25/07/2011 : Mabul - Semporna
Haih, citer dah basi ne tapi takpelah saya try habiskan jugalah, hakikatnya MALAS sangat2 nak mengarang :P
Hari ke-2 di Uncle Chang bermula seawal 6.00am. Awal giler bangunnya bukan disebabkan kemaruk nak p snorklg tapi sebenarnya kitaorang ada 'blind date' dengan seseorang hehee (sila jangan percaya). Sebenarnya dah berjanji dengan seorang pakcik untuk membeli lobster dari beliau. Pakcik tu janji lobster sebesar lengan berharga RM7. Terujakan? Tapi hakikatnya, nanti2lah saya cerita hehehe~ Dalam 6.30am, saya dan tasyha bergerak ke perkampungan Bajau Laut, tunggu punya tunggu, punya tunggu dan terus menunggu tapi bayang pakcik tu tetap tak muncul. Ke manakah pakcik itu? Lupakah beliau pada janji2 yang dah ditaburkan? Arghh, sampai hati sungguh pakcik itu :-( Kitaorang lepak di pantai dalam 1 jam tunggu2 takde juga ambil keputusan utk ke perkampungan berdekatan dengan harapan dapatlah beli lobster dari nelayan2 yang baru pulang dari laut.
Sebahagian daripada masyarakat Bajau Laut ini tinggal disampan2. Hairankan bagaimana mereka menjalani/melakukan aktiviti2 harian mereka di atas sampan. Saya yang tinggal di rumah yang serba lengkap pun kadangkala merungut, bilik sempitlah, rumah bersepahlah, itu lah, inilah.. Iya iyalah, segala2nya tak kena. Lepas ini kalau tak insaf lagi tak tahulah nak kata apa...
Sebahagian lagi tinggal di darat. Tak surelah samada penempatan ini hak milik mereka2 yang tinggal di sampan2 itu atau pun tidak; wa lupa nak tanya ;-) Awas, kalau nak jalan2 di persekitaran kampung ini, mata tu silalah memandang ke bawah dan bukannya ke depan. Sebabnyakan mereka ini tiada sistem kumbahan yang sempurna, jadinya anak2 mereka ini akan 'memerut' atau 'membuang' di merata2 tempat ok. Jadinya kalo tak hati2, jangan terkejutlah kalau korang terpijak tahi manusia di sini huhuu~
Kami jalan2 di sini dengan hajat dapat seekor lobster pun jadilah tapi sayangnya memang dah tertulis tiada rezeki kami nak makan lobster di Mabul. Tanya2, derang minta kami datang dalam pukul 3.00pm kalau betul nak dapatkan lobster tapi manalah boleh sebab kami akan bertolak ke Semporna 4.00pm. Dengan rasa yang kecewa sangat2 kami berpatah balik ke Uncle Chang tapi tak terus balik pun, singgah di jeti2 yang ada kot2lah terjumpa tapi tetap nan-ado.. Singgah di kedai runcit utk membeli cili dan ada seorang makcik offer kami lobster dengan harga RM120/kg (perghh giler mahal)..
Kami jalan2 di sini dengan hajat dapat seekor lobster pun jadilah tapi sayangnya memang dah tertulis tiada rezeki kami nak makan lobster di Mabul. Tanya2, derang minta kami datang dalam pukul 3.00pm kalau betul nak dapatkan lobster tapi manalah boleh sebab kami akan bertolak ke Semporna 4.00pm. Dengan rasa yang kecewa sangat2 kami berpatah balik ke Uncle Chang tapi tak terus balik pun, singgah di jeti2 yang ada kot2lah terjumpa tapi tetap nan-ado.. Singgah di kedai runcit utk membeli cili dan ada seorang makcik offer kami lobster dengan harga RM120/kg (perghh giler mahal)..
