Pages

Friday, November 23, 2012

Laos : Part IV

11.11.2012 : Pakse - Ban Nakasang - Don Khone (4000 Island)

Laos : Part III

Hari baru bermula.

Subuh di sini seawal 4.43am dan sekitar 6.00am, hari sudah pun cerah tetapi aktiviti hanya berjalan sekitar jam 7.00am-8.00am. Pagi ini kami akan berangkat ke Don Khone Island iaitu salah satu pulau yang ada di gugusan 4000 Island (Si Phan Don) itu sendiri. Kenapa Don Khone dan tidak Don Khong yang menjadi pilihan backpacker? Alasannya mudah aje, budget. Walaupun guesthouse di Don Khone boleh dikategorikan sebagai mahal tetapi satu yang perlu kita tahu, tarikan utama 4000 Island terletak di Don Khone. Jika kami tinggal di Don Khong, kami perlu menyewa boat untuk ke Don Khone dan Don Det walhal Don Khone dan Don Det dihubungkan dengan sebuah jambatan. Bila dicampur-tolak, kos hampir sampai jika tinggal di Don Khone. Selain daripada itu, saya inginkan suasana yang lebih santai, jauh dari kesesakan 'manusia'' dan sebagainya. Satu malam di sini, saya rasa pilihan saya adalah tepat (moga teman-teman yang lain juga berpuas hati dengan pilihan ini).

80,000kip ($10)/person untuk minivan dan boat ke Don Khone Island.

Kami bergerak menuju ke Ban Nakasang dengan menaiki minivan dengan harga 60,000kip/person. Perjalanannya bermula seawal 8.00am dan memakan masa 2 1/2jam untuk tiba di Nakasang. Public bus ada tetapi tidak menentu.  Untuk boat pula, tambangnya adalah 20,000kip. Kenapa tidak sahaja membeli tiket boat di Nakasang? Alasannya mudah sahaja, untuk mengelak daripada ditipu. Tambang boat yang saya perolehi hasil survey sana-sini, untuk one way 55,000kip/person dikenakan. Banyak bezanya tu!!

Kalau dapat kenderaan yang dihadapan tu, best!!best!!! hehehe tetapi yang dibelakang tu pun dah Alhamdulillah. Yang penting selamat sampai tujuan :D

Dengan keadaan yang panas terik, aircond yang ada pun seperti tidak berfungsi. Saya habiskan masa dengan membuter hehehe (penat tau!!huhuhu). Kami tidak sendirian tetapi bersama-sama dengan pelancong lain yang ingin ke 4000 Island dan Cambodia.

Untuk makluman, boat transfer ke Don Khong terletak di Muong Khong. Di Nakasang, boat hanya akan membawa penumpang yang ingin ke Don Det, Don Khone dan Cambodia.

Pemandangan biasa menuju ke Nakasang.

Kami tiba di Ban Nakasang seperti yang dijadualkan. Bagus drivernya + handsome gitu!!hehehe. Beliau mempelawa kami untuk turut serta bersama 3 pelancong yang lain ke Khon Pha Pheng iaitu air terjun terbesar di southeast Asia dan terletak bersempadanan dengan Cambodia dengan tambahan tambang sebanyak 30,000kip/person. Oklah tu sebab waterfall ini memang termasuk dalam itinerary kami dan saya tak sangka ianya boleh diaccess melalui jalan darat kerana info yang saya perolehi rata-rata menyatakan kami perlu menaiki boat ke sana. Pantang dipelawa, kami terus bersetuju. Dah alang-alang,kan?

Jalanraya di sana memang lengang dari sebarang kenderaan.

Khon Pha Pheng - largest waterfall in southeast asia. Macam tak sangkakan, negara yang kurang menyerlah di mata dunia hakikatnya memiliki keindahan yang sangat luar biasa. Bayaran masuk 30,000kip/person dikenakan untuk setiap pengunjung.

