Pages

Monday, October 10, 2011

wish list, I'Allah

Gigih menyiapkan itinerary ke *******. Memandangkan ini projek rahsia so saya terpaksa zip mulut rapat2. Macam2 plan harap2 berjayalah seperti yang dirancangkan, I'Allah. Ada beberapa trip yang dah confirm tahun depan tapi yang itu saya tak nak cerita, kita tunggu dah lihat ajelah. Ini pula wish list yang baru diangkat sebagai angan2 hehehe. Harap2 dapatlah cilok kat mana2 date. Negara pilihan saya off course lah Indonesia :-) 

Jom layan..

1. Semarang
Hasil dari godek2 sana-sini terjumpa info mengenai Semarang, lihat pic2 yang ada hati terdetik 'saya mesti pergi'. Malam tadi ym dengan my friend, berbual mengenai kota ini dan Alhamdulillah banyak info yang saya dapat. Lokasi Semarang? Oh lupa nak sebut, Semarang terletak di Jawa Tengah di antara Jakarta (466km) dan Surabaya (312km). Saya tertarik dengan keindahan Masjid Agung (pic) dan 'wajah' kota ini.

2. Medan

Hairan kenapa saya ingin kembali ke Medan? Sebenarnya banyak lagi tempat yang tak sempat saya explore dalam trip yang lepas. So saya pasang niat utk repeat ke sana. Selain dari Air Terjun 2 Warna (perlu hicking dalam 2-3jam untuk tiba di lokasi air terjun), saya ingin ke Kinahrejo dan mengelilingi Pulau Samosir secara keseluruhannya.

3. Kalimantan Selatan

Haih, dah lama berangan nak ke sini tapi tulah, susah benar nak dapat tiket murah. Saya tak tahu kenapalah susah sangat nak dapat flight ke Balikpapan. Tidak seperti tempat2 lain di Indonesia, penerbangan AA ke sana sangatlah terhad. Cuma hari2 tertentu sahaja huhuhu. Kalau ada pun Lion Air tapi harga tiket buat saya fikir 10x :-P. Selain dari  flight, ada alternatif lain iaitu melalui Tawau-Tarakan by ferry (info ini saya dapat dari Anhar, teman saya di Tawau) dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4jam. Dari Tarakan perlu ambil another transport to Balikpapan. Harga tiket for ferry ~ RM140 one way (kalau tak silap saya). Masalahnya pula, KL-Tawau, bukan murah harga tiketnya. Nak tunggu promo? Jenuhlah. Apa yang ada di sini? Sudah semestinya Kepulauan Derawan dan floating market di Banjarmasin.

4. Lombok
Sure mak tak izinkan kalau saya bagitahu nak ke Lombok. Kenapa? Ala, sure kawan2 tahu sebab-penyebabnya orang kata jejaka2 sana genteng2 belaka  :D. Lombok kaya dengan keindahan alam semulajadi tapi maaf tak study pun lagi mengenai Lombok ;-)

4. Karimunjawa
Syurga dunia ini selain Raja Ampat (org katalah). Ada 2 cara utk ke sini, samada menaiki ferry dari Jepara atau pun Semarang dengan perjalanan mengambil masa 3 1/2jam (lama tu).  Nama pun angan2, jadinya angan2 sahajalah sebabnya saya tak rasa saya punyai kekuatan utk berlama2 atas ferry hehehe

5. Taiwan
Tak tahulah kenapa nak sangat ke Taiwan..angan2 aje, takpekan? ;-)

 *all pics credit to 'pakcik' google..

5 comments:

  1. wah...suka tan kete api tu..unik gila ! nak ikot..nak ikot... huhu

    ReplyDelete
  2. nervous lak dgr ko nk g mana!! haha...waiting for your next entry!

    taiwan mmg dlm wish list sy nk pegi. tp xtau laaa bila. kalo dpt rembat tix murah2 mmg pegi aje...hahah

    ReplyDelete
  3. taiwan pun dlm list geli2 aku hahaha!

    siut, berdebar2 nak tgk ko gi mana :D

    ReplyDelete
  4. uishh jalan2 lagi...
    taiwan cam menarik kan?!
    aritu ada nmpk promo kat groupon ke mana ntah... pakej dia murah la jgk tapi bila tgk details non-halal food ermm terus x jadi klik...

    psstt itenary rehsia nak ke mana la tuh... ;)

    ReplyDelete
  5. kemang, samalah kita.tertarik dgn train itu hehehe..angan2 aje ne, tak taulah blh p bila..huhuhu

    bdk2, cuak ye?hahaha.kalo ko perasan sure blh agak ke mana, tapi diam2 ekk jgn bsing2 :D kalo dpt tix murah, kabo2kan yek..nak join sekaki hehehe

    biqque, jom taiwan..kita p ramai2 sure meriah hehehe

    AKO@retna, selagi belum tertutup mata selagi itulah terus berjalan & bjalan hahaaaa.kat groupon tu mcm2 ada, sampai terpikir tak laku sgt ke sampai derang dropkan harga pakej kaw2 mcm tu hehehee

    *psttt, adalah ;)

    ReplyDelete