Weekend yang sangat bz sebenarnya. Badan memang penat sangat2 tapi minat punya pasal, penat tolak ke tepi. Perangai saya, kalo buat sesuatu yang saya minat; saya seolah2 wujud dalam dunia saya tersendiri. Apa yang jadi dikeliling saya memang saya takan ambil tahulah. Antara yang saya minat, memasak tapi takdelah sampai tahap pro ke apa. Takat masak simple aje, lepas untuk diri sendiri, I'Allah bolehlah.
Sebenarnya dah seminggu adik saya beli bahan untuk spagethi nie. Dah seminggu jugaklah dia merengek minta saya masakan tapi mood takde, saya buat bodo ajelah tak ingin nak layan. Pagi semalam, mood agak baik, jenguk bawah tudung saji mak takde masak apa2 untuk breakfast so oklah tarik nafas panjang2 saya masaklah. Ala bukan susah pun nak buat spagethi nie, beli aje sos, campak2 ajelah bahan2 tambahan dan siap! Sos fav saya dari brand Kimball; tradisional spagethi. Rajin sikit dadu ajelah bawang besar, tomato dan capsicum. Bahan2 lain takdenya nak letak sebab adik saya bukan makan pun; sure dipilih satu persatu dan buang ke tong sampah huhuhu. Nak lagi sedap letak ajelah setengah botol italian mix herbs (takde maknanya sampai 1/2 botol, dah ler mahal). Agak2 ajelah sndiri..campak2, masak ajelah sampai air kering dan siap!!
simple aje, meatball semua takde.malas nak buat + stok daging pun takde kat rumah..
Siap breakfast semuanya, bersiap untuk ke IOI Mall untuk tempah tag seperti yang Linot kehendaki. Linot minta saya buatkan 60pcs coklat utk dijadikan door gift sempena majlis persandingannya. Mujurlah 60pcs aje, kalo lebih memang tak mampula saya nak buat. Balik dari IOI, singgah di Hero untuk beli coklat dan bahan2 sampingan untuk buat carrot cake (teringin sgt nak makan). Sampai aje rumah, bermulalah aktiviti saya. Apa2 hal, coklat perlu disiapkan sebab saya perlu hantar belah petangnya. Alhamdulillah, buat keje dalam tekanan memang syiokk, sat aje siap. Dalam 2 jam aje saya berjaya siapkan coklat2 tersebut, ikat riben, tampal tag dan sebagainya. Sambil2 tunggu coklat membeku, saya bancuh adunan carrot cake..2 keje dalam 1 masa, memang terbaik!! Tak menang tangan dibuatnya tapi best :D (mujurlah cake tak hangit sebab lupa hehehe)
khas untuk linot, tema purple white..
Inilah carrot cupcake yang telah disapu dengan cheese frosting. Malas sangat nak buat design warna-warni, takat sapukan cream dan tabur dengan walnut panggang dan coklat rice. 1st time guna resepi yang saya ambil dari satu website (lupalah mana), saya puas hati sangat2. Dalam tu saya campurkan dengan carrot, walnut dan raisin; macam2 rasa. Frosting ne pun 1st time saya try, sedaplah (kena dengan tekak) cuma cepat bebenor cairnya. Letak sat dalam suhu bilik dah berpeluh (adoiila); maybe next time kalo try kena tambahkan sedikit shortening/krimwell dalamnya utk lebih konsisten. Satu adunan dapatlah dalam 25 pcs, 9 biji saya berikan masing2 pada tasya dan fatt. Mudah2an kenalah dengan selera mereka huhuhu (sebab ramai orang tak minat carrot cake sebab perlu letak serbuk kayu manis). Ngam2 settle deco cc, mak ajak p hantar coklat pada Linot di JJ Cheras Selatan. Lepas maghrib gerak ke JJ dan balik tu singgah sat di Pasar Borong Selangor untuk beli barang dapur; sampai rumah dalam 10.00pm lebih jugaklah. Badan agak penat tapi tak boleh nak lena sebab saya terminum kopi siang haritu. Jenuh dok paksa mata, x tahulah lena jam berapa huhuhu
Pagi ini kononnya nak bangun sebelum subuh hahaha~siap set alarm lagi tapikan nan-ado, boleh bantai lena balik. Sedar2 dah kesiangan; adehlaaaaa :-( Pagi ini takat goreng keropok lekor dan popia ketam aje untuk breakfast. Sambil itu saya bancuh adunan untuk apam dot2/polkadot/blossom; tah apa2 lagi tah gelaran untuk apam ini. Saya dah janji dan dah niat dalam hati nak buatkan utk kawan2 saya berdua itu dan nahla, alhamdulillah hasilnya saya amat berpuas hati. Saya guna paper cup size M, manakala intinya pula saya guna blueberry filling (ini aje yang ada dlm fridge tu). Satu adunan dapatlah lebih kurang 50pcs. Jadi inilah hasilnya..Semua dah selamat diserahkan pada kawan2 saya itu, hopefully derang puas hatilah...
apam dot2 versi malas huhuhu
Siang tadi juga sempatlah menghadiri majlis Linot walaupun agak terlewat. Wahh ko, meriah2 heheheh~ Apa pun, Linot dah pun selamat kami bertiga juga yang masih.... ahaksss!! Buat Linot, saya doakan yang terbaik...
*******
mood : bondan prakoso
tak pernah terwujud
ya sudahlah..
saat kau berlari
mengejar anganmu
dan tak pernah sampai
ya sudahlah
Tak kenal sapa Bondan?
Arghh sudahlah!!(sila google utk info ;-) )
best betul dapat jumpa dan baca blog ni...bondan? kita suka sangat..lagu ni nostalgia sungguh masa kita praktikal jadi ibu guru di sumsel..heheh
ReplyDelete