26/10/2011 - Puchong - LCCT - Ngurah Rai Airport, Denpasar, Bali
Alhamdulillah, memang sudah tertulis rezeki saya ke Bali, pasport saya berjaya disiapkan dalam tempoh 2 hari. Tqvm to staff Immigration, Putrajaya kerana banyak membantu saya.
Flight saya to Denpasar, Bali, 8.25 pm tetapi saya bergerak awal ke LCCT. Seingat saya before 6.00 pm saya sudah pun berada di airport. Giler punya lama bertapa di sana, sempatlah lepak2 sat dengan fatt di sana. Dalam 8.05 pm, announcement, flight delay ke 8.45 pm. Adoi, bosan weii. Dah tak larat rasanya nak memerhatikan keadaan sekeliling. Dan setelah berjam2 menunggu, akhirnya 9.10 pm kami berlepas to Ngurah Rai Airport dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Apabila arrival departure card diedarkan oleh FA, beliau kembali gelisah. Sekali lagi saya terganggu dan oleh kerana itu saya buka mulut utk menegur. Rupa2nya beliau gelisah sebab tidak tahu membaca dan menulis. Ya ampun, kenapalah tak minta tolong orang di kiri kanan dari dok gelisah seperti itu. So, saya offer diri untuk membantu beliau mengisikan borang-borang yang ada. Beliau happy sangat dan offer untuk belanja saya apa sahaja sebagai balasan dan berkali2 jugalah saya tolak.
Oleh kerana kelaparan ditahap maksimum, saya layan maggie cup aje (RM6). Partner sebelah pun minta yang sama tapi baru sesuap masuk dimulut, terus tolak tepi. Katanya 'saya tak lalu nak makan selagi tidak mendarat'. Oh ok, malas saya nak layan. Siapa suruh tiru gua kalau dah tahu tak lalu :P. Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati, so apa lagi membuterlah kita ekekee. Saya sedar2 pun, bila announcement dibuat kami akan mendarat di Ngurah Rai Airport. Giler lame membuter hehehe. Sekali lagi, saya terganggu dengan kegelisahan mamat disebelah; tak habis2 menjengguk ke luar seolah2 boleh nampak apa yang terhidang diluar (apa pun tak nampak sebab dah malam buter ok!). Alhamdulillah, selamat mendarat di airport 10 minit sebelum midnight.
Bergerak melepasi Immigration, saya terhenti seketika 'alamak, besaunya anjing' dan saya perlu melepasinya. Biasalah pemeriksaan untuk memastikan tiada dadah dibawa masuk ke sana. Saya dah cuak, giler ko memang besar anjingnya. Saya bagitahu pihak pemeriksaan 'saya takut!!' dan saya diminta untuk tidak melakukan apa2 pergerakan. Yolah, takut punya pasal saya rela jadi patung bernyawa sat disitu :D. Alhamdulillah, lepas tanpa sebarang masalah dan terus keluar untuk mencari fatt yang tiba 2 jam awal dari saya. Oleh kerana, saya telah diberitahu oleh tasyha, airport taxi to kuta dalam Rp55,000 manakala taxi yang diambil diluar airport ke tempat yang sama lebih kurang Rp250,000 saya dan fatt ambil keputusan untuk mencari bemo (angkutan) sahaja menuju ke Kuta. Persoalannya, pagi2 buter macam itu masih wujudkah bemonya? hehehe. Tawakal ajelah jah huhuhu. Kami ambil keputusan untuk menapak ke Mahabhrata Statue utk mencari bemo di situ. Saya langsung takde idea berapa jauh statue itu dari airport, ikut ajelah kaki melangkah. Giler jauh ko, bayang pun tak nampak. Peluh dah mencurah-curah + cuak + takut dengan keadaan sekeliling tapi redah ajelah. Hinggalah kami tiba di Ngurah Rai Statue, kami ambil keputusan untuk ambil taxi sahaja; tak larat dah nak menapak pagi2 buter itu. Dari situ ke Jl. Poppies I, Rp30,000. Oklah tu, sebab berduakan?
