Transjava : Part VIII
Kami tiba di stasiun keretapi Bandung sekitar jam 6.05am. Sangat penat. Dengan berpandukan sekeping map kami menuju ke Hunny Backpacker Hostel yang terletak di Paskal Hyper Square, Pasir Kaliki, Bandung. Nak kata sesat, tak juga cumanya kami tersalah pintu keluar (sepatutnya pintu selatan huhu). Ikut map kami akan melalui Hilton tetapi hotel itu berada di bahagian berbeza. Berpusing-pusing di situ dan akhirnya teman saya mengambil keputusan untuk bertanya. Nahh, rupanya dekat sahaja, perlu menapak dalam 5 minit sebelum tiba di hostel.
Saya sudah memaklumkan dari awal lagi waktu ketibaan kami kepada pihak hostel. Jadinya, tiba sahaja di sana katil memang telah tersedia. Kenapa saya kata katil? Ya ialah dah duduk di dorm jadinya katil sahajalah yang ada hehehe. 2 malam di sini dengan bayaran Rp100,000/night. Lelaki dan perempuan berada di aras yang berbeza. Hostel yang amat bagus dan bersih. Oh ya, di sini juga kita dibenarkan untuk memasak; alatan semuanya lengkap. Staffnya (terdiri dari alih keluarga) sangat friendly, serius saya berasa seperti berada di rumah. Pada kawan-kawan yang tercari-cari backpacker hostel yang bagus di Bandung, Hunny Hostel antara yang terbaik. Boleh lihat di sini ya -> Hunny Hostel.
Inilah keadaanya bilik saya. Yang bersepah tu milik orang lain, tak sempat nak berkenalan pun sebab derang dah check out. Towel dan kabinet diberikan berdasarkan kepada nombor katil.
Selesai urusan check in, kami mengambil keputusan untuk berehat sebentar. Tiada plan khusus hari ini; lebih kepada bersantai mengelilingi kota Bandung. Kononnya petang itu ingin ke Saung Angklung tetapi bila dimaklumkan bayaran masuk telah meningkat dari Rp75,000 kepada Rp90,000, cancel. Sekitar jam 8.00am, kami berkumpul di ruangan rehat. Breakfast terlebih dahulu. Kali ini, saya bancuh mushroom soup yang saya bawa dan dimakan bersama-sama roti. Anhar pula dengan seleranya yang tersendiri. Kenyang, Alhamdulillah. Setelah berbual-bual sebentar dengan staff hostel, kami menapak menuju ke Jl. Asia Afrika dengan berpandukan map yang diberikan oleh ibu Hunny (kot, lupa nak tanya namanya siapa hehehe).
Frust!! Berkali-kali kami menyuarakan kekesalan kami kerana mengambil keputusan untuk tiba awal di Bandung; sayalah yang patut dipersalahkan kerana itinerary saya yang buat huhuhu. Mati kutu, tak tahu nak buat apa di Bandung. Factory outlet dan segala jenis yang seangkatan dengannya memang tidak menarik minat kami untuk dikunjungi. Nak ke Tangkuban Perahu dan Kawah Putih, saya dah pergi. Nak ke mana lagi??? Akhirnya, kami buat keputusan menapak ajelah sampai pitam huhuhu. Di penghujung Jl. Wastukencana, kami lepak sahaja di situ sambil menikmati choki-choki. Buat macam kat tempat sendiri (hehehe) sebelum mencari angkutan untuk kembali ke Pasar Baru - gue capekkk!!
Tiba di Pasar Baru, wahh ramainya rakyat Malaysia yang sombong banget, pandang orang macam nak telan. Pedulikan mata-mata yang memandang seolah-olah kami tak layak berada di situ kami jelajahi setiap tingkat tapi tak shopping pun hahaha! Saya sekadar menemani teman saya itu mencari dan memilih tudung obama untuk dijadikan ole-ole buat yang tersayang (familynya daaaa). Dapatlah dalam 6 helai (agak mahal, murah lagi di Jakarta) kami mengambil keputusan untuk kembali ke hostel. Jadinya, kami habiskan hari tersebut dengan bersantai-santai di hostel; tidur-makan-internet-nonton tv-makan lagi-tidur (gayanya macam dah berada di rumah sendiri hehehe).
Hari pertama di Bandung yang sangat membosankan...
Menara Masjid Agung. Sayangnya, dibuka kepada pelawat pada hujung minggu sahaja.
