Menghitung waktu. Namun masih ada beberapa perkara yang belum settle. Situasi biasa, tu kan? hehehe Saya rasa inilah trip yang paling memeningkan (tak tahulah kawan-kawan yang lain macam mana); dengan pergolakan yang berlaku di Sabah, isu keselamatan, transport, itinerary, flight KK - Clark yang dibatalkan dan sebagainya; rasa macam nak muntah hijau dibuatnya huhuhu (tak begitu tasyha). Dari 8 orang yang sepatutnya berangkat menjadi 6 orang. Tak berani nak lebih-lebih cuma satu sahaja yang saya mohon moga segalanya akan berjalan lancar hinggalah tarikh itu tiba. Mujurlah jugalah kali ini cuti diluluskan tanpa banyak soal (harap-harap keadaan ini kekal sampai hujung tahun huhuhu).
Itinerary
Trip kali ini dipecahkan kepada 2. Makati/Manila hanya dijadikan sebagai tempat transit bagi untuk menuju ke destinasi utama - tengok pada itinerary, sure lembik kami nanti kerana super duper kepenatan.
Asalnya ingin ke Banaue sahaja yang terkenal dengan rice terraces nya yang dikatakan berusia sekitar 2000 tahun (erkkk!!) dan telah mendapat pengiftirafan oleh UNESCO kerana keunikannya. Dah nama pun suka buat kerja giler/suka cari penyakit, kami mengambil keputusan untuk melanjutkan perjalanan terus ke atas untuk melihat windmills di Ilocos Norte dan Pagudpud untuk melihat keindahan pantainya.
Clark - Banue - Sagada - Baguio - Pagudpod - Vigan - Makati
Bahagian ke-2 pula, kami akan ke bawah Luzon untuk Legazpi yang terkenal dengan Gunung Mayon yang masih aktif dan Donsol untuk melihat whaleshark sebelum kembali semula ke Makati. Hopefully, cuaca menyebelahi saat ini.
Makati - Legazpi - Donsol - Makati
Untuk baki hari yang ada, pusing-pusing Makati sampai lebam.
Transport
Sejujurnya bukan perkara mudah nak dapatkan info mengenai public transport di Philippines. Kalau ada pun, infonya amat sedikit dan tidak seperti yang diharapkan. Penggunaan teksi di sini agak kurang digalakkan untuk mengelakkan kena 'pow kaw-kaw'. Untuk explore bahagian atas, setelah dicampur-tolak dengan pelbagai perkara kami telah sepakat untuk mengambil tour pakej. Harga? Tunggu saya balik, nanti saya akan detailkan mengenai perbelanjaannya - tercekik jugalah dibuatnya tetapi pejam mata ajelah. Bukan selalu pun travel macam ini hehehe. Di Makati dan Legazpi-Donsol, kami membuat keputusan untuk menggunakan public transport sahaja kerana budget yang agak terhad. Manakala bagi Manila - Legazpi, kami menggunakan method pengangkutan udara untuk menjimatkan masa (mujurlah Cebu Pasific ada buat promo, kalau tidak sure kematu montot atas bas :D).
Penginapan
Lucky sebab zaman la ne kita ada kemudahan internet (selain dari buku). Tripadvisor sangat membantu untuk mendapatkan penginapan terbaik based on reviews yang diberikan oleh traveller. Makati Apartelle, Where 2 Next, Mayon Backpacker Hostel antara tempat penginapan yang menjadi pilihan kami. Villa JoLee Lodging juga diperolehi hasil google sana-sini. Harap-harap segalanya indah (selesa) seperti yang diperkatakan. Yang penting lepas untuk melepaskan lelah seketika.
Makanan
Bab makan, memang tidak ada pilihan. Makanan halal memang terhad (kecuali di Manila/Makati). Apalah pilihan yang kami ada selain mengangkut semuanya dari sini. Dari beras, kicap, maggi, tepung goreng cekodok kepada jajan/kudapan; semuanya perlu ada. Mujurlah kebanyakan hostel yang akan kami singgahi menyediakan kemudahan dapur untuk memasak. Saya kira satu bonus untuk kami semua. Pembahagian makanan mengikut menu dan hari telah pun kami settlekan Sabtu lepas. Harus gagahlah masing-masing nak mengangkutnya :P.
Fuhhh, nervous!!! - harap2 berat badan boleh turun 10kg lah sepanjang trip ini :D
*Kredit untuk Tasyha, Shahrul, Yana, Pijah Pelangi dan adik..
haha...bawa barang asas dari rumah... ni backpacking apa mau camping ke gunung ke? untung tak bawa stove sekali....:)
ReplyDeletesememangnya begitu caranya kalau travel ke negara non-muslim, Irdhi..biasa bersusah payah asalkan kita tahu sumber makanan itu dari mana asalnya..ini bukan 1st time kami lakukan..travel ke mana aje, sure bahan makanan kami akan bawa dari rumha..sekurang2nya boleh jimat budget + tak perlu nak susah payah cari tempat makan..
Deletehmm....mesti ada seksyen khas untuk konsumsi ni...
Deleteanyway, hati2 je.... mana tau orang Filipin masih sentimen...;)
seksyen khas?maksudnya?hehehe..sorrylah, pagi2 ne mmg blur sikit Irdhi :D..Insyallah dan terima kasih..doakan kami pulang dgn selamat ya hehehe *gaya mcm nak pergi berperang aje hahaha
Deletetak sabar nak tunggu citer jalan2 cari pasal kali ni.. cepat2 update ye...
ReplyDeletehehehe..lama lagilah jawabnya ;)
Deletehehe.. just came back from manilla!! awesome country! awesome people! =)
ReplyDeleteDah la AA buat pasal reschedule flight sampai 5x..
ReplyDeleteBerjujuran air mata aku buat itinerary tmpt ni..negara sebelah je, tp mcam nk pitam dapatkan info..ada lonely planet pun, x banyak membantu..
kite doakan yang terbaik.. amin..
p/s: kalo AA reschedule flight lagi, confirm aku nangis guling2..
Saya nervous!!! Insyaallah mudah-mudahan semuanya selamat, yang pasti apa yang dilalui kat sana nanti adalah pengalaman baru. Jumpa Jumaat ni,hehe. :)
ReplyDeleteJard >> cepat2 update...tak sabar nak baca ne hehehe
ReplyDeletetasyha >> cukup2lah 5x derang reschedule..kalau ada lagi, bukan ko aje nangis guling2 yang lain pun akan turut sama gak tau hehehe...
*Amin..mudah2an segalanya berjalan lancar
pijah >> nervous juga ke?hahaha..tak taulah apa yang menanti kita di sana nanti..langsung takde bayangan ne ehehehe...Insyallah, jumpa Jumaat ne ;)
Go and have fun! Take a good care of yourself! :D
ReplyDeletewah menarik ni pergi philippines....tak pernah plak study mana nak pegi kalo ke philippines ni..thanks bagi info...tak sabar nak tunggu hapdet wpunnn lamaaa lagi...hehehe have a safe journey ya!
ReplyDeletezara >> Insyallah hehehe
ReplyDeleteDJ >> wahh, syoklah org tu baru balik dari Europe.jeles tau hehehe.tunggguuu!!!tak lama pun, 2 minggu lagi hehehe...
haha keroje...tp smbil nyelam minum air la...hehehe rezeki....hehehe
Deletehahaha..peluang tu..haruslah :D
DeleteAnd even in Manila/Makati, I heard the halal food is so limited. KFC diorang pun tidak halal franking speaking. But anyway, wish you have a great trip and looking forward for your trip. =D
ReplyDelete