Pages

Thursday, June 21, 2012

Universal Studio Singapore

Takde dalam perancangan pun nak ke USS ini tetapi gara-gara stress yang teramat sangat, inilah hasilnya hehehe. Trip kali ini tasyha yang uruskan semuanya yang lain-lain goyang kaki aje. Kami berangkat ke Johor Bahru sekitar jam 10.++ pm dan tiba di sana sekitar jam 2.++ am. Check in di Tune Hotel, JB. Kami berlima kali ini - best sebab dapat berkenalan dengan kawan baru, Cik D (tak tahulah nama asalnya apa) dan Pijah Pelangi (yang selama ini saya kenali melalui blog sahaja).

Twin Room ~ RM75.00/2 night (tidak termasuk tax).


Selesai urusan check in, apa lagilahkan kalau tak membuta tetapi saya dan tasyha, kami mendapat bilik yang agak 'bermasalah'. Oleh kerana tak sanggup nak berhadapan dengan masalah itu (jgn tanya kenapa), kami bergegas ke kaunter untuk menukar bilik. Alhamdulillah, berjaya dapat bilik baru. Itu-ini, kami hanya tertidur sekitar jam 5.00am.

Asalnya kami ingin menaiki bus paling awal ke Resort World (7.30am), oleh kerana kepenatan plan bertukar ke 10.30am. Kami telah membuat tempahan awal dengan Odyssey Coach denagn bayaran RM23/return.  Dipendekkan cerita, kali ini kami berhadapan pula dengan masalah ketiadaan seat walhal sehari sebelum berangkat, tasyha sudah pun menelefon pihak Odyssey untuk membuat pengesahan. Haih, pagi yang panas bertambah panas. Untuk menyelesaikan kekeliruan yang timbul, kami diberi pilihan oleh pihak berkenaan untuk memulangkan semula wang kami. Untuk ke Resort World, kami diberi saranan untuk mendapat direct bus ke sana di Terminal Sentral Kotaraya II atau pun, pilihan lain kami boleh menaiki bas 'loncat' ke sana. Setelah berbincang, kami setuju untuk dengan pilihan yang diberi. Wang kami dikembalikan dan mereka bersetuju menghantar kami ke Kotaraya II secara percuma dengan menaiki kereta salah seorang pekerja di situ.

Kami tiba di terminal lewat beberapa minit sahaja dan bas ke Resort World sudah pun berangkat. Tiada pilihan, kami perlu menunggu hingga 10.45am untuk bus seterusnya berangkat ke sana. Sayang masa terbuang begitu sahaja, kan? Tepat waktunya kami berangkat menuju Singapore dengan tambang RM5/sehala. 15 minit kemudian kami tiba di CIQ, JB untuk pemeriksaan imigresen. Ok, semuanya lepas. Seterusnya kami perlu mengejar bas yang kami naiki. Ok, berjaya. Perjalanan diteruskan semula dan tiba di Woodland checkpoint untuk pemeriksaan imigresen.Hah, tiba di sini jangan lupa mengisi arrival and departure card ye. Keadaan agak sesak di sini dengan mereka yang ingin memasuki Singapore dengan pelbagai tujuan. Gara-gara ini kami terlepas bas yang kami naiki. Marah + stress tetapi nak buat macam manakan? Nak tak nak, kami perlu menunggu sejam lagi untuk bus berikutnya ke Resort World. Giler!!! Sekali lagi masa terbuang begitu sahaja. 

Sila simpan tiket ini baik-baik. Sehingga kita berjaya melepasi pihak imigresen Singapore baru tiket ini diambil sepenuhnya oleh driver bus.


Kami tiba di USS sekitar jam 2.00pm (lebih kurang). Dah rugi setengah hari; takpelah dah takde rezeki. Tiket masuk kami beli seminggu awal dengan harga $64/person. Layan gambar ajelah ya, ketandusan idea untuk mengarang...

Transformer Ride

Teruja!! Awal-awal lagi suara dah bertukar rentak sebab terlebih menjerit :D  Satu yang tak best, kami beratur hampir sejam jugalah..giler lama tu!!

Battlestar Galactica

Maaflah, bagi RM1juta pun saya tak sanggup nak naik. Nyawa lebih berharga hahaha...

Revenge Of The Mummy

      

Terus terang, saya ini memang penakut orangnya dan saya tak sangka di sini ketakutan saya betul-betul di cabar. Saya pernah naik roller coaster di Sunway Lagoon, 7-8 tahun lepas. Itulah yang pertama dan terakhir buat saya dan hingga ke hari ini pun saya masih tak boleh nak lupa betapa kecutnya perut saya saat itu :D. Saya tak tahu apa yang membuatkan saya begitu nekad untuk mencuba high speed rollercoaster di USS ini. Waktu beratur menunggu giliran bersama-sama teman yang lain, saya memang relax. Bila tasyha kata ok dan biasa-biasa aje rollercoaster di sini, hati saya agak lebih tenang. Takpelah cuba ajelah sebab nak berundur pun dah tak boleh. Bila tiba giliran kami; beberapa saat yang pertama, saya masih ok. Masih sempat memerhati kawasan sekali. Tetapi bila cabaran yang sebenarnya bermula, aduhhh!! Tak tahulah nak kata macam mana. Terasanya kalau saya menangis saat itu pun air mata tak akan keluar sebab terlalu takut hahaha..Menjerit dan terus menjerit sampai hilang suara. Cukuplah sekali itu sahaja, tak nak naik dah hehehe. Apa pun, walaupun ketakutan di tahap max, saya sangat puas!! Hilang stress saya...

