15 June 2011 : Mt. Cook - Christchurch
Alahai, masih takde mood nak mengarang. Niat dihati memang nak habiskan entry NZ ne hari ini jugak sebab tengah bersenang-lenang di rumah..Apa pun, saya cubalah. Kalau tertangguh lagi, alamatnya sampai ke sudahlah takan siap huhuhu
Kami ada sehari sahaja lagi di NZ sebelum berangkat pulang ke Msia. Saat ini hati memang dah meronta2 teringatkan rumah tapi dalam masa yang sama terasa mcm tak nak balik. Kalaulah ada ongkosnya saya rasa sure ada yang sambung cuti tapi apakan daya, ongkosnya pun tinggal nyawa2 ikan, jadinya rela dan tidak kami mesti balik huhuhu
Kami bergerak keluar dari YHA Mt. Cook 9.50am selepas 'makan besar' pagi tu :D; macam2 ada..megi goreng, cekodok roti nutella dan semangkuk puding roti..mau meletup perut dibuatnya tapi seronoklah sesekali dpt makan ramai2 begini.
Suasana sekitar YHA Mt. Cook pagi, 15hb; hujan renyai2 dan angin bertiup agak kencang
Cilok dari YHA Mt. Cook..amacam, t'inspirasi tak? ;-)
Cilok dari YHA Mt. Cook..amacam, t'inspirasi tak? ;-)
Destinasi seterusnya Sir Edmund Hillary Alpine Centre yang terletak tidak jauh dari YHA hostel. Sir Edmund Hillary merupakan pendaki pertama yang berjaya menawan puncak Mt. Cook pada tahun 1948; meninggal pada 2008.
Antara bahan2 yang ada didalam gallery. Ada juga pic2 anak kelahiran NZ yang berjaya menawan puncak Mt.Cook tapi pic kurang cantik tak boleh nak share kat sini...Melihatkan kepada keadaan Mt. Cook itu sendiri, bukan calang2 orang yang dapat menawan puncaknya dan kejayaan mereka2 ini merupakan satu inspirasi buat kita semua (nak tawan puncak nuang pun dah pancit sana-sini, mcm manalah gayanya nak daki Mt Cook :D)
Pusing2 di sekitar gallery, kami pun meneruskan perjalanan ke Christchurch. Sambil2 tu sempatlah snap pic2 sebagai kenangan. Sedang asyik snap pic, saya ternampak pelangi muncul di antara gunung2 yang ada. Rasa sangat bertuah tau. Paling tak boleh nak lupa bila tiba2 muncul lagi satu pelangi dan seolah2 ianya bersambung antara satu sama lain. Cantik sangat kawan2 tapi sayangnya pic tu goyang huhuhu~ Pic yang ada ne pun kira nasib baik sebab saya snap dari dalam kereta yang sedang bergerak...
Kalau tak silap saya perjalanan kami itu mengambil masa lebih kurang 5jam perjalanan. Hari yang sangat panjangkan?
Beginilah keadaan jalanraya/highway di sana..takde beza pun dengan di sini kecuali pemandangan..
Singgah sat di Geraldine utk ke toilet. Cantik pekan ne...
Rumah impian ne hehehe~Derang dok sakan bergambar di kawasan berhampiran saya pulak dok tertarik hati dengan rumah ne..Lokasi, masih lagi di Geraldine..
Akhirnya, setelah berjam di dalam kenderaan kami tiba di CH lebih kurang jam 4.40pm dan seperti biasa, masih bermalam di Kiwi House.
Beginilah keadaan di sekitar CH akibat gempa last year. Serius saya agak takut melihatnya. Sedang sibuk snap pic (pic pertama), tiba terdengar bunyi dengungan ke apa tah (tak tahu nak citer mcm mana bunyinya), terus cepat2 masuk dalam kete sebab takut sangat2. Eee tak boleh nk bayangkan kalo tiba2 gempa, manalah kitaorang nak lari..Jalanraya, memang merekah2 dan ditutup dari laluan kenderaan.
*bersambung..
chop! korang tak lalu ikut west coast ke? mana entry psl Franz Josef sume? tak pegi eh?
ReplyDeletetukar plan di saat akhir fatt..byk benda yang jadi tapi takpelah skurang2nya ada alasan utk repeat ;)
ReplyDeleteamboi terus nak ripit. hahaha. takpe..gambatte! aku pass baton kat korang la ye. aku dah bungkus nz. enuff with nz! :)
ReplyDeletetakdelah fatt, ada satu lagi tempat yang aku tak p yang dah lama aku pasang impian nak p..I'Allah ada rezeki lebih mmg aku akan p balik ;)
ReplyDeletehi zilla.. same here, xnak balek bole kalo gie nz...
ReplyDeletefatt kan pioneer dulu sibuk citer pasal nz~ sume dah terjebak!!! haha
hi shah_rule..kalo penuh poket bole aje kalo tak nak balik heheee
ReplyDeletemasa kitorang kat CHC pun tutup city center tu...tah bila la nak bukak kan...
ReplyDelete