzzzzzzzz lena hingga ke pagi..
Dalam 1.45pm, kami berpatah balik ke CH untuk ke Lake Tekapo. Kami singgah di Dunsandel untuk ke toilet + solat. Settle semuanya terus gerak ke Lake Takapo dan tiba di YHA Lake Tekapo 7.15pm. Tak nampak apa dah time ne sebab dah gelap gelita. Sana pukul 5.00pm dah start gelap, jadinya perjlanan kami ke LT meredah kegelapan malam.
No comments:
Post a Comment