Water World
Seterusnya kami berkejar pula ke Water World yang diadaptasi dari filem 'Water World' itu sendiri. Best sangat-sangat, kebabomm sana-sini hehehe. Agak bernasib baik sebab duduk di barisan belakang. Kalau duduk di barisan hadapan sure kami akan lencun.






Far Far Away
Layan Shrek 4D di sini - hah, yang ne kalau nak repeat 80 juta kali pun saya sanggup hahaha.


        


Keluar dari castle, kami terus lepak di salah satu bangku yang ada untuk makan. Dah nama pun budget, so kami bawa bekal ~ roti gardenia dan tuna. Itulah yang kami kongsi. Bila dah lapar semuanya jadi sedap, betul tak?

Madagascar
Perut kenyang, perjalanan diteruskan menuju ke Madagascar untuk mencuba river boat ride. Hah, yang ini memang santai habislah. 'I like to... Move it!! ':D



Sebelum kami berangkat ke Siloso Beach untuk menonton Song Of The Sea, kami habiskan masa untuk pusing-pusing kawasan sekitar. Sempatlah layan street performance dan kemudiannya ke Pantages Hollywood Theater untuk menonton 'Monster Rock' musical.





Song Of The Sea
Bayaran masuk $10 dan persembahan bermula tepat jam 8.40pm (1st show jam 7.40pm). Saya tak berapa nak hayati sangat sebab terlalu sibuk dengan kamera.




Habis pertunjukan Song of the Sea kami kembali ke Sentosa. Tiket bus untuk pulang ke JB adalah $5 dan kami menaiki bus terakhir iaitu jam 11.00pm. Tiba di Kotaraya II sekitar jam 12.++ am, sebelum mengambil teksi 'sapu' ke Tune Hotel, RM20. Sebelum itu kami ke 'Singgah Selalu' untuk makan (giler lapar) dan kembali ke hotel untuk rehat....

Sekiannnnn..

Total expenses (2D & 2N)
USS + Song of the sea + hotel + bus  : RM264
Minyak kereta + tol + makan @ JB : RM100
FM & postcard @ USS : $11.60 ~ RM29
Total : RM393

21 comments:

  1. kite repeat balik nnti.. yey!!!

    *best x naik transformer? kekkkeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..tapi kali ini dok spore ye..aku nak berkelah kat botanical garden hehehe..

      *best tu mmglah best tapi part muntah ijo tu yang aku tak sanggup hahaha

      Delete
    2. hahhhaa.. bukan muntah colourful ker? kekkkeeee..

      *gambo kat mummy roller coaster tu cantik kan? rugi x beli* smile :D

      Delete
    3. hahaha..next time kalau p, kena make sure aku betul2 sihat..kalau idak rugilah, aku dah tak lalu nak lalui pengalaman yang sama hehehe

      *bagus gak tak beli.so ada alasan utk repeat keh3

      Delete
  2. Dah-dah laa tu berjalan..duk umah je lah... (Ayat org jeles tgk org lain berjalan...huhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baikk, ibukkk!!hehehe

      *duk umah, tunggu org minang..owhh bahagianya :D

      Delete
  3. zilla tmpang tanya,kat uss tu ada surau x

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. hehehe..gara2 stress melampau, inilah hasilnya ;)

      Delete
  5. salam ziarah zilla, nice pics! aku hujung bulan ni pergi uss, blurr lagi, huhu..anyway, bleh refer sini untuk tuntut ilmu kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Orga..terima kasih, biasa aje pics itu :)

      *enjoy ur trip, ya?? ;)

      Delete
  6. emmm tgh stress jugak ni nasib tak melampau lagi hehehe....yeah nice pics too...all of ur entry i suka part korang budget tang makan....sumtin i should learn bole save cost

    -fauzus-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nasib masih under control ehehe...owh part makan tu jgn diikut, tak baik utk kesihatan hehehe..

      Delete
  7. bila la kt nak ke uss ni...aritu dah sampai singapore tp bajet nak masuk uss lak xde ehehhe

    ReplyDelete
  8. best nye g uss..

    entah bila la kt nk sampai sana..aritu dah g tp xde bajet nak masuk uss :D

    ReplyDelete
  9. Hahahahah comel gile rupenye penakot jugek. Sy ke uss ni plak sbb nak naik natang2 scary2 nih. Sebab suke. Herot berot muke dek kelajuannya. And alhamdulillah masa kami pergi x ada org sgt. Setiap ride x sampai 5min utk tggu. Suami jenis tak kesah if sy ajak roller coaster, tapi yg di uss ni dia dah tahap fed up. Ajak naik lagi skali xmo! Insaf katenye. Hahaha..

    ReplyDelete
  10. tiket beli kat mana ek??:)

    ReplyDelete
  11. tiket beli secara online di sini -> http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Attractions/UniversalStudiosSingapore/Tickets

    ReplyDelete