Tiba di Uncle Chang, kami terus sarapan terlebih dahulu memandangkan makanan dah pun ready. Menu pagi tu, nasi goreng bodo lagi..Makan ajelah huhuhu~ Siap makan, masing2 terus bersiap untuk snorklg sekali lagi di sekitar Mabul (cekononnya) tapi kami di bawa ke tempat yang sama seperti semalamnya. Budak bertiga tu turunlah dengan hati yang riang dan gumbira (katanya jumpa penyu), tapi saya malaslah nak turun. Hati tak sedap sangat time tu (tak tahulah kenapa). Saya lepak di boat dengan sorang makcik dr China dan Conan (boatman). Borak2 dengan Conan, beliau paksa saya turun tapi dah memang saya tak nak turun ko paksa macam mana pun saya tetap takan turunlah huhuhu~Maybe dia bengang dengan alasan2 yang saya bagi, diambilnya baldi dan dimandikan saya dengan sebaldi air laut..perghhh ehhhh ampehhhhh, angin beb!! lencun dibuatnya. Nak kata apa lagi, dah memang basah lencun pun. Dah alang2 basah, saya sarung life jacket dan 'ko nak sangat aku turun ke lautkan? ok aku turun!'. Turun sat aje pun, tak sampai pun 5 minit terus patah balik, naik boat :D Saya tak yakin langsung pun dengan mamat ne, tak berani nak ambil risiko itu yang saya patah balik ke boat (alasannnnn :D)
Inilah yang sempat saya rakam dari atas boat sebelum husband pelancong dari China tu terjun..Nampak aje macam cetek tapi giler dalam tu. Oleh kerana ikan agak banyak Conan terjun semula ke laut dan cuba perangkap ikan2 utk muncul dengan menggunakan roti. Uihh memang bestlah, ikan memang muncul tapi agak kerek sebab tak dilayan pun roti2 yang diberikan, setakat lalu mcm itu aje :P
Sedang syok2 layan ikan2 yang muncul tiba2 terdengar jeritan dari tasyha. Wahh, rupa2nya pakcik yang kami nantikan pagi tu muncullah. Perhatikan, pakcik tengah bz menjemur ikan untuk dijadikan ikan masin di atas sebahagian jeti yang dah pun runtuh (di situlah kami jumpa beliau semalamnya). Suruh tasyha kejar pakcik tu, tapi tak dapeklah..jauh tu kalo nak berenang pun. Minta Conan bawa boat rapat ke pakcik tersebut, katanya nanti tapi sampai ke sudah dia tak bawa pun saya ke situ huhuhu. Berbunga jugalah harapan bila melihat kemunculan pakcik dan berdoa mudah2an sempat kami berjumpa dengannya.
45 minit di situ kami diminta utk naik semula. Kononnya nak bawak ke tempat lain tapi nan-ado. Conan berpatah balik ke Uncle Chang; ampehhhlaaaaa..
Elok aje keluar dari boat, saya dan tasya terus ke perkampungan di bahagian belakang pulau untuk mendapatkan pakcik tersebut. Gigihkan? Semuanya gara-gara lobster. Tak mandi pun, kami terus redah perkampungan yang ada. Akhirnya syukur Alhamdulillah, berjaya pun jumpa pakcik tu. Dari jauh pun dia dah kenal kami (Alhamdulillah). Tapikan jangan suka dahulu sebabnya kami kecewa lagi. Lobster takde uhu!!! Yang ada cuma ikan siakap yang telah pun dibersihkan, dibelah dua dan dilumur dengan garam utk dijadikan ikan masin. Pakcik offer 2 ekor ikan tersbut dengan harga RM10. Bincang2 dengan tasyha, so kami belilah. Tengok insang merah lagi, saya tahu ikan tu segar tapi teruskan membaca kalau nak tahu apa yang jadi huhuu. Pakcik minta beras dari kami, tapi mana nak ambil. Dah ler sehelai sepinggang, yang ada cuma purse sahaja. Bincang2, tasyha hulurkan duit sebanyak RM15 (kalo tak silap,kalo silap sila betulkan) tanda sedekah kami kat pakcik tu. Beliau terima tapikan rasa mcm tak best pula sebab pakcik memang minta beras. Jadinya bincang2 lagi, kami berpatah balik ke perkampungan berdekatan dgn Uncle Chang utk membeli beras buat pakcik tu. Kesianlah kawan2. Kami belikan pakcik tu 5kg beras dan berpatah kembali ke jeti pertemuan dgn pakcik tu. Dah la panas terik, seksa rasanya huhuhu~ Bila sampai di jeti, jerit panggil beliau dan Alhamdulillah, beras berjaya disampai ke pakcik. Happy nampaknya, dan mudah2an beras sebanyak 5kg tu mampu menampung hidup pakcik sekeluarga buat seketika huhuuu~
Sebenarnyakan, hari sebelumnya masa 1st time jumpa pakcik ne sekeluarga, wife dia adalah juga minta sesuatu untuk di makan. Anak dia pun ada minta RM3 tapi time tu kami betul2 sehelai sepinggang, yang ada cuma kamera aje jadinya takde apa pun yang berjaya diberi. Kesian tau!! Budak2 yang kami jumpa di Uncle Chang yang menjual ikan dan lobster (entry sebelum ini saya ada tempek picnya), pun ada minta RM3 dari kami semua tapi takde sapa pun yang bagi. Hairanlah kenapa RM3 aje ye? Derang nak beli apa dengan RM3? Sorry, takde jawapan..
