Pages

Monday, September 26, 2011

Medan : Part IV (Hari Kedua)

Masih di hari kedua..

Destinasi kami seterusnya adalah Parapat sebelum menaiki feri terus ke Samosir. Emm pekan Parapat ketika kami tiba di sana (mencari money changer) sangat2lah sunyi mungkin disebabkan hari itu merupakan hari Jumaat; pelancong kurang manakala penduduk tempatan masih sibuk dengan aktiviti harian. Selesai urusan di money changer, kami terus bergerak ke jeti untuk mendapatkan feri ke seberang. Terdapat 2 jenis feri, satu terus ke Tuk Tuk Samosir manakala satu lagi ke Tomok (kalau nak balik hari, sila ambil feri ke Tomok). Kami menaiki feri ke 2 untuk ke Tomok memandangkan kami tidak berhajat utk bermalam di Tuk2 Samosir. Tambang utk sehala adalah sebanyak Rp5,000 dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.


Gambar atas, pekan Parapat yang sunyi sepi, manakala gambar yang selebihnya adalah di kawasan jeti. Di situ dijadikan jeti menghubungkan Parapat-Samosir, di situ dijadikan tempat membersih pakaian, di situ dijadikan jeti utk menurunkan hasil tangkapan dan di situ jugalah dijadikan medan untuk mencari rezeki dengan menjual minuman/makanan kepada pelancong. Pendek kata, macam2 ada....Satu perkara yang saya kurang berkenan derang ne suka bebenorlah mengekor ke mana aje kita pegi hingga ke dalam feri tau!! ishh3..

Ini yang paling menarik, seronok melihat gelagat kanak2 ini. Aktiviti wajib selepas pulang dari sekolah. Biasanya derang akan minta pelancong membaling duit ke dalam lake dan mereka ini akan berebut berenang/menyelam ke dasar tasik utk mendapatkan duit tersebut. Sangat meriah dan sangat hebatlah budak2 ini berenang. Satu yang tak syok, derang ne suka memaksa kita melempar duit. Kadangkala siap bergayut di tepi feri untuk meminta pelancong melempar duit ke dasar tasik..adehhlaaa...

Parapat dari feri..

45 minit berlalu, kami tiba di Tomok dan terus ke pasar berdekatan. Kononnya nak cari poskad (kartu pos) dan sedikit ole-ole untuk dibawa pulang ke Msia, tapi nan adolah. Sekeping poskad di Samosir, Rp2,000. Tawar setengah mati pun jangan harap derang nak turunkan harga walaupun poskadnya langsung tak menarik dan buruk huhuhu. Saya sambar 3 keping (utk diri sendiri, fatt dan tasyha). Terus bergerak ke gerai2 berhampiran, majoriti kedai menjual barangan yang hampir sama, tshirt, key chain, fridge magnet dan sebagainya. Walaupun tourist kurang pada hari tersebut, punyalah seksa nak minta derang ini turunkan harga. Saya berkenan dengan sehelai tshirt 'Lake Toba', tapi mahalnya dan setiap gerai tawarkan harga yang berbeza2, Rp20,000 hingga Rp60,000 utk tshirt yang sama. Gilakkkkk!!Akhirnya, tak koserlah nak beli. Try cari FM pula, pun mahal juga..tawar punya tawar, dapatlah Rp10,000 utk sebiji FM (itupun setelah tokei gerai tu ingat saya merajuk, kalo tidak jangan harap..). Dah la kena berjimat cermat, so saya ambil dua biji FM sahaja. Mizone di sini Rp6,000 (sapa2 yang biasa ke Indon sure tahu apa itu Mizone), itu pun pak supir yang belanja hehehe. Kami bergerak ke gerai menjual makanan tempatan (pisang goreng, kuih bom inti kacang ijau dan apatah lagi, sedap tau!! Kuih bom tu saya belasah sorang aje hehehe). Kuih ajekan? Saya makan tanpa was-was sebab dah kebulur sangat.

Antara yang ditawarkan di Pasar Tomok

Dapat kuih, dapat FM, dapat mizone, kami terus bergerak ke jeti utk mengejar feri yang akan bertolak pada jam 3.30 ptg. Panas terik saat ini, rasa terbakar kulit huhuhu. So lepaklah di jeti hingga saya didatangi oleh seorang warga tempatan. Saya ingatkan beliau pernah menetap di Msia sebab loghatnya sebiji macam kita tapi rupa2nya beliau sekali pun tidak pernah ke Msia. Layan ajelah hehehe (mujur pangkat pakcik, kalo pangkat adik2 tu memang saya ambil no phonenya hahaha).