Tiba di Poppies, masalah la pula nak cari hotelnya, La Inn Hotel untuk bertemu teman2 yang lain. Makin jauh ke dalam kami berjalan, makin risau sebab bayang hotelnya pun kami tak nampak. Tanya pada tourism yang lain, mereka pun tak tahu mana lokasi hotel ini. So teruskan ajelah menapak dan akhirnya yeayyyy ketemu juga. Jangan suka dulu sebab surprise menanti kami. Oh ye, Jl. Poppies I dan II merupakan kawasan terbaik untuk backpacker. Banyak budget hotel dan losmen di sini. Apa2 pun, sebelum decide untuk stay di mana2 hotel/losmen better check dululah keadaan bilik agar tidak menyesal di kemudian hari. Harga yang murah bukan satu jaminan untuk korang merasa selesa.
Cantikkan? Tapi sila jangan terpedaya. Kami booking 2 bilik tapi sayangnya hanya sebuah aje yang kami perolehi. Harga semalam RM25/person dan stay di sini utk 2 malam (mujur, kalau 4 mlm memang haru). Keadaan bilik sangatlah tak memuaskan hati dan banyak lipas. Saya memang tak rekeman pada kawan2 untuk bermalam di sini, review yang saya baca di tripadvisor sebentar tadi pun banyak yang mendukacitakan. Menyesal tak study betul2 :P (skurang2nya better than hotel yang saya duduki di Medan).
Hari yang panjang, gue capekkkk huhuhu. Kalau tak silap saya kami tiba di hotel lebih kurang jam 1.00 am. Berehat sebentar sebelum membersihkan diri dan kami bergerak ke McD kerana masing2 dah kelaparan. Aambil set mantap (beef burger, coke & fries) dengan harga Rp16,500. Alhamdulillah dan lebih kurang jam 3.00 am baru saya terlena (seingat sayalah...), tak mimpi apa2 pun malam itu, keletihan....
*maaf, bahasa rojak..malas nak pikir dah..hentam ajelah
Giler stress kalau dapat jiran macam tu dalam flight! apa pun yg penting selamat. alhamdulillah.
ReplyDeleteJanggel, ini pengalaman hehehe
ReplyDeleteini ke gmbr bilik tu dlm tenet? bapak kontra habis...cam reban ayam ada la
ReplyDeletefatt, betulla tu..aku amik kat agoda pic tu.reban ayam ke?aku rasa mcm lagi teruk dari reban ayam tau..huhuhu
ReplyDeleteya Allah stress aku tgk mamat sebelah tu hahahaha!
ReplyDeletekitorang duk matahari bungalow dulu, ok ar tapi dinding daun nipah sulam2 tu hahaha! so orang sebelah gelak, bleh dengar :D
biqque, memang haruslah.hehehe
ReplyDeletematahari bungalow tu kat mana?kuta juga ye?bila ko ckp dinding nipah teringat masa p bromo aritu.siap boleh dengar jiran depan bergado lagi tu hahaa
hi zilla! baru sempat sy nk baca entry bali awak ni.
ReplyDeleteadoyai...mamat sebelah awak tu mmg kalo sy, dh hempuk dah. hahah. mybe 1st time kot naik plane. tu yg mcm gelisah semacam tu. redha jela.
tak fhm ayat awk ckp, fatt smpai 2jam awal? lain2 flight kah?
john, hehee.kelakar bila diingat balik.tapi syukurlah semuanya selamat hehehe
ReplyDeleteyupp kami pecah 3..flight tasyha jam 3pm, fatt 5pm dan saya 9pm..pergi sndiri2 dan bertemu di bali..
matahari tu kat area kuta, kira 10 minit jalan kaki dah sampai pantai, tapi bukan depan pantai la...dalam2 skit...ok gak ar tempat tu...
ReplyDeleteawat tak habaq nak g bali... sorga cottage pun ok... dekat2 dgn matahari tu jugak... dlm 5 minit jalan laju2 ke McD.. kalo lenggang-kangkung, 10 min...
ReplyDeleteawal yang baik
ReplyDelete