Lovina, Bali
Alhamdulillah, itulah ungkapan terbaik yang saya boleh lafazkan saat kaki melangkah turun dari perut pesawat. Syukur mampu kembali ke tempat tumpah darah tanpa sebarang cacat cela. Kenapa saya berkata sebegini rupa? Alasan terbaiknya tiada gempa susulan melanda bumi Allah paling indah dan tiada sebarang berita mengenai melaratnya 'bird flu' yang melanda tempat berkenaan beberapa hari sebelum kami berangkat ke sana. Syukran, Ya Allah..
Sejujurnya, saya mengakui ungkapan teman2 saya mengenai keindahan Bali. Tiada kata yang mampu saya lafazkan utk merakamkan keindahan ini selain dari ungkapan 'Subhanallah' dan cuba untuk memotretkan keindahan tersebut di sebalik lensa kamera saya. Tetapi jika ditanya teringinkah saya untuk kembali ke bumi indah ini, jawapan saya TIDAK SAMA SEKALI. Cukuplah sekali sahaja saya menjejakkan kaki di sini. Bali bukan utk saya. Ungkapan 'syurga dunia' yang diberikan, saya akui kebenarannya. Saya lebih rela ke Jawa Tengah yang jauh lebih menyerabutkan kepala otak dari mencari 'syurga dunia' ini. Terus terang, saya tidak rasa 'selamat' di sini.
Apa pun, pengalaman yang saya kutip kali ini berjaya membuka mata saya. Disebalik wajah2 ngeri, saya nikmati dan susuri perjalanan kami di sana dengan hati yang terbuka. Indah sungguh bumi ciptaan tuhan.
Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri..
* Nanti2lah saya start dengan entry pengalaman saya di siana. 'ku masih capek' ;-)
nampak dolepin dak?
ReplyDeleteHi zila.
ReplyDeleteMemang bali satu tempat yang Rare, susah nak jupe kot kat tempat lain. Alhamdulillah selamat tak kena gempa teruk ya.
Tapi ramai org kata, kalau ke bali tu cukup la sekali..hmm mungkin betul kot.
haluuuuuu........ aku pun trasa tak hingin lagi ke sorga dunia itu. tp sbb Zilla dah tunjuk gambar dolphin tu, kalau ada promo AA yg best mungkin ke sana lagi. hahaha...
ReplyDeletebiqque, nampak.byk giler ko sampai tak tahu nak pandang kiri atau kanan hehehe.mujur tak terjun ke laut aje sebab terlebih excited :D
ReplyDeletejanggel, hai2 hehe.bali ok tapi yg tak ok local people.sampai rasa nak bagi pelempang aje sorang2 (dalam hati ajelah, nak buat tak berani) :P
maharani, haluuuu.amacam flight malam tadi?ada jumpa fatt?
ingatkan kitaorang aje yang tak hengen nak repeat rupanya tom pun sama jugak ye..ehehe.dolphin tu memang tarikan terbesarla tom..tunggu ajelah next entry pasal dolphin ne hehehe *kasi racun sikit ;)
huahuahua.... seat kitorg dgn fatt sebelah2 jer. sy 24C, Fatt 24D.
ReplyDeleteLetak la gambar dolphin byk2... boleh meracun husband sy. hahaha. mungkin p bila Aidan dah besar ckit kot. Bila dia exited tgk dolphin. Skrg ni mak dia yang terlebih lebih exited. buruk betul.
aisey, rupanya maharani ni si tom! hahaha
ReplyDeletetom, thanks a lot for ride last nite..aku pun baru smpai kg ni..remuk gile badan mcm kena langgar lori...anyway, nxt time ada rezeki bleh hangout reramai lagi :)
zilla,
aku kali ke-2 ni lagilah..nasib baik ada korg, penyelamat dr mood menjunam...part yg paling aku suka cuma makan & tgk dolphin..tu aje..lelain sume tetttt....kelaut!
fatt; semalam badan memang macam kena langgar lori. p kerja pun mata macam kena gam. bantai tido kat site. drive pun mata half bukak. habis sepack mamee monster (10 bungkus) dkerjakan supaya mata tidak tertutup. urghhhh!
ReplyDeletekalau korg berhang out ajak la sy errr... dan aidan sekali. maaf, sy terpaksa backpack kan anak sy skali ya. itu pakej.
Zilla,
ReplyDeleteDapat tak ambil gambar dolphin?? Datang dekat dengan sampan korang tak???
errrr hahahaha.... tak pasan laksss soklan tu dah terjawab!!!! kasik upload gambar banyak2 eh! hihi
ReplyDelete