Sumatera Selatan - memang tiada dalam agenda saya untuk menjejakkan kaki ke sini, gara-gara frust dengan 'sesuatu' inilah hasilnya huhuhu. Tiket pun dibeli beberapa minggu sebelum berangkat; dapatlah dalam RM126/return. Sejujurnya, satu cabaran untuk menyiapkan itinerary untuk trip kali ini. Info di intenet dan buku LP, amatlah terhad. Saya buntu; tak tahu apa yang boleh saya lakukan di sini. Saya join group backpacker Palembang; masih juga tidak berjaya mendapatkan info yang saya inginkan. Jadinya, saya ambil keputusan untuk terjah sahaja dan dalam masa yang sama saya mengharapkan bantuan dari Mita, blogger dari Palembang yang saya kenali dari tahun 2011 lagi. Apa yang disusun oleh Mita? Apa yang saya tahu kami akan ke Gunung Dempo, selebihnya surprise!!! hohoho..
Untuk makluman teman-teman, flight Kuala Lumpur - Palembang berlepas setiap hari jam 5.00pm (ruginyalah, kalau dilewatkan lagi, kan bagus?? boleh jimat cuti huhuhu) dan dijangka tiba di bandara Mahmud Badaruddin II sekitar jam 5.25pm.
Serius dah lewat. Saya ada 1 jam sahaja untuk tiba di LCCT sebelum gate close. ERL, confirm tak sempatlah. Yang ada dalam kepala saya cuma, teksi. Teksi ke LCCT? Hoh, memang confirm melayang duit. Setelah ditawar-tawar, muktamad RM70. Mahalkan? Pada saya sangatlah mahal. Mana taknya, saya perlu cover bayaran untuk pulangnya sekali (giler sengal!!! Apa kes saya pulak yang kena tanggungkan???).
Serius dah lewat. Saya ada 1 jam sahaja untuk tiba di LCCT sebelum gate close. ERL, confirm tak sempatlah. Yang ada dalam kepala saya cuma, teksi. Teksi ke LCCT? Hoh, memang confirm melayang duit. Setelah ditawar-tawar, muktamad RM70. Mahalkan? Pada saya sangatlah mahal. Mana taknya, saya perlu cover bayaran untuk pulangnya sekali (giler sengal!!! Apa kes saya pulak yang kena tanggungkan???).
"bang, drive selaju mungkin. Flight saya jam 5.00pm"
Memang giler pecut kami petang tu. Tiba-tiba..
"bummmmm!!!"
"makkkkkk!!!" saya menjerit sambil menutup mata dan telinga sebab ketakutan.
Cermin depan teksi, pecah dan berkecai!!
Ya, Allah!!! Apa makna semuanya ini?? Saya lihat jam, ada 25 minit sahaja lagi sebelum semuanya terlepas. Waktu ini saya tawakal sahaja. Jika ada rezeki, akan terbanglah saya petang itu. Jika tidak, memang tak boleh nak buat apa. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku. Driver teksi dah bising-bising, mengeluh tak sudah-sudah. Salah saya, kah??? 10 minit tersadai di pinggir jalan berdekatan trek F1, Sepang. Sepanjang itu jugalah, saya membisu seribu bahasa - takut ok!! Hinggalah perjalanan diteruskan semula dengan kelajuan seminimum yang boleh huhuhu. Mungkin dah rezeki, saya berjaya tiba di LCCT tepat jam 4.30pm. Apa lagi, pecut tak ingat dunialah. Tak kisahlah orang pandang, ke apa. Yang penting sekarang saya berjaya meloloskan diri sebelum semuanya terlambat. Kaunter imigresen kosong - Alhamdulillah. Terus turun ke bawah untuk verify doc dan langsung bergerak menuju ke pesawatnya. Syukur semuanya selamat.
"Mita, saya pakai tudung dan baju grey, begnya pink. Jumpa di bandara ya.."
Perjalanan Kuala Lumpur - Palembang mengambil masa 1jam 25minit dengan perbezaan waktu 1 jam. Perjalanan sangat lancar - syukurlah cuaca sangat bagus petang itu. Pemeriksaan imigresen di airport Palembang agak ketat. Jadinya, serahkan semua dokumen yang berkaitan.
"mau ke mana ini"
"err, Pagaralam pak"
"tidur di mana? rumahnya teman?"
"tidak pak. camping di Gunung Dempo.."
"mau ke Gunung Dempo? Tak sayang nyawa namanya itu..."
"err kenapa pak??"
"cuaca tak bagus saat ini. Hati-hati ya.."
"err kenapa pak??"
