Pages

Friday, August 24, 2012

Welcome to Jember

19.07.2012 : Bali - Jember


Giler penat namun perjalanan tetap perlu diteruskan. Kami berpisah di sini, Bali. Cancel ke Baluran kerana keadaan cuaca yang kurang baik dan kami terus menuju ke Jember. Selesai breakfast kami terus mendapatkan teksi menuju ke Ubung Terminal, Denpasar dengan tambang sekitar Rp40,000. Mahu ambil angkut, bayang pun tak nampak so inilah sahaja option yang ada. Mujurlah tambang tidak melebihi budget awal kami, kalau tidak jenuhlah nak adjust sana-sini.

Ketibaan kami di Ubung disambut oleh calo-calo yang super duper agresif. Teksi belum berhenti mereka dah berebut-rebut ingin membuka pintu teksi. Terkejut dengan keadaan di sini. Saya di hadapan manakala adik saya dibangku belakang menjaga beg-beg kami. Waktu saya sedang menyelesaikan tambang teksi, adik saya menjerit "Long, beg!!! Derang bawa lari beg ko!!!" Saya pandang keluar, calo-calo sedang berebutkan beg saya. Haih, memang sengal tahap tak tahu nak cakaplah. Cepat-cepat saya settlekan tambang, terus saya berlari keluar untuk mendapatkan beg saya. Haih, beg tak dapat saya pula dikerumuni mereka ini "mbak, mbak..mbak" Arghhhhhh!!! "Jogja? Surabaya?" Ishh, time ne budi bahasa budaya kita tidak boleh digunapakai lagi. "Saya nak beg saya!!!" Ayat selebihnya tak payahlah disebut di sini, tak manis bunyinya hehehe. Saya berjaya lepaskan diri dengan group pertama calo terus saya berlari ke arah group kedua yang sedang berebutkan beg saya. Memang !@!$!$!@. Cakap elok-elok, tak nak bagi, bila saya keluar bahasa yang tak sepatutnya baru masing-masing terdiam dan melepaskan beg saya. Giler memang giler. Saya tahu mereka berebutkan pelanggan tetapi tak bolehkah ianya dilakukan secara berhemah? Tanya elok-elok, mahu ke mana dan sebagainya tak payah buat aksi begini. Saya berjaya mendapatkan beg saya dengan rasa marah di hati. Kami terus menuju ke arah terminal dan di sapa oleh seorang calo dengan berhemah (kan bagus begitu) ke mana destinasi kami. "Jember" dan dibawa saya ke bus yang sudah mahu berangkat. Alhamdulillah, lega bila dah berada di dalam bas.

Tambang bas Denpasar - Jember, Rp60,000, takde aircond ye. Harga ini termasuk tambang feri ke Ketapang. Ringkasan perjalanan lebih kurang macam ini:

Ubung Terminal, Denpasar - Gilimanuk : 3 1/2 jam
Pelabuhan Gilimanuk - Pelabuhan Ketapang : 45 minit
Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi - Jember : 5 1/2jam

Tiket bus Denpasar - Jember.

Keadaan di dalam bas. Oklah agak selesa cuma agak sempit sedikit.

Giler kematu montot, berlama di dalam bus. Perjalanan antara Ubung - Gilimanuk walaupun mengambil masa 3jam lebih tetapi view memang superb. Cuma jalan macam ular kena palu, make sure telan ubat muntah kalau takut tak mampu bertahan.

Feri yang menghubungkan antara Gilimanuk - Ketapang pun ok. Kami lepak dalam bus sahaja sebab malas nak turun. Cuma ada satu pengalaman yang agak menakutkan sewaktu feri semakin hampir di Pelabuhan Ketapang, feri berpusing-pusing (saya tak tahulah kenapa). Bas terbuai ke depan dan belakang dan menghentam dinding feri. Penumpang yang ada bersama kami  dah terjerit-jerit "Allahuakbar.. Allahuakbar!!" dan kami sendiri pun memang cuak gilerlah. Mengucap kerana takut pintu feri terbuka dan kami terus meluncur ke dalam laut. Feri kembali ok apabila penumpang-penumpang menjerit memaklumkan keadaan feri kepada pihak yang berkenaan. Alhamdulillah, syukur semuanya selamat. Saya paling risau kalau apa-apa jadi pada adik saya itu, jenuh nak menjawab dengan mak dan ayah huhuhu.