Ikan dah ada kami berpatah balik ke Uncle Chang untuk minta uncle masakan ikan tersebut untuk kami. Tapikan, uncle tak nak masak katanya ikan tu ikan lama. Emm hairan juga kenapa dia kata lama sebab insang ikan tu memang merah lagi..Entahlah, dia lebih pakar. Dok pujuk2 dia masakan, diambil dan kami lepak di jeti rehat2kan badan tiba2 uncle muncul semula katanya dia tak sanggup nak ambil risiko utk masak ikan tersebut. Kononnya takut jadi apa2 kat kami dia tak nak bertangggungjawab. Emm, oklah takpelah kalau tak nak masak jadinya kami serahkan aje ikan tu padanya (tak tahulah apa yang dibuat dengan ikan tersebut). Frustlah..
Sedang rehat2 di jeti, alih2 uncle muncul semula dengan ikan yang giler besar (x tahulah ikan apa). Dia kata dia beli dari Hj (tak ingatlah namanya). Uihh jadinya apa lagi, masing2 bangun terus mencari rumah Hj. Dengan badan yang melekit, dengan penatnya, dengan cuaca yang membahang kami redah perkampungan tersebut. Masuk lorong sana, sini..Ishhh tak jumpa juga nasib baiklah ada bantuan dari orang kampung berjaya juga kami ketemu. Tapi frustlah yang ada cuma ikan tongkol atau di sana digelar sebagai tuna. Gatal ikan ne, kami tak beli pun. Bertanya pada orang, katanya ada lagi satu tempat boleh kami dapatkan ikan, kalau tak silap kedai Hj Mustapa kot. Mencari lagilah, sesat tu biasalah dan akhirnya ketemu juga tapi ikan yang ada cuma ikan tuna. Lain2 ikan semua dah dihantar ke Semporna katanyalah. Adoiii sekali lagi frust tau!!
Kebetulan terjumpa sebuah rumah yang menjual ikan siakap ternak. Singgahla rumah ne, tapi mahal la pulak. Ada 2 jenis ikan siakap (x ingat jenisnya), seekor RM120/kg manakala sejenis lagi RM50/kg tapi katanya yang ne dia boleh bagi murah. Kami pun mintalah beliau tunjukan ikan tersebut sebab nak makan sangatkan? Sekali diangkat sangkarnya rupanya anak ikannn cehhhhh!! Frust juga :D So berpatahlah balik ke Uncle Chang..
Pemandangan dari Hj.Mustapa.. Gabus djadikan rakit, sangat kreatif ok..
Tiba di Uncle Chang, makanan tenghari telah pun terhidang. Jadinya makan time!!! :D Frust tu memanglah frust tapi rezeki tak boleh ditolak, makan dengan rasa lapang di dada. Selesai makan, terus ambil pakaian dan mandi...perghh lega betulla dapat mandi. Badan jangan cakaplah bau ikan ok!! :D Sementara menunggu ketibaan boat jam 4.15pm ke Semporna kami lepak2 dulu sambil menulis poskad (harus!!). Tepat 4.00pm boat tiba terus gerak ke boat, dan seperti dijadualkan kami pun bertolak ke Semporna...
Bye bye Mabul yang indah...Satu hari nanti sure saya akan kembali lagi, I'Allah (time tu saya janji saya dah tak fobia lagi dgn laut :-) )
Perairan Mabul kot, entahlah. Sungguh malas nak check map..Time ne memang dah mendung tapi rasa tetap membahang..
Kami tiba di Semporna 45 minit kemudiannya. Terus ke Dragon Inn utk check in, pilihan bilik masih lagi dorm memandangkan harga bilik2 yang lain agak melebihi budget kami (nyamuk pun nyamuklah :D). Bilik pun masih yang sama, kami ber'4 sahaja satu bilik jadinya bilik tu kamilah yang empunya :D
Misi kami di Semporna ialah menebus kekecewaan di Mabul (ala, misi mencari ikan siakap :D). Kami dapat info boleh dapatkannya di jeti nelayan yang terletak dalam 10minit berjalan dari hotel. Tak jauh pun, dekat ajekan? Tiba ditempat yang dimaksudkan, kami ke kiri dahulu. Tapi sayangnya boat belum tiba dari laut.. Ikan yang ada cuma ikan tuna aje (bosan betullah). Berdasarkan info yang diberi oleh mereka2 yang kami jumpa di jeti, kami perlu pergi ke arah bertentangan pula...