Ini di Masjid Agung Bandung. Tak boleh nak berlama di sini kerana masing-masing sedang membuat persiapan untuk solat Jumaat.
Muzium Konferensi Asia Afrika. Tak masuk pun sebab tak jumpa pintu masuk hehehe.
Keadaan di Jl. Asia Afrika...sesakkan?
Tetapi di sini lengang hehehe (masih di jalan yang sama).
OCBC Bank, Jl. Asia Afrika. Tertarik dengan senibinanya...
Masjid Al-Ukhuwah, Bandung
Dinner malam tu saya tapau masakan sunda dari restoran berdekatan hostel. Sedap banget. Manakala teman saya itu pula layan indo mee dengan nasi putih..
* bersambung untuk hari kedua, menuju ke Papandayan...
First: nak cakap Hi dulu..I'm your new follower. sangat sangat minat dgn entry trans Java ni sebab ada angan2 nak wat macam ni, InsyaAllah.
ReplyDelete2nd: nak tanya pendapat, sebab maybe saya & kawan takde masa yang panjang untuk travel tapi kami berminat utu ke jakarta-bandung-Jogja,
boleh bagi suggestion tak location yang patut kami start dulu..
Thanks..
Hi dzuchan..
ReplyDeleteSalam perkenalan dari saya..
Sebelum saya bagi pandangan, awak kena tahu apa yang awak cari di setiap tempat ini dengan mengambil kira faktor masa, kewangan dan sebagainya. Jakarta dan Bandung, kalau kaki shopping ini memang syurganyalah tetapi kalau sebaliknya saya cadangkan skip Jakarta.
Mengenai Bandung, secara peribadinya saya cadangkan awak keluar dari kota Bandung. Banyak wisata-wisata indah yang boleh dikunjungi selain dari shopping. Tetapi ini bergantung kepada minat masing-masinglah. I'Allah kalau perlukan bantuan untuk itu, saya boleh berikan cadangan setakat yang saya mampu..
Jogja. Emm, I love Jogja. Di sini byk yang boleh dilakukan. Mungkin juga awak boleh skip Jakarta dan Bandung tetapi start dari Jogja dan berakhir di Surabaya (sekadar cadangan).
oh..thanks bebanyak..the problem is kami 3 orang. my travel partner sorang memang teringin nak pegi shopping at bandung, personally saya sgt teringin nak pergi jogja sebab sejarah dia & sangat teringin nak pergi lesehan malioboro. tapi saya pon sangat nak pergi tangkuban perahu.
ReplyDeleteI prefer backpacking & gamble, but one of them prefer tourist guide.
pendapat zila, for girls ok tak kalo backpacking without tourist guide (dari segi keselamatan) sebab kami group 3/4 orang je.
I'Allah sana ok aje..yang penting kena pandai bawa diri.
Deletekalau macam tu, apa kata start dari Jogja dan akhir di Bandung (nk shoppingkan). Tak perlu ambil guide, kalau ingin sgt pun ambil untuk ke tempat2 diluar kota - sekadar cadangan tetapi kena ikut juga kata majoriti bagaimana..
Takpe awak plan dulu.kalau perlukan bantuan, awak boleh email saya. I'Allah saya akan bantu untuk berikan pandangan :)
Thanks..at least dapat sikit gambaran sebab nak survey flight ticket,kumpul RM dll :-)
DeleteThanks a lot...InsyaAllah, anything I'll email you personally.
anyway, nice to know you.
No hal lah, dzuchan.saya berkongsi apa yang saya tahu :)
Deletehehehe... suka choki2 jugak eh??? kudapan paling best dulu kini dan selamanya especially bila travel. hiks
ReplyDeletehehehe..suka2!!
DeleteMurahnya IDR100,000 per two night. Sekarang IDR100,000 per one night je.
ReplyDeletehehehe awak silap tu farah..2 malam dgn harga Rp100,000/night ;)
DeleteHi awk...nk tnye..kalo dr yjogkta nk ke bndung naek pe..mhl x?
ReplyDeletebiasanya saya ambil train sahaja..gerak malam sampai bandung subuh..so dah dpt jimat utk penginapan utk satu mlm hehehe.kalau train malam harga Rp110,000 (bisnes class)..mungkin awak boleh check di http://kereta-api.co.id utk latest price...
Deletemoga membantu ya :)