Yeahh, mood sangat-sangat ke laut. Terasa seperti dah hanyut ke lautan lepas; langsung tidak ketemu jalan untuk pulang ke daratan. Haru ok!! Keje pula tak putus-putus, lebih-lebih lagi setelah pekeliling terbaru dikeluarkan oleh JPA, bertambah haru hidup dibuatnya. Tak habis-habis dengan pelarasan. Hujung minggu pun perlu ke office. Opss, yelah terlupa seketika - 'berkhidmat untuk negara..'; walau hakikatnya fizikal dan mental saya sangat-sangat tidak sihat saat ini :(
Itinerary dah 90% siap, hanya tinggal Ijen dan Bromo aje (latest new saya dapat semalam Ijen dah dibuka kepada pelawat, Alhamdulillah). Saya teringin nak singgah di Baluran, Garut, Tasikmalaya, Semarang dan Pangandaran (tamakkan?) tetapi saya cuma ada masa tidak sampai 10 hari. Takan nak repeat lagi ?? huhuhu. Sungguh saya tak sabar dengan trip ini. Terasa nak lepaskan/lupakan seketika apa yang saya lalui saat ini - terima kasih kepada Ganda yang sudi berkongsi pelbagai info terkini mengenai Ijen dan Bromo.
Dalam kesibukan bekerja dan sibuk bermimpi mengenai trip, sempat juga saya mencuri masa untuk menghadiri kelas memasak. Nak lepas geram. Ala setengah hari aje - kelas pelbagai tart (bukan tart nenas ye); tart buah/telur/tuna/coklat/blueberry cheese tart. Saya sedang merencana sesuatu sebenarnya ini...
Jom layan dapur saya :)
Jom layan dapur saya :)
Kiri : Tart sardin. Alhamdulillah dapat respon yang bagus dari kawan-kawan. Syok layan tart ini sambil mengadap tv :) . Kanan : Vanila cupcake with coklat ganache. Ini buat khas untuk diri sendiri. Satu adunan dapatlah dalam 16 biji. Saya dan anak buah saya, Qalisya aje yang layan cc ini..
Kiri : Muffin Blueberry - guna yang segera aje jenama Nona. Sedap tapi agak manis dan wangi. Kanan: coklat ice blended with whipped cream (mana berat badan tak naik).
Simple giler nak buat dan rasanya jauh lebih sedap dari ice blended yang
dibeli di pasar malam.
Homemade ice blended (resepi dari kawan adik saya - agak2 aje kuantitinya)
Bahan-bahan
serbuk coco (lagi banyak lagi sedap)
fresh milk
susu pekat
serbuk vanila (ada jual kat pasaraya hero)
ais
susu tepung (saya cilok susu tepung anak buah saya)
Cara membuat
-campur kesemuanya dan blender hingga ais hancur. Tuang dalam cawan, letakan whipped cream dan yummyyyy
Vanila Muffin - saya tak tahu saya ambil dimana tetapi dah bertahun ada dalam simpanan saya. Maaf ya pada tuan empunya resepi, saya share resepinya di sini.
Bahan-bahan
1/4 cawan minyak masak/jagung
1/2 cawan fresh milk
1 biji telur
1/2 sdk garam
2 sdk bakin powder
1/2 cawan gula
1 3/4 self raising flour
esen vanila
Cara membuat
Panaskan oven. Ayak tepung, baking powder dan gula. Masukkan gula, kacau rata dan ketepikan. Satukan minyak, susu dan telur. Kacau rata. Tuang adunan cecair ke dalam adunan tepung, kacau rata. Masukkan coklat chips, kacau lagi. Tuang 3/4 adunan dalam papercup dan bakar hingga masak.
* Terima kasih yang bertanya kemana hilangnya saya dan terima kasih untuk rindu itu. Hilang saya bersebab dan maaf membuat kalian bimbang. Jangan risau, saya cuma perlukan sedikit waktu untuk 'itu'.....
* Buat tuan empunya blog 'backpacker busuk' dan adik (tak sure masuk sini ke tidak) happy belated birthday dan buat Azriana si 'Matahary', happy birthday in advance - April ini 'milik' kita :)
* Jumpa lagi Mei akan datang, I'Allah. Ini 1st & last entry saya untuk bulan ini..
Vanila Muffin - saya tak tahu saya ambil dimana tetapi dah bertahun ada dalam simpanan saya. Maaf ya pada tuan empunya resepi, saya share resepinya di sini.