Feri yang kami naiki pagi itu..

Lihatlah cuaca bagaimana; mendung dan berkabut. Ini pemandangan di Pelabuhan Ketapang.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di tanah Jawa. Bus melanjutkan semula perjalanan untuk menuju ke Jember dan singgah di Kalibaru untuk rehat sekitar 20 minit. Ok, di sini bersiap sedialah dengan ngamen-ngamen yang akan menemani kalian. Sekali lagi, bersedialah berhadapan dengan sesetengah ngamen yang giler demand. Siap bagitahu jumlah yang perlu diberikan; hanya Rp2,000 dan Rp5,000 sahaja yang mereka terima. Waduhh, kenapa begitu jadinya?? hehehe. Sepanjang perjalanan memang saya dah pesan pada adik saya, jangan berbual dengan saya. Sebabnya saya tidak mahu mereka tahu kami ini bukan penduduk tempatan tetapi mungkin derang boleh membezakan kami dan penumpang yang lain. Ada satu group ngamen, siap tunjal-tunjal kami berdua memaksa kami memberikan wang. Ya, bukan suka hati kita ke nak bagi atau tidak? Adik saya sempat berbisik "Long, takut..." Ya, saya pun takut bebenornya tapi buat bodo ajelah. Bila melihatkan muka 'toya' kami, mereka beredar sambil membebel-bebel...

Alhamdulillah, kami tiba di terminal bas Tawang Alun, Jember sekitar jam 7.00pm. Dah gelap pun saat ini.  Dalam kepala ini cuma fikir mahu ke stesen keretapi untuk membeli tiket ke Surabaya Gubeng esok malamnya. Kami terus mendapatkan angkut (Rp3,000) dan meminta beliau memberhentikan kami di stesen keretapi. Sayangnya, tiada angkut yang melewati stesen. Kami diturunkan di alun-alun dan perlu berjalan sedikit untuk menuju ke stesen. Hotel? Saya memang takde idea nak menginap di mana. Dengan berpandukan ingatan yang ingat-ingat-lupa (saya pernah blogwalking di satu blog) tentang satu hotel murah berdekatan stesen keretapi dan hotel inilah yang saya cuba cari. Agak bernasib baik, hotel ini yang kami temui terlebih dahulu dan terus check in lah. Tiket kemudian sahaja dibeli.

Rate Hotel Nusantara, Jember. Mana hotel lah yang berani bagi harga murah giler macam ne :D

Inilah bilik kami. Basic habislah, Rp45,000/night atau sekitar RM14 :D

Saya punya kenalan di Jember, sambil menunggu beliau selesai menunaikan solat Terawih kami mengambil kesempatan untuk merehatkan badan yang keletihan. Lapar giler sebab last kami makan, paginya waktu breakfast di Arya Hotel. Kami menuju ke alun-alun untuk lunch merangkap dinner bersama-sama kenalan saya itu. Selesai makan dan berbual, kami menuju ke stesen keretapi untuk membeli tiket. Make sure kalau nak beli tiket di sini, bawalah passport ye kawan-kawan. Saya tinggalkan passport di bilik, jenuh bersoal jawab dengan petugas di loket. Jember - Surabaya Gubeng, bisnes class tiketnya berharga Rp80,000. Semua urusan dah settle, waktu untuk zzzzzzzzzzzz. Good night!!!

 Alun-alun Jember.



* Bersambung...

6 comments:

  1. Mahalnya pengalaman ni..berani betul zilla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima ksh norh.nk kata brani tu tdklah tapi tawakal ajelah huhu

      Delete
  2. handcore btoi zilla

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  3. asalamualikum zilla, nama saya Nur, saya inshallah next year nak ke surabaya menuju ke banyuwangi,nak naik bas travel atau keretapi macam mana tue??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nur

      Antara bus dengan keretapi, better keretapi. saya tak galakkan awak ambil bus kecuali kalau dah takde pilihan :) kalau nak check jadual perjalanan keretapi, search sahaja kereta-api.co.id, surabaya gubeng - banyuwangi.

      Delete
  4. huahuaaaaa seb baik study kat sini... will take note keadaan kena tarik beg tuh...

    ReplyDelete