Pages

Friday, September 2, 2011

Assalamualaikum!

1st entry di bulan September..

Hari ini hari ke-4 umat Islam di Malaysia beraya dan hari ke-3 umat Islam di Indonesia berhari raya (tempat lain malasla nak sebut hehehe). Hari ini juga hari pertama melangkah ke pejabat setelah 3 hari bercuti raya. Kejamla, tak bagi sambung cuti tapi takpe saki baki cuti yang ada boleh dsimpan utk next trip :D

Rumusan untuk raya tahun ne, TAK BEST! SANGAT2 TAK BEST!

Semuanya angkara demam.  Start dari malam raya dibawa hingga ke raya ke-2. Sempat beraya sejam aja selebihnya saya bertapa dalam selimut, membuter dan terus membuter. Nasib baiklah sempat juga ber'family pic' dan bertandang ke rumah nenek. Kalau tidak, sure ada yang kena pelangkunglah tahun ne huhuu. Haih, rugi tak dapat bertandang ke rumah mak2/pak2 sedara; tayang baju raya yang bling2 kat sedara mara (ai beli di Bkt Tinggi tu ekeke). Haih pendek kata, rugilah mereka2 yang berkenaan kurang satu ceritakan tahun ne? ekekee..

Raya ke-3 dipaksa balik ke Temerloh utk melawat Atuk dan Wan.Balik hari aje pun sebab hari ini dah bekerja. Badan dah ok tapi batuk dan selsema pula yang datang; suara, kalah itik nila uhuhu~ Perjalanan pergi berjalan lancar tapi time balik alahai, nak muntah rasanya sebab sangkut dari Karak hinggalah ke Plaza Tol Gombak. Macam mana ye, mereka2 yang every year sangkut dalam kesesesakan jalanraya tiap kali nak pulang ke kg? Saya yang sekejap itu pun dah tak sanggup, macam mana dengan mereka itu ye? Issh saya bagi tabik spring lah kat korang huhuhu..

Saat ini teringin sangat2 nak makan sate. Adehhhla, mana nak cari sate ne. Dah masuk hari ke-2 dok terbayang sate ne.. Mak, sila belanja sate huhuhu

Hari ini di office..

Office saya yang punya sebab mana2 yang datang (adalah 2-3 kerat) semuanya dah hilangkan diri.

Jiwa di sini tapi hati dah terbang nun ke sana...tak sabar ne, lagi 2 minggu nak fly2 away hehehe

Sedang merencana sesuatu utk bulan 10 ini. Maybe Surabaya (jumpa kekasih gelap hehehe) - Banyuwangi - Denpasar (Bali)..Tunggu ajelah nanti ;-)

2 comments:

  1. kannnn...aritu gelakkan aku suara itik tersepit, nasib baik aku tak col ko itu jam..klu tak bleh tolong gelak :)

    ehem...ni kekasih gelap mana kat surabaya ni? eh chop..kat surabaya aritu setahu aku kita jumpa si Dian je. apakah ko beromantika di tampoi dgn Dian?????


    *pitam*

    ReplyDelete
  2. hahaha tapi sore ko lagi terukla dari aku..kalo tak silap mcm org tercekik tongkol jagung..opsss :D

    dian?owhh aku pun nak pitam jugalah. takde org lain ke selain dian?hehehe~adalah org tu, nanti2lah aku bgth ;)

    ReplyDelete