Main agenda kami berempat ke Perak kali ini, adalah untuk buat water rafting di Sg. Kampar. Kami ambil pakej RM150 untuk explore gua tempurung dan water rafting di mana harga ini termasuk lunch. Maaf, tiada picture untuk kedua-dua aktiviti ini kerana saya tidak berani untuk mengambil risiko untuk membawa kamera bersama-sama; buatnyalah rosak, haru!!! Pengalaman yang sangat best untuk kedua-dua aktiviti ini; semuanya selamat cuma sedikit luka di sana-sini - perkara biasa itu.
Pasar Karat, Ipoh
Dah lama sangat memendam perasaan nak ke Pasar Karat ini. Walhal bukan tak pernah ke Ipoh pun sebelum ini tapi itulah kadangkala kalau jalan-jalan dengan keluarga, agendanya lebih ke arah lain. Kalau pergi atas urusan kerja pula, lagilah jangan nak bermimpi untuk singgah ke tempat-tempat seperti ini. Jadinya dah ada peluang ini, happy sangatlah walaupun keadaannya tidak seperti yang saya gambarkan ;-) Pasar ini memang best dan sangat bertepatanlah dengan namanya - Karat; barangannya, off course lah dah berkarat (barangan antik) :D. Mengenai harga, pandai-pandailah membuat tawaran. Dapat yang kedekut, tawar macam mana pun, derang takan layan..
Masa saya sekolah dulu, saya ada typewriter seperti ini yang dibelikan mak di pasar Chow Kit, semata-mata untuk projek subjek Biologi saya. Bila rumah lama diruntuhkan dan diganti dengan yang baru, typewriter ini juga turut sama terkubur - Motif cerita : sengaja berkongsi kenangan...
Alala, antik sangat ini. Kamera zaman tuk kaduk ini tapi tak sure berapa harga yang ditawarkan.
Kamera juga menjadi sasaran saya. Kawan saya sambar sebiji kamera seperti ini dengan harga RM15 (kalau tak silap)..
Owhh, sangat klasik ok!! hehehe
Tak tahulah apa ini, bekas air kot??? Pilih aje mana satu pilihan hati....
Cameron Highland
Dari Pasar Karat, kami bergerak pula menuju ke Cameron Highland yang pada awalnya memang langsung tiada dalam agenda kami. Emm, saya tumpang kesian melihat keadaan Cameron; tidak seindah 5 tahun lepas. Sayang bila tempat yang indah seperti ini rakus diolah oleh sifat tamak manusia. Seharusnya tempat yang seindah ini dipelihara keindahannya. Apalah nasibnya 10 tahun akan datang?????
Kami tak explore Cameron secara menyeluruh. Sekadar singgah di ladang teh - Bharat (kot??lupa namanya apa) untuk abadikan kenangan di situ sebelum bergerak menuju ke Brincang untuk memborong sayuran. Keadaan waktu itu, memang meriah dengan pengunjung. Cuaca? Emm entahlah, nak kata sejuk - tak sejuk mana pun; nak kata panas - tak panas mana pun; kesimpulannya, sedang-sedang aje cuacanya dan sesekali hujan turun. Sayur dah dapat, strawberry dah dapat, jagung dah borong; jadinya apalagi, waktu untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur...
Pening kepala melihatkan keadaan jalan yang bersimpang siur..
Ladang teh..
'Morning Glory' Kaktus, memang berlambak di CH
Tak tau bunga apa.. Strawberry..
tgk typewriter 2 tringat msa bru habis SPM dlu ...abang aku sruh msuk kursus trengkas,sbb klau pandai menaip msa 2 sng dpt reja....mna ada kursus komputer lg msa 2....laani budak umuq 5 6 thun dh pandai taip komputer dh,siap pndai explore mcm2 lg..cepat btoi keadaan brubah......
ReplyDeletePENJEJAK AWAN
penjejak awan, p tak kursus tu?dulu2, kalau ada typewriter kat umah kira dah hebat sangatlahkan?uhuhu.bdk2 la ne, cepat belajar; secepat perkembangan teknolgi....
ReplyDeleteBerkenan aaa kat kereta klasik warna biru tu ! Kalau saya ada, mesti udah kena beli kereta tu hahaha ...
ReplyDeletePernah ke Pasar Karat Ipoh tu sekali, Love Lane ke ntah namanya kot lupa pulak ...
kalau begitu, ayuhh ke sana aje hehehe. Ada nama lain ke?sungguhla saya tak tahu.orang panggil pasar karat, saya pun pasar karatlah juga hehehe..
DeletePasar Karat....menarik tempat tu..ipoh pun tak pernah sampai lagi..hehehe
ReplyDeletelorrr ahahaha.ke Ipoh ajelah, cuti2 msia hehehe.
Deletex p pun....btoi2 dulu2 klau spa ada typewriter mmg kira hebat sangat laaa...bleh taip laju plak lagi laa....
ReplyDeletePENJEJAK AWAN