"cuaca tak bagus saat ini. Hati-hati ya.."
"err doakan saya pak.."
Terus saya blah...
"kak zila!!!"
Alhamdulillah, mita sudah tersedia menanti saya bersama-sama Pak Yayat. Selesai edisi muahhh, muahhh kiri dan kanan (hehehe), kami terus menuju ke mobil/kereta untuk menuju ke Stasiun Kertapati yang terletak kira-kira 10km di pinggir kota Palembang. Malam itu saya dan Mita akan berangkat ke Lahat; transit di situ sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Pagaralam. Tambang, Rp80,000 untuk bisnes class dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Sebelum itu, kami singgah di Vico untuk pekena Model. Errr bukan model di pentas peragaan tu ye tetapi sejenis makanan asli Palembang.
Untuk makluman kawan-kawan, ada direct bus Palembang - Pagaralam yang berangkat sekitar jam 9.00am dan 5.00pm setiap hari (2 kali sehari). Selain dari bus, ada juga travel (minivan) terus ke Pagaralam. Kelebihan menaiki travel ini, penghantaran dan penjemputan adalah hingga ke muka pintu kediaman/hotel masing-masing tetapi kelajuannya bisa membuatkan isi perut korang berterabur di atas lantai (nanti saya ceritakan pengalaman menaiki travel hehehe).
Untuk makluman kawan-kawan, ada direct bus Palembang - Pagaralam yang berangkat sekitar jam 9.00am dan 5.00pm setiap hari (2 kali sehari). Selain dari bus, ada juga travel (minivan) terus ke Pagaralam. Kelebihan menaiki travel ini, penghantaran dan penjemputan adalah hingga ke muka pintu kediaman/hotel masing-masing tetapi kelajuannya bisa membuatkan isi perut korang berterabur di atas lantai (nanti saya ceritakan pengalaman menaiki travel hehehe).
"Pak, kenapa ya susah untuk saya dapatkan info mengenai wisata yang ada di Palembang?"
Macam tak wajar aje soalan saya ini tetapi saya perlu tahu kenapa Palembang tidak menonjol seperti daerah-daerah lain yang ada di Indonesia seperti Jogja, Jakarta, Bali dan sebagainya. Kalau dilihat dari segi pemodenan, Palembang juga tidak kalah hebatnya. TransMusinya juga lebih efisien berbanding di Jogja. Setelah dikorek-korek ceritanya, rupa-rupanya Palembang terkenal dengan kisahnya yang kurang bagus. Tetapi menurut Pak Yayat, ianya seperti kisah terpencil. Maksud saya ianya berlaku di luar kota Palembang tetapi bak kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.." dan inilah kesannya, Palembang tidak terlalu menonjol. Di samping itu juga, kurangnya inisiatif yang diambil oleh pihak tertentu untuk memperbetulkan tanggapan ini dan mengangkat keunikan Palembang dan Sumatera Selatan ke level yang sepatutnya. Jadinya, keunikan ini hanya kekal di tahap itu sahaja.
Oklah tak nak membebel yang bukan-bukan.
Sindang Marga - inilah yang akan membawa kami terus ke Lahat. Tiketnya boleh dibeli secara online di website kereta-api.co.id
Train dijadualkan berangkat jam 8.00pm tetapi nan-ado. 30 minit kemudiannya baru berangkat.
"kak zila, awas ya. Perhati kelilingnya. Jika terlihat ada yang mencurigakan, jauhkan diri. Jangan disentuh atau dihembus asap rokok ya.." - kata mita, antara kaedah pukau yang masih wujud di sana.
"Awas, kameranya jangan dikeluarkan kak. Rawan ini.."
Kipasnya cuma ditengah-tengah gerabak. Kami yang berada dihujung, apa pun tak rasa huhuhu.
Aduh, saya sangat cuak ok!! Tak pernah saya rasa secuak ini waktu menaiki keretapi. Tiba-tiba, lain pula yang berlaku. Saya perasan lampu semakin malap, malap dan "pubbbb" - langsung blackout. Apa pun tak nampak. Gelap-gelita.
"apa pulak ne??" - berdebar-debar dibuatnya.
"awas, kak barangnya."
Mujurlah mita ada bawa lampu suluh. 2 minit berikutnya, lampu kembali menyala dan tidak lama selepas itu, sekali lagi blackout. Ya Allah, seram!! Kalau saya sendiri waktu itu, sure saya menangis ketakutan. Serius, gelap apa pun tak nampak.
