Pages

Friday, March 16, 2012

Review Buku : Keliling India Dalam 8 Hari

                           Pic : Enchik Google

Ini yang sedang saya tatapi saat ini, kisah perjalanan Rini Raharjanti mengelilingi India dalam 8 hari. Buku ini saya beli waktu bercuti ke Jakarta tempohari dengan harga Rp26,000 (tak sampai pun RM10 - sayangnya Selimut Debu dan Garis Batas kehabisan stok huhuh). Helaian demi helaian saya selak, perasaan untuk melalui pengalaman yang sama mekar di dalam diri. Owhh terasa seperti separuh dari diri telah terbang ke Varanasi (the holy city of India) :D. Date dah ada tetapi tiket KL - Calcutta - KL mencecah hampir RM800 (aduhhh, bankrap!!). - berangan lagikan? hehehe

Apa yang ada dalam buku ini? Ohh bukan sahaja pengalaman beliau waktu travel solo ke sana (kagumlah!!) tetapi juga segala perbelanjaan, contact no pihak2 yang berkenaan, penginapan dan sebagainya diperincikan di dalam buku ini. Jadinya, tak perlu nak kerja keras kalau dah ada buku ini (hehehe!!). Cuma satu yang saya kurang puas hati adalah gambar-gambar yang dilampirkan di dalamnya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana ianya dicetak secara black & white.

Antara yang menarik yang ingin dikongsi adalah mengenai proses pengebumian. Saya share sedikit di sini. "Apabila berlaku kematian, mayat akan dilumur dgn madu dan rempah sebelum ianya dibungkus dgn kain kapan dan kain sari yang kemudiannya akan ditaburi bunga2an. Setelah itu, ianya akan diletakkan di atas tandu sebelum diangkat oleh 4 orang sebagai simbol yang mewakili akash, vayu, tej dan jal menuju burning ghat dan kemudiannya akan dicelup ke dalam Sg. Gangga sebagai simbol penyucian diri dari segala dosa. Selepas melalui proses ini, barulah ianya melalui proses pembakaran dan abunya akan dibuang ke Sg. Gangga. Walau bagaimanapun, bagi holy man, wanita hamil, kanak2, pesakit cacar air dan mangsa patukan ular, mayat mereka tidak akan dibakar tetapi ianya akan dibungkus dengan kain kapan lalu diikat bersama dengan batu besar dan akan ditenggelamkan di tengah Sg. Gangga"- sangat menarik bukan? Jadinya, jom kita ke India opsss Vanasari :D

*Mudah2an tahun ini ada bonus yang lebih mabeless dari tahun2 lepas, bolehlah saya panjangkan langkah :D

5 comments:

  1. zilla, kalu saya nak joint skali boleh? heeee

    ReplyDelete
  2. menarik btoi bku nii mna nk cri niii...

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini tak taulah mana boleh dapat.tapi kalau ada kawan2 ke indon, boleh minta depa tolong carikan..

      Delete
  3. salam. sewaktu saya backpack ke indonesia dari 31.10 - 9.11 yang lepas saya telah menjelajah Semarang, Demak, Kudus, Jogja, Solo, Madiun, Ponorogo (untuk ke pondok modern Gontor ),Surabaya dan berakhir di Bandung.Saya tak beli apa-apa kecuali buku2 yang beratnya 15 kg. Puas saya mencari buku2 tentang travelling tapi saya tak jumpa buku keliling India ni. Yang banyak ialah keliling Eropah , China , Japan dan Rusia. Saya hanya beli buku " Jilbab Traveller " sahaja. Yang lain buku2 agama dan novel2 berkaitan Palestine dan Afghanistan. Dimana nak cari buku tentang India ni dan penerbit apa ya ? Insha ALLAh , saya akan ke Pekanbaru pula pada 13.11- 15.11 nanti. Kalau ada masa jenguklah ke blog saya : http://almadanii.multiply.com tapi dah lama tak update

    ReplyDelete