Pages

Tuesday, October 16, 2012

Kota Kinabalu

Rencana asalnya pagi sebelum berangkat pulang ke KL, nak buat island hopping tetapi bila melihatkan keadaan masing-masing, cancel. Cuma 4 orang sahaja yang meneruskan plan asal manakala yang lain hanya lepak santai di apartment termasuklah saya. Kebetulan 2 orang teman mahu mencari seafood di pasar basah berdekatan jetty untuk di bawa pulang; jadinya saya follow saja mereka ini. Dalam sakit-sakit tu pun berjaya jugalah kami menapak (kalau diingat balik, memang lawaklah :D).

Mendung pagi tu tapi takdelah sampai membawa kepada hujan.

Pasar Filipina - selalu sangat saya dengar nama ini meniti di bibir teman-teman tiap kali kalau bercerita tentang KK. Macam best aje bunyinya dan memang dah lama teringin nak ke sini. Bila dah pergi alalala, indah khabar... Barangan kat sini, agak mahal (kecuali makanan). FM aje mencecah RM10 - RM15; macam tak berbaloi aje nak beli duit pun takde bebenornya. Kawan saya kata, kalau pergi time weekend harga memang mencekik dan tercekik kerana ramai pengunjung. Kalau nak murah, datang time weekdays. Boleh pula macam tu, ya?? Barangan perhiasan berasaskan mutiara memang berlambak di sini. Sebut aje nak jenis/kualiti bagaimana semua ada. Pendek kata, sediakan aje ongkosnya kalau mahu singgah di sini. Kalau nak menawar di sini, berhati-hatilah. Silap hb, korang kena halau saya dah terkena dah  hehehe. Sekadar kenangan saya cuma menyambar sehelai t-shirt dan beberapa plastik kuih cincin dan jagung untuk di bawa pulang ke semenanjung sebagai ole-ole.

Oklah, lupakan Pasar Filipina. Kami singgah di pasar pagi (tak tahulah apa nama sebenarnya) yang terletak di bahagian belakang pasar Filipina. Enjoy jalan-jalan kat sini sebab terasa lebih dekat dengan masyarakat setempat dan teruja dengan barangan yang dijual; agak berbeza dengan barangan yang dijual di semenanjung. Harga, sudah tentu lebih murah kadangkala rasa macam tak logik pun ada dengan harga yang ditawarkan.

Ini yang paling saya tertarik. Percaya tak kalau saya katakan satu cup instant noodle ini berharga 50 sen?? Tak percaya? Sudah :D Tang rasa, jangan dipersoalkan kawan saya kata tak sedap huhuhu. Dengan harga 50 sen itu, agak-agaknya berapalah keuntungan yang diperolehi untuk setiap satu yang terjual? 10 sen? 20 sen? Emmm...

Barang kemas pun turut dijual secara terbuka di pasar ini hehehe.

Dari pasar pagi, kami terus ke pasar basah pula. Wow, sekali lagi rasa teruja mana taknya kalau di semenanjung jangan haraplah saya nak pergi melainkan kalau dah dipaksa :D. Harga, emm tak jauh beza pun dengan di semenanjung. Jadinya, pagi itu kami borong udang dan ketam - ini yang paling mudah untuk diuruskan/dimasak. Seterusnya, kami bergerak pula menuju ke Pasar Besar untuk mencari beras dan bahan masak yang lain seperti minyak, garam dan sebagainya.

Suasana di pasar basah.

Memang freshlah, geram aje melihatnya. Try tanya harga lobster, 1kg - RM120 errr tak apalah - tak mampu :D

Macam-macam ada. Harga tak taulah murah ke tidak - mak yang biasanya beli, saya tau makan aje :D

Seronok bila berpeluang masak beramai-ramai ne. Teringat zaman waktu di kolej dulu-dulu. Masak pun simple aje; campak-campak dah jadi. Apa bahan yang ada digunakan sebaik mungkin. Hasilnya walaupun takdelah sehebat peserta-peserta masterchef tetapi tetap enak bila dimakan beramai-ramai begitu (terpuji, takpekan? :D). Menu kami tengahari itu adalah sup ketam, udang goreng kunyit, rumpai laut dan sambal kicap. Sedap hingga menjilat jari :D.

Lunch kami - my fav. Masaklah macam mana pun, bisa membuatkan saya lupa orang sekeliling. Sup ketam + sambal kicap..masyuuukkkk! :D

Rumpai laut ini kalau tak silap dijual dengan harga RM2-RM3/sepinggan. Dijadikan ulam.

Petang itu, sekali lagi kami kembali ke pasar Filipina. Katanya ada pasar petang itu menjual pelbagai jenis seafood bakar. Memang nampak menyelerakanlah tetapi tengahari itu pun dah makan seafood kami sekadar mencuci mata sahaja. Pusing-pusing pasar sebelum kembali ke apartment, bersiap dan terus ke airport. Selamat tinggal KK, kalau ada rezeki memang saya mahu kembali ke negeri di bawah bayu ini bersama-sama family.

2 comments:

  1. wow...round kk pagi-pagi buta siap cari barang masak tengahari lagi, memang respect lah...

    ReplyDelete