Pages

Monday, June 20, 2011

New Zealand : Part IV

10 June 2011 : Dunedin - Te Anau

Laju sangat ke saya update blog saya ne? huhuhu~Malas nak tangguh2 sebenarnya takut lupa + sementara saya ada byk sangat masa terluang (lepak di rumah tanpa ke mana2).

Kami bermalam di ELM Lounge, Dunedin; separate room. 4 persons di main building manakala kami bertiga di 2nd building. Kali ini bilik sangat2 selesa dan luas, blhlah kalo nak guling2 dalam bilik. Kami di 2nd building punyai kitchen kami sendiri; orang pun tak ramai jadi senanglah kalo nak masak2 yang hebat2 (hebatlah sangat hehehe). Malam kami di Dunedin, kami sempat singgah di PaknSave untuk beli makanan tambahan utk kami ber'7 dan bahan2 utk projek rahsia kami (hanya beberapa org sahaja yang terlibat :D). Tiba di hotel, berpecah dan kami di 2nd building pun memulakan projek rahsia kami malam itu iaitu spagetthi bolognese. Ala bukan susah pun, beli je sos bolognese dalam botol (make sure tgk betul2 kandungannya) + daging hancur. Bahan2 lain seperti herbs memang dah disediakan oleh pihak hostel, jadi guna ajelah..hasilnya HEAVEN!! :D Paginya bangun seawal 6.30am untuk aktiviti seterusnya.

ELM Lounge, sila abaikan katil yang berselerak itu ye hehehe~ Kecil aje dapurnya tapi oklah, serba lengkap.

Aktiviti pertama kami ke Chancarla Farm utk tgk binatang. Keadaan pagi itu sangat sejuk dan berangin seolah2 nak hujan tapi mungkin dah rezeki kami, dpat juga kami ke sana. Bayaran masuk dikenakan tapi saya lupa berapa rasa2nya dalam NZD10 kot (sila betulkan kalo silap ye) dan kami dibekalkan dengan sebaldi roti utk diberikan kepada binatang2 peliharaan. Cantik tempatnya, macam kat kg. Macam2 ada kecuali gajah, rimau, tapir dan tenuk. Melampaulah tuan rumah nak bela binatang liarkan? Ini bukan zoo cuma ladang biasa aje huhuhu~ Paling teruja tgk itik :D. Terkedek2 berjalan, alahai comeyy sungguhla!!

Comeyykan?


 

Sekitar ladang. Kalau siapa2 yang berminat, boleh aje bermalam di sini dengan bayaran tertentu (lupa berapa)


 

Puas bermain dengan binatang2 yg comeyy, kami berpatah balik ke pekan Dunedin. Kali ini aktivitinya adalah ke kilang Cadbury. Kadar sebanyak NZD18/person dikenakan untuk melawat kawasan kilang. Kami diberikan paper beg utk mengisi coklat2 yang bakal diberikan. Tapi sayangnya kamera tak boleh dibawa masuk, tiada pic yang boleh dikongsi. Tour bermula 1.00pm dan tamat 1/2 jam berikutnya. Best, keluar dengan coklat penuh di dalam paper bag. Oh ye, jangan lupa beli poskad dan stamp cadbury ye kawan2 sebagai kenangan...tak mahal, murah je (haih, manalah poskad ne tak sampai2 lagi huhuhu). Selain dari poskad, saya borong sedikit coklat dan hot coklat utk dibawa balik ke Msia. Harga oklah kot, agak murah berbanding di Msia...

Hampir satu jam di kilang cadbury, kami bergerak keluar untuk meneruskan aktiviti, jalan2 di sekitar pekan Dunedin. Di sini pada saya adalah pekan pertembungan pelbagai budaya dan bangsa mungkin disebabkan di sini terdapat banyak universiti dan kolej.




Pemandangan di sekitar pekan Dunedin. Kami singgah di salah sebuah kedai menjual cenderamata berdekatan dengan church. Teringin nak beli t-shirt All Black sebagai kenangan tapi harga, erkk tercekik dibuatnya..Takpelah, anggap ajelah takde rezeki huhuhu. Sebelum berangkat meninggalkan Dunedin pada 4.20pm kami singgah dulu di McD untuk beli burger bagi mengalas perut yang lapar gilerr...

Kali ini giliran adik untuk drive dan saya sebagai 'tukang pengelap cermin'..4jam ko kena tahan mata, semata2 nak temankan adik drive dan lap cermin yang berkabus. Lenguh tangan tak usah cakaplah, kepala punyalah berdenyut sebab tak boleh nak tido :D Tapi takpelah, kenangan tu... Kalo kat sini jangan haraplah nak buat keje2 mcm tu :D Singgah sat di Lake Waihola utk ke toilet sebelum perjalanan diteruskan dan tiba di Te Anau 7.40pm, masak utk dinner, dan 10.30pm lena tak ingat dunia..

*bersambung

5 comments:

  1. kalo kite singgah lame sikit kat Dunedin.. mesti best kan? boleh ke kalo aku cakp.. i bebtul rindu NZ.. tp, x pe la.. nnti2 la kite repeat balik.. next year.. EUROPE.. yehha.. hhahha :D

    ReplyDelete
  2. zilla! bestnyaaa bca...x sabar2 nk pegi nih!

    ReplyDelete
  3. yupp, byk tempat kita tak cover di Dunedintu kan tasya?xpelah tu maknanya kita kena p lagi hehehe~ EUROPE?haih, lagi aku teruja beb!! hehehe

    bdk2, sabar2 dah tak lama dah tu hehehe~lepas ne milford sound pulak, lagi terbakar dibuatnya :D

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. amboi tasya..rindu dendam suda..kannn..tu dia korang dah kena demam nz..nasib baik aku punye demam nz dah kebah..nak beralih angin ke europe pulak. kih kih kih :P

    ReplyDelete