Pages

Sunday, July 10, 2011

Floria 2011 @ Putrajaya

Malam tadi berkesempatan ke Putrajaya Flower & Garden Festival, Floria 2011 yang diadakan di Presint 2, Putrajaya. Tema kali ini -> ROSES FOREVER. Merata2 dihiasi dengan ros tapi arghh saya bukan minat ros pun. Jadi saya tak heran sangatlah dengan ros pelbagai kaler yang ada. Kali ini agak menarik sebab ada pertunjukan boat berhias (selalu kereta berhias ajekan) yang diadakan di lake Putrajaya. Kebetulan ada majlis pelancaran, so suasana memang agak meriah, menteri2 yang berkenaan juga ada  tapi saya tak berkesempatan pun nak jumpa sebab lepak jauh dari pentas utama. Untuk info terkini korang boleh masuk sini -> Floria 2011  ;jadual aktiviti dan lain2 blh diperolehi dalam web tersebut.

My fav flower, orchid. Merata2 tempat penuh dengan orkid sampaikan saya terpikir patutnya tukar tema tu kepada Orchids Forever :D Sampai2 aje di tapak pameran, orkid aje yang saya nampak, lain2 memang takde hahaha~mujurlah mak kata 'tak payah beli' dan memikirkan trip yang bakal menyusull so tahanlah nafsu utk memborong orkid2 ne. Kalo tak memikirkan saya perlu berjimat cermat memang dah berpasu2 saya sambar :D  Sepokok RM15, 2 pokok RM20; mau tak giler ko dengan harga nie :D

Orkid lagi. Ishhh2, tak tahulah nak gambarkan mcm mana keterujaan saya melihat orkid2 yang besar2 saiz bunganya nie :D Tapi jangan salah faham bukan orkid sahaja yang dijual, tanam2an lain pun ada juga. Ada satu pokok tu, bunga dia sebiji macam bau bunga rampai ko!! Saiz bunga dia halus2 dan berwarna putih. Saya ada snap picnya tapi goyangla pulak, nanti2lah kalo saya ke sini lagi saya ambil pic bunga tersebut. Adik saya kata, mak mertua dia tanam pokok bunga tersebut di rumah, wangi je baunya. Tapi sayang mak tak berminat dengan pokok tersebut; yang beliau berkenan anak pokok cili dan rambutan. Alahai, macam takde pokok lain yang lebih hebat boleh dibeli selain pokok2 tersebut huhuhu

Antara pemandangan menuju ke ruangan pameran. Tapi awas, kena hati2 berjalan sebab tidak dibenarkan memijak rumput2 yang ada (saya tengok ada jugak yang kurang faham bahasa dok lanyak rumput2 tersebut, siannn huhuhu)

Dalam dewan pameran, dipecahkan kepada beberapa bahagian tapi sorrylah saya tak ambil kisah pun pasal pecahan yang ada. Paling best bila tengok pelamin yang dihiasi dengan taburan kelopak mawar dan pelamin itu sendiri. Ayakkk mulalah gatai dok bayangkan 'kalo aku kawin, nak pelamin mcm ne lah :D" (saya tahu takde maknanya hehehe). Sorry pic pelamin tak blh tempek nanti ada orang tiru idea haahaha~ Cantik pasu2 ini, made in India kalo tak silap sebab ianya diwakili oleh restoran tandoori apatah (x ingat)

Wahh meroyan gua bila tengok tulip ne.. Ehh bukan palsu tau, ne tulip hiduplah..Punyalah lama nak pegang tulip, penah satu tahun tu (x ingat bila) sanggup p beratur kat Sg Wang semata2 nak dapatkan black tulips  sempena hari ibu tapi tak berjaya pun sebab sold out! Siankan? Pehtu, berangan2 nak p Amsterdam nak baring2 kat taman penuh dengan tulip tapi nan-ado hihihi (arghh angan2 dulu, nanti tabung dah penuh bolehlah jadikan realiti ahakkk). Masa p NZ haritu pun ada juga lah jumpa tulip di PakNSave tapi sian derang jual tulip kecut hehehe~sangat tak berminat saya nak beli tau!! Jadinya kali ini agak berbesar hati jugaklah dapat lihat tulip yg fresh bukan tulip kecut :D Adik2 suruh beli tapi tak naklah, orang tengah berjimat cermat ne (bukan kedekut ye, jgn salah faham :D)

Saya snap sebab bosan tahap gaban sementara nak tunggu majlis perasmian dan perarakan bot berhias. Tak kuasa nak duduk2 takde buat apa saya pun tinggalkan adik2, terus gerak ke ruang pameran dari kementerian apatah (lupalah).

Tepat 9.00pm, kebabommmm!! Warna-warni langit putrajaya malam tadi..gambar kurang best sebab pakai kamera cap ayam je..Best2 tapi budak2 pakat meraung sebab terkejut hahahaaa

Yang dinanti2kan...dari atas -> Tourism Malaysia, Perbadanan Putrajaya & Brunei. Kebetulan saya lepak berhampiran dengan ruang pameran dari kementerian perumahan (kalo tk silap saya), mereka ada sediakan set karaoke. Jadinya sambil dok tgk boat2 yang best ini, layanlah suara2 sumbang yang agak mencacatkan suasana. Giler tak sedap ko sore deerang. Saya tak tahulah macam mana mereka2 ini boleh terbuka hati nak karaoke secara terbuka mcm ini; mujur tak hujan je tau. Abang2, pakcik2, makcik2, kakak2 disekeliling saya semua pakat merungut sebab sangat2 tak sedap ok!! :D

Dari atas -> ICity, Terengganu (my fav), Genting  & YTL Groups (paling panjang dan paling meriah)

Air Asia (2x berpatah balik sebab lampu tak hidup hehehe), Perlis, Melaka dan Perak

Dalam 10.00pm lbih jugaklah kami bergerak balik (itu pun sebab mak ajak balik). Ada benda jadi bebenornya mlm tadi hehhe~Adik saya boleh lupa kat mana derang park kereta. Jenuhlah dok cari2, yang adik saya dah merungut 'habislah kete kena curi' (buatnya masin mulut tu kan ke haru). Cari punya cari punya cari, x jumpa juga. Assudaahhh kete saya tu huhuhu~ Then tah macam mana saya teringatkan pic yang saya snap masa mula2 turun dari kereta siangnya. Laaa patutla tak jumpa rupanya letak tempat lain, cari tempat lain. Memang harulah, rasa nak sekeh pun ada adik saya tu..Mujurlah saya snap pic kan? Kalo tidak sampai ke sudah tak jumpa kereta tu..huhuhu~ Dapat kereta terus gerak balik, sampai rumah dalam 11.00pm..

7 comments:

  1. being sarcasm ye about AA. kang dia delay flight ko nanti baru ko tau. hahaha..nti kita p oke..aku nak nap kejap :)

    ReplyDelete
  2. zila nk soft copy leh...lawa la..nk simpan... nk yg boat berhias..

    ReplyDelete
  3. mus@are : sekeping kalo aku jual RM20, sudi x? hehehe

    Biqque : alalaa :D saya tau pun sebab keje area sini, kalo idak mmg x tahulah kot hehehe. festival ini hingga 17.7.2011 ini, sempat lagilah kalo nak ke sana hehehe

    ReplyDelete
  4. tk nk lah..mahal benar...nk free jer...

    ReplyDelete
  5. hoh, mestilah mahal..penat tu usung kamera :P

    ReplyDelete