Takut!! Cuba bayangkan kalau terjatuh di sini entahlah apa akan terjadi.

Di sini, pengunjung dibenarkan turun ke gigi air.

Di sudut yang berbeza.

Dah puas di Khon Pha Pheng kami kembali menuju ke Ban Nakasang. Oleh kerana tiket boat sudah pun berada di tangan jadinya tak perlu nak pening kepala lagi. Satu yang menarik, driver minivan seolah-oleh menjadi tour guide kami pula. Semua urusan beliau yang settlekan. Alhamdulilllah, lega sangat-sangat lebih-lebih lagi beliau boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Jadinya, kami hanya follow arahan beliau sahaja; kemana/apa yang patut dilakukan.

Perjalanan menuju ke Don Khone memakan masa hampir 45 minit. Tetapi tak tahulah kenapa, cepat bebenor sampainya walaupun pada awalnya kami tersadai di pulau yang tidak diketahui apa namanya kerana boat rosak. 15 minit menunggu sebelum boat baru tiba membawa kami ke Don Khone.

Penginapan di Don Khone telah saya settlekan dua bulan sebelum berangkat menerusi website Champasak. Pilihan saya ialah Xaymountry Residential dengan harga $9/night. Ini satu-satunya guesthouse termurah yang saya jumpa. Oklah yang penting selesa walaupun lokasinya tidak berada di pinggir Sungai Mekong. Kami ambil 2 bilik (ada dorm di sini tetapi harga pun lebih kurang dengan standard room, jadinya baik saya ambil bilik sahaja - lebih privacy).

Jadinya, kita rehat dululah ye..

Ban Nakasang

Kaunter tiket untuk boat Nakasang - Don Det/Don Khone

Pemandangan Ban Nakasang dari boat.


Don Khone Island. Di hadapannya adalah Don Det.

Resort mewah di Don Khone.

Inilah penginapan kami di Don Khone, Xaymountry Residential

Alhamdulillah, lebih dari cukup - yang penting selesa sangat-sangat :)

Info Tambahan:
Website : Champasak

*bersambung untuk aktiviti seterusnya di Don Khone Island.

19 comments:

  1. Wow ka aliran waterfall itu sepertinya seru buat arena arung jeram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. arun jeram?hohoho, lupakan sahaja mita..sangat bahaya..ada satu lokasi utk buat arung jeram di sana, tidak jauh dari vientiane..

      Delete
  2. bestnyer dapat driver minivan cam gini, tak perlu menyusahkan diri kan...macam best jer tempat stay dekat don khone tu, klasik gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezekilah, Orga..tak sangka sepanjang kami di sana semuanya menjadi mudah..Alhamdulillah..

      Delete
  3. suka gambar pemandangan dari boat tu, nice!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, bila lagi??jom, laos hehehe

      Delete
    2. ish.. jangan menggoda zilla.. tak tahan digoda nih.. hehehe
      =)

      Delete
  4. Gile best makan tembikai kat tmpt nih... heavennnnn gilos + paling sedap.. lagi2 fridge tu, kite yang punye.. hehhheee.. makan sampai 2 bijik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tembikai tawar..tak sedap!!hahaha..tapi tembikai yg korang beli kat luang prabang tu memang sedap gilos!!manis+bersari..makan pula dgn ditemani deruman air terjun, wahhh aku pun dah hampir lupa diri macam korang semua hehehe...

      Delete
  5. Replies
    1. err tak taulah deras ke tidak, tapi saya nampak ganas :D

      Delete
  6. Tok sami pun bawak camera ... kelass you

    ReplyDelete
  7. ada pakai simcard sana x? plan nk ke sana risau klu xde tenet

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimi, sorry lambat reply..

      emm, saya mmg takde beli pun simcard sana....kawan2 saya pun takde yg beli...maaf tak dpt bantu untuk info mengenainya...

      Delete