Saya dan Mita duduk satu bangku seorang secara berhadapan. Setelah lampu di dalam train kembali berfungsi kami mengambil peluang untuk berbaring sambil melayan kantuk masing-masing. Suasana seperti duduk di dalam microwave ok. Giler panas!! Baju saya basah dengan peluh. Kenapa tidak dibuka tingkap? Alasannya satu sahaja 'rawan' atau bahaya. Bak kata Mita, takut kerompakan. Emmm, saya tak nak ulas lebih panjang mengenainya.
Walaupun kepanasan, saya lena tertidur. Mungkin kerana keletihan, cuma sesekali tersedar untuk membetulkan lenguh-lenguh. Tepat jam 3.25am, kami tiba di Stasiun Lahat. Sunyi sepi menyambut kami.
Info:
* Dari bandara menuju pusat bandar, bus TransMusi disediakan dengan tambang Rp4,000/sehala. Bus terakhir adalah pada jam 6.00pm. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan pintu masuk keberangkatan domestik/international.
*bersambung.
Semakin penasaran dengan kisah selanjutnya,hehe
ReplyDeleteowhh, moga2 mood saya baik utk lanjutan kisah seterusnya ;)
Deleteaduhaii... awal2 lagi dah macam2 dugaan... teringin nak tahu kisah yang menyebabkan palembang 'tenggelam'.
ReplyDeletecepat2 sambung.. =)
bab itu tak boleh ceritalah anne..agak sensitif isunya..saya tak berani nak publish di sini..nantilah bila2 kita jumpa, saya cerita detailnya..ada kaitan dgn Lampung juga ;)
Delete*owhh sambgannya, tunggu saya balik dari sinun dululah ye ;)
faham bila melibatkan isu2 sensitiviti banyak benda nak kena jaga & agak bahaya kalau publish... kalau cerita harus kena off record.. tapi tetap nak tahu jugak.., gediks, kan? hehe ;-)
Deletemudah2an semuanya selamat, Zilla.. =)
anne, nanti2lah saya cerita ya..hopefully time tu saya tak lupalah hehehe
Deletebila baca semua pesanan mita, agak gerun jugak kan??
ReplyDeletegerun dan takut..
Deleteutk travel solo ke sini especially ladies, saya memang tak sarankan..bahaya...
ala zila...nak tau jugak sejarah palembang ni, tangan badan semua dah terketar-ketar nak tau, macam citer suspen pulak. aku pun takut jugak santau-pukau semua ni, macam tak percaya, tapi bila member aku sendiri kena, teruk pulak tu, baru nak percaya...
ReplyDeletedah ada saya cerita sikit2 sebenarnya kalau perasan hehehe..mungkin kalau nak lebih detail, google ajelah mengenainya..emm, ada satu tempat yang terkenal dgn bab pukau memakau ini tapi nanti2lah saya cerita di mana hehehe..
DeleteEeee takut nk ke sana :-)
ReplyDeletelor, awatnya takut??sana ok selagi kita ok..jgn risaulah..itu semua pengalaman :)
Deleteeh..my fren pom bawu blk dr palembang..
ReplyDeletedie g bangka belitung..
laskar pelangi katanya =D
wow, best tu wak..saya pun tingin nk ke negeri laskar pelangi..err dia naik feri ke bangka dulu kah?
Deletewaktu backpacking ke sumbar (sumatera barat) ada juga dengar cerita sikit tentang area Palembang..hmm betul cakap zilla, mungkin agak sensitif kalau nak cerita kat sini. tapi et cuma tau sikit jer ceritanya, teringin nak tau secara details plak ni..huhu
ReplyDeletepsttt, ceritalah Et..manatau Et punya version agak berbeza dgn apa yang disampaikan kepada saya...email ekk?? hehehe
Deletetak sabar nak tunggu entry seterusnya.. mesti ada yang menarik disana
ReplyDeletehaih, sambungan tu dah semestinya cuma menarik atau tidak, tu saya tak berani nak jamin hehehe
DeleteSalam ukhwah.. saya suke sangat blog pasal travel nih..support me new blogger..follow me back ya..
ReplyDeleteHi nazeef..salam perkenalan dari saya :)
DeleteSaya pun baru balik dari Palembang. Probably boleh cakap the worst trip ever to Indonesia. Bila balik semua kawan-kawan dari Indonesia terkejut sebab memilih ke Palembang sbb kes kriminal tertinggi di seluruh Indonesia. For me, i wouldn't recommend for my friend. But Dempo is stunningly beautiful.
ReplyDeleteworst? tak sabar saya dah baca ur experince di blog hehehe.saya oklah, nak kata worst tu tidaklah tetapi kalau utk repeat mungkin tidaklah kecuali ada yang ingin sponsor tiket ke sana ::D
Delete