Dan nah ko, inilah hasilnya...uihhh meriah giler dengan mcam2 ikan. Harga murah giler dari di KL. Ikan kerisi seperti dalam gambar, kami tak beli pun sengaja saya msukkan sekali :D Kami beli sotong, kerapu 2 jenis, ketam dan udang dengan harga tak sampai pun RM50. Kuantiti jangan cakaplah, memang banyak sekali (boleh 5-6 orang makan). Semua dah ada, kami bergerak pula mencari restoran yang sudi memasak. Kami singgah di Restoran Anjung Finmah yang lokasinya mengadap Dragon Inn..Kami tinggalkan ianya di situ dan berjanji utk kembali jam 8.00pm..
Pemandangan dari jeti..boat baru tiba dari laut ne..
Kami kembali semula ke Anjung Finmah dalam 8.30 pm dan nahhhh perghhh mantap2..Semuanya sedap hehehe~ Upah masak RM7 sehidang, kiranya murahlahkan? Total bahan mentah dan upah masak + minuman tak sampai pun RM100 utk 4 orang.. Memang sangat puas hatilah, terasa kemanisan isi ketam, udang dan sotong. Ikan pun terasa fresh sangat2. Jadinya inilah hikmah dari peristiwa di Mabul. Perut bagai nak pecah dibuatnya, jadi kami terus pulang ke hotel untuk berehat...
Hari yang sangat panjang sarat dengan pelbagai pengalaman...Indah sekali bila dikenang...
*bersambung utk hari terakhir
**mcm x percaya pulak boleh mengarang sepanjang ini ehehee
gigih betol zilla cari ikan...waa jelessss, nak pegi sini lah next trip... lawa sangattt, huhu
ReplyDeleteSubhanaAllah...sgt2 cantikknya!
ReplyDeletezilla,
ReplyDeleteape tragik benor pencarian kome ni?
eh cerita ko tak habis lagi...nape dgn ikan tu? nape uncle chang tak bagi masak? ko tak kasik eksplen habis...cerita cepat!!
sedapnyer seafood itewwwwwwwwwwwwwww!
ReplyDeletekemang : kenalah gigih utk kepuasan sendiri :D nanti kalo turun sana jgn lupa tau cari seafood, murah dan fresh sgt2..rugi kalo tak rasa.
ReplyDeletebdk2 a.k.a John : kalau tgk dgn mata sendiri lagi cantik.takat gambar yg tak seberapa ini, apalah sgt bdk2
fatt : hahaha tu maknanya kami tak kenal erti putus asa.teringin sgtlah beb, kenalah cari sampai dapat. uihh, aku rasa mcm dah citer habis pasal kisah ikan dan uncle chang tu. actually bukan uncle chang, tapi chefnya yg kami panggil uncle.
biqque : yupp memang best hingga menjilat pinggan ahakkk
WOW!!
ReplyDeleteRuginyer Zila nape x turun lam laut.
Agak2 monsun ni Mabul tutup x?
1st of all APSAL BOATMAN LENJUN KAN U??????????? Agak kasar guraunya disitu. Perghhhhhhhhhhhhhhhh klu tak fikir tempat org, mau maki hamun tuh. Yela kdg2 nak turun ni kena ade mood. Lagi pon tuh dah ur 2nd day, 2nd trip kan? Cam i pon dtg mls dia ble dh 2nd time tuh. Nak berlengas tuh pon kena set mood gak.. HUhuhuhuhu..
ReplyDeleteKesian kan kehidupan kat sana? Dasyat sungguh. Sbijik plak mcm life2 di perairan2 thai yg ssh tuh. Pdhal mabul tuh msia. Xspatutnya ada mcm tuh. Sbb tarikan kat sana bkn calang2.. Hotel2 pon mhl2. Bela la sket hak2 depa ni. Cian sgt heh. Bkn bdk2 jer, pakcik makcik yg u crita tuh pon tgk hazab sungguh. Sblm ni pon ada terbaca, dorang ni skolah pon tak ada. Tu tawau, semporna and mabul ni lagi la tak de agak nya.. Oh cukop smpi di sini pembebelan ku!