Beginilah keadaannya di jeti tempat kami melepak sementara menunggu feri berangkat ke Parapat (saya guna compact camera aje sebab camera saya yg satu lagi pak supir pinjam utk menembak).

Lagi pemandangan di feri tetapi diambil di jeti yang berlainan..

Becak @ beca di Samosir. Betul tak apa yang saya katakan, setiap tempat rupa becanya adalah berbeza?

View of Lake Toba from Samosir Island.

Tepat jam 3.30pm, feri beransur bergerak meninggalkan Samosir. Alhamdulillah lega. Tak lalu rasanya nak lepak di situ lama2, panas sangat.

Cuba perhatikan pic ini betul2, nampak tak ada kawasan yang agak b'kabus? Hah, itu bukan kabus ye kawan2. Itulah namanya hujan setempat sedangkan di sekelilingnya cuaca panas terik. Teruja lah dengan suasana ini. Ingatkan feri tak melintas hujan ini sekali hah ko, masih2 mencanak mencari tempat utk berlindung sebelum basah kuyup hehehe. Pengalaman yang sangat menarik. Elok aje feri melepasi hujan ini, cuaca kembali panas. 

Menuruk supir, pergerakan feri bergantung kepada keadaan semasa. Maksudnya apabila pengusaha2 feri ini melihat awan bertukar hitam, feri memang tidak akan beroperasi kerana kebarangkalian untuk feri terbalik adalah sangat tinggi kerana awan seperti itu akan membawa angin kencang dan berbeza dengan keadaan seperti gambar di atas kerana hujan seperti itu tidak membawa sebarang angin dan selamat utk feri beroperasi.

Ini pula feri pengangkut. Bagi mereka2 yang ingin membawa kenderaan sendiri ke Samosir perlu menggunakan feri ini dengan tambang Rp100,000 utk kenderaan dan penumpang di dalamnya. Kalau hari bekerja, feri ini hanya beropersi pada jam 4 petang manakala kalau weekend, ianya beroperasi setiap jam (kalau tak silap saya).

Alhamdulillah, selamat tiba di Parapat dan kami terus bergerak ke kenderaan untuk meneruskan perjalanan ke Tanah Kero. Di pertengahan perjalanan, mecetla pula. Bertanya pada supir mengapa. Katanya ada demonstrasi. Arrghhh sudah, I tak nak mati kena tembak :D. Saya dok bayangkanlah macam demonstrasi BERSIH tapi rupa2nya mobil yang sedang demonstrasi (kereta rosak) adehhhlaaa sungguh jauh maksudnya hehehe.

Mobil sedang b'demonstrasi kami sibuk melayan monyet2 ini. Banyak wooo tapi monyet2 di sini sangat pemalu tak macam monyet di Maninjau..

Supir bawa kami menggunakan route baru untuk ke Tanah Kero. Bila saya tanya dah biasa atau tidak dengan laluan itu, katanya dia pun baru 1st time ke situ. Hah? So kalau sesat, bersama2lah kami tapi supir ini bagus, tak sesat pun hehehe. Pic di atas merupakan pemandangan Lake Toba dari Simarajunjung (kalo tak silap saya sebutannya begitulah). Cuaca kurang baik, hujan sentiasa tapi kami redah aje utk merakam pic.

Setelah berjam2 di dalam kenderaan, kami singgah di Merek untuk lunch merangkap dinner (mana taknya time tu lebih kurang dlm 6.00pm). Kami makan di warung masakan padang aje. Ridu ambil ikan tongkol masak asam pedas, kari kambing, sambal ikan dan sambal, sharelah sorang sikit. Sedap masakannya sebiji macam masakan di Msia. Bila berbual dengan tokei kedai rupa2nya akak tu pernah tinggal di Kuala Lumpur selama 6 tahun. Wahh, patutlah masakan sebiji macam di Msia rasanya. Katanya anaknya yang sulung pun lahir di sini (yolahhh). Air tu, cappucino susu (my fav ne). Tiap kali ke Indon, ini antara yang saya cari. Sedap tau!! Masa p Jogja haritu siap beli sekotak bawa balik Msia, tiap hari dok layan cappucino, bila stok dah habis, nganga sebab tak tahu mana nak cari stok huhuhu.

