Pages

Sunday, April 7, 2013

Penang : Ryokan Hostels

30.03.2013 : KL - Penang

Penang - apa yang boleh katakan ini trip mengejut. Kitaorang ambil masa seminggu untuk settlekan semuanya; transport, hostel dan sebagainya. Kalut jugalah dibuatnya sebab masing-masing agak busy dengan kerja-kerja di office. Apa yang kitaorang cari di Penang? Semuanya gara-gara info yang kami dapat dari majalah Travel 3Sixty AirAsia tentang World Music Festival yang bakal berlaku di Penang.

Kami bergerak menuju ke Butterworth dengan menaiki train. Itu ajelah pengangkutan yang agak selesa dan murah. Oleh kerana beli tiket train pun last minute, so yang tinggal hanyalah upper sleeping bed. Belasah ajelah, kan dari takde. Harga tiket RM34/one way. Train dijangka bertolak jam 11.00 malam dari KL Sentral tetapi atas sebab-sebab teknikal ianya delayed dan bergerak menuju Butterworth sekitar jam 12.00 tengah malam - sejam lewat fuhhhhh!!! Letak kepala, lena - penat ok!! Saya sedar pun bila train dah melepasi station Bagan Serai. Sungguhlah lena huhuhu.

 
Melepasi Bukit Mertajam - indahnya hidup...

Kami tiba di Butterworth sekitar jam 8.00am; breakfast di food court belakang train station dan terus menapak menuju ke terminal feri. Tambang feri, RM1.20 je - murah sangatlah hehehe. Untuk 2 hari ini, kami telah menyewa sebiji kancil untuk memudahkan pergerakan. Ikut perjanjian, sewa sebenarnya adalah RM50/day. Tetapi kereta yang diberikan dalam keadaan yang teruk. Bila kami request kereta baru tiba-tiba harga jatuh kepada RM25/day. Terfikirlah juga, err kerete curi ke apa ne sebab terlalu murah tetapi tak mungkinlah kan??hehehe. Bukan senang nak dapat harga semurah (RM50 untuk 2 hari) tu lebih-lebih lagi di Penang hehehe. Paling best, kereta yang kami dapat kali ini keadaannya jauh lebih baik dari 1st kereta yang kami dapat. Alhamdulillah.

RM25/day. Tak percaya? Percayalah!!!hahaha - Alhamdulillah, rezeki tu...

Semua dah settle, kami menuju ke Ryokan 'chic' Hostels yang terletak di Muntri Street. Segala urusan kami berinteraksi secara terus dengan Ryokan. Full payment dilakukan beberapa hari sebelum berangkat. Oleh kerana kami berempat, so kami mengambil private room dengan harga RM35/person termasuk breakfast. Harga yang berbaloi.

Jom, kita pusing-pusing di Ryokan.

Dari luar pun dah terasa 'wow' nya...


 


Our room  - sangat selesa dan bersih


 Reading corner

Ini yang kami kejar sebenarnya. Berlangsung pada 30 - 31 Mac 2013 di Botanical Garden, Penang

*bersambung untuk Penang World Music Festial

8 comments:

  1. Naik train...seronok...last sekalik naik KTM tren malam ada tmpt tido waktu kecik nak ke langkawi...

    ReplyDelete
  2. penang terlalu dekat dgn kampung saya..sampai kalo orang tanya kampung saya kt mana, saya jwb penang hehe

    tapi sebab tu jarang join event2 kt penang huhuu

    ReplyDelete
  3. dalam perancangan aku jugak tahun untuk pusing-pusing penang, hehe...banyak tempat makan best...serius murah sewa kereta tu zila, 25 hinggit sari, perhh...kalau bahagi 4, berapa jer kena bayar...jimat betoi...

    ReplyDelete
  4. zilla awat x habaq mai penang, bleh sya jd pmandu plancung free

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  5. salam..bly x sy nak contact tok kete sewa tue..nk g penang la..

    ReplyDelete
  6. salam,bly xbg kontek kreta sewa tue..nk p penang la mggu nie..huhuhu

    ReplyDelete
  7. hi aroul..

    saya tak rekemankan awak sewa kereta di tempat yang kami ambik ini..ada peristiwa tak best yang jadi..untuk tutup silapnya, tu yang dapat harga murah macam tu...

    ReplyDelete
  8. Nak tanya....kad mana nak sewa kereta di penang...pls...infonya...thanks

    ReplyDelete