Bahan-bahan
1/4 cawan minyak masak/jagung
1/2 cawan fresh milk
1 biji telur
1/2 sdk garam
2 sdk bakin powder
1/2 cawan gula
1 3/4 self raising flour
esen vanila
Cara membuat
Panaskan oven. Ayak tepung, baking powder dan gula. Masukkan gula, kacau rata dan ketepikan. Satukan minyak, susu dan telur. Kacau rata. Tuang adunan cecair ke dalam adunan tepung, kacau rata. Masukkan coklat chips, kacau lagi. Tuang 3/4 adunan dalam papercup dan bakar hingga masak.
* Terima kasih yang bertanya kemana hilangnya saya dan terima kasih untuk rindu itu. Hilang saya bersebab dan maaf membuat kalian bimbang. Jangan risau, saya cuma perlukan sedikit waktu untuk 'itu'.....
* Buat tuan empunya blog 'backpacker busuk' dan adik (tak sure masuk sini ke tidak) happy belated birthday dan buat Azriana si 'Matahary', happy birthday in advance - April ini 'milik' kita :)
* Jumpa lagi Mei akan datang, I'Allah. Ini 1st & last entry saya untuk bulan ini..
Pelarasan gaji ke hehe.
ReplyDeleteYe sama lah kita, weekend pun BERKHIDMAT UTK NEGARA, waima esok hari kelepasan pun gi kerja.
Oh tidakkkk!
gaji tak perlu selaras sebab auto masuk cuma kew.8 tetap kena buatlah tapi kemudian sekali dgn pergerakan gaji..pelarasan utk elaun dan sebagainya tu yang kena kejar bagai tak cukup tanah
Deletewah..sempat lagi zila belajar masak..nampaknya dapur wa je lah dah lama tak berasap..:)
ReplyDeletestress sgtlah wa..huhuhu.
Deletedapur wa tak berasap sebab travel sana sini hehehe
Salam...
ReplyDeletekaka....miss u so much...
dapat melihat blog ini update bahagia rasanya ternyata orangnya baik2 aja meskipun tengah sibuk sangat.......
kelas memasak menunggumu disini... kue itu nampak lezat... moga sukses rencananya :)
Mita, miss u too.moga awan hitam akan berarak pergi dari hidupmu..
Deleteowhh sudah survey kelas roti utk saya??
ehhhh, tak sangka pulak dalam penceritaan travel diselitkan juga resepi2.
ReplyDeletemoga semua urusan berjalan lancar semasa kembara kamu yang akan datang nanti, mudah2an saya doakan ...
ahakkk..travel dan makan perlu seiring, baru meriah badan oppss hidup :D..terima kasih awak, saya juga doakan yg terbaik buat awak..
DeleteHey Zilla, sudah atau akan ke Dieng? it is very recommended, nice for you if want any quiet place, different from bromo with crowd people.
ReplyDeleteah Baluran! I have already there in 2010. hehehe nice place also, mini africa :p
Hi Febry.belum lagi, end of this month I'Allah. cuma, saya cancel ke Dieng & ke Papandayan di Garut.Dieng, maybe di lain waktu aja; saya sedang rencana sesuatu ini hehehe.
Deletep/s: tiada plan untuk kembali ke Baluran? ;)
well, I think Baluran just once in my life hehehe track kesana susah, susah karena tidak ada public transport. but you must visit there soon, before savannah nya punah... :)
Deleteehhee, baru nk tanye pasal siem reap tuu..
ReplyDeletexper, blog bukanla hakmilik kekallls kanns.. ;-P
nak tanya apa tu? I'Allah kalau blh tolong, saya akan tolong...
Delete*kalau setakat nak reply comment tu, I'Allah takde masalah tapi nak update citer terbaru tak dapatlah hehehe..
salam zilla,
ReplyDeletethanks for birthday wish. aku pun dah lama tak update blog..malas gile. anyway semoga sihat selalu & ceria. take care!
salam fatt...
ReplyDeletealhamdulillah, sampai juga pada ko :)
*apa dh jadi ne?semua mood kelaut?
wah...mahu ke indonesia ye ? memang seronok....asyik sekali..
ReplyDeleteMakanan itu pun enak sekali....
header kamu cantik..tumpang pinjam boleh?
Huhhhhhh menchikkkkkk!!!! sedapnya rupa segala hidangan tuhhhhhh
ReplyDelete