Ohh ok, perut dah kenyang kami meneruskan perjalanan dan tiba di Tanah Kero dalam jam 7.++pm, dah gelap pun. Sayang sungguh. Supir bertanya nak singgah di mana2, haih tak koserlah, teruskan ajelah perjlanan hingga  tiba di Brastagi. Ridu nak turunkan kami di kolam air panas untuk berjakuzi di situ tapi arghh sekali lagi tak koser nak mandi-manda. Penat sangatlah, pikir nak cepat sampai aje ke Medan. So perjlanan diteruskan dan kami tiba di kota Medan dalam 10.++pm, terus cari hostel. Kami bermalam di Ronna's Guesthouse (bersebelahan dengan Masjid Raya) dengan harga Rp100,000/night. 1st time terasa macam duduk kat rumah setinggan, serba serbi tak selesa huhuhu.

*bersambung utk hari ke 3

12 comments:

  1. Zilla, cntiknya langit time awk ke samosir tu. ptg td sy pegi, berawan tebal...tp cuaca cerah....tp skung ni kat berastagi. smpai demam dibuatnya akibat massage free duk dlm kete seharian...huhuh makan pn xlalu

    ReplyDelete
  2. bdk2, kebtulan aje tu..tapi kira rezekilah kalo tidak mmg frust..jauhkan parapat dgn brastagi? saya rasa tido smpai lebamla tetap juga tak sampai2 hehehe.sian demam? makan ubat agar esok kembali ok.

    ReplyDelete
  3. ah jauhnyer macam bleh tanya 'r we there yet???' tu sejuta kali! hahaha!

    ReplyDelete
  4. 1st of all, terima kasih sbb anto poskad..tp aku tatau dah smpai ke belum sbb tu alamat umah lagi satu..

    pcik yg pandai ckp KL tu mesti suka tgk upin ipin, tak caye ko tanya..sbb ko tgkla aritu yg kat surabaya tu asik upin ipin aje..so kiranya samosir ni takde apa sgtla ye? cuma kedai cenderamata je?

    btw, kopi cappucino tu aku dah jumpa kat sini, packaging lain sikit. klu kat sini aku jumpa dlm econsave, tp aku rasa dlm tesko ada...packing dia byk2 mcm power root tu..ko cuba cari, tp harga mahal skitla..biasala tu

    supir Ridu ni ko byr berapa? dia pakai van ke keta biasa?

    ReplyDelete
  5. biqque, mmg jauhla..supir tu kata perjalanan kitaorg p dan balik hampir 1000km..perghh hebat tu hahaha


    fatt, aku punya pun tak sampai lagi..harap2 sampailah,mahal tu poskad dan setem hehehe

    yupp, dia ada tanya aku pasal upin dan ipin..bosan aku..cubalah tanya pasal cicakman ke, norman dan memeh ke, syok sikit aku bergosip hahaha

    ohh ada ye? rasa dia sama tak? kalo sama aku nak p carila..nanti kalo ke idak aku nak serang indomart..nak borong pencuci muka, krim dan cappucino heheheh

    kitaorang byr Rp1j..dia pakai kete..

    ReplyDelete
  6. zilla, sy dah tak sabar tunggu sambungan ni. aduh! addicted. rasa nak p medan pulak.

    ReplyDelete
  7. maharani, jom ke medan!!hehehe.mood malas tiba2 dtg menyerang tgkla ptg ne kalo rajin saya update, kalo malas esok2 ajelah heehee

    ReplyDelete
  8. -anna-, penyakit malas datang menyerang..tak boleh nak buat apa la hehehe

    ReplyDelete
  9. zila,
    saya berjaya mendapatkn supir nya contact, tuk tuk. Tapi hotel2 yg direkomen agak kurang selesa. Zila pakai hotel yg sama? Skrg masih mencari budget2 hotel sekitar Medan Parapat...

    ReplyDelete
  10. zila,
    saya berjaya mendapatkn supir nya contact, tuk tuk. Tapi hotel2 yg direkomen agak kurang selesa. Zila pakai hotel yg sama? Skrg masih mencari budget2 hotel sekitar Medan Parapat...

    ReplyDelete
  11. tuk tuk samosir, kah? under Ridu kah? di medan saya stay di sultan homestay manakala di toba saya tak ingat apa nama homestay, nya...

    ReplyDelete