Pages

Tuesday, April 2, 2013

Sehari di Brunei

Brunei - memang dah lama teringin singgah ke negara jiran kita ini tetapi ada sahaja perkara yang membatalkan niat hehehe. Jadinya bila tasyha offer untuk masuk ke Brunei dari Miri, umpama bulan jatuh ke riba. Rugilah kalau kata tak nak, kan? hehehe. Jadinya berbekalkan wang sebanyak $20, kami berempat pun bergerak menuju ke Brunei.

Ada 2 tol yang akan ditempuhi sepanjang perjalanan. Pertamanya tol Sungai Rasau dengan kadar bayaran RM10 (bergantung kepada jenis kenderaan). Tol yang kedua, bila memasuki Brunei dengan bayaran $3. Bagi pemeriksaan imigresen pula, seperti biasalah imigresen Malaysia (cop passport) dan di Brunei. Cuma waktu memasuki imigresen Brunei make sure borang kebenaran sementara bagi kenderaan telah pun diisi. Kalau takde borang tu minta aje di kaunter, isi borang dan kembali ke kaunter imigresen untuk pengesahan borang dan juga passport.

Isi borang ini selengkapnya.

Kami bergerak sepanjang 4 hari di Miri - Brunei berpandukan 'benda alah' ini - besar sungguh jasanya pada kitaorang hehehe.


Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam untuk tiba ke Bandar Seri Begawan. Sepanjang perjalanan, tak terasa pun macam berada di negara orang; maksud saya pemandangan di kiri-kanan takde beza pun seperti pemandangan di Malaysia. Oleh kerana waktu pun dah tengahari, kami terus menuju ke Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah yang terletak 4km dari Bandar Seri Begawan. Kagum dengan keindahan dan senibina dalamannya. Sayangnya kamera tidak dibenar digunakan di dalam dewan solat. Alhamdulillah, di sini kami sempat menunaikan solat Jumaat bersama-sama dengan jemaah yang lain.

Ya, cuaca mendung dan hujan waktu kami di Brunei tetapi takdelah sampai cancel semua plan. Redah ajelah huhuhu

Dari masjid kami menuju ke Kampung Ayer atau pun ada yang menggelarkannya sebagai Venice of the east'. Opps sebelum itu, singgah di mall yang terletak di hadapan jeti Kg Ayer ini untuk cuci mata. Err fridge magnet di sini rata-rata berharga $5 dan ke atas - tak mampu nak beli sebab duit cuma ada $20 sahaja huhuhu.

"kak, di sini mana saya boleh cari local foods ya?"

"err, tak tahu.."

Itu jawapan yang saya dapat. Ingatkan bolehlah try kuliner asli Brunei tetapi takde maknanyalah. Alih-alih kami bergerak menuju ke food court yang berada di tingkat atas.

Bakso - datang jauh-jauh, alih-alih bakso yang berjaya membuka selera saya hehehe. Tetapi ini bukan original bakso lah..sup yang digunakan adalah sup tulang (boleh rasa lemak2 melekat di lelangit huhuhu).

Perut dah terisi, kami kembali ke jeti. Ada seorang pakcik offer $30/boat utk ke keliling Kg. Ayer dan extra $10 untuk tengok monyet cute (Proboscis Monkey - monyet hidung panjang).

Rumah penduduk.

Ini sekolah ya, kawan-kawan...

Kapal membawa pasir. Mana destinansinya? Saya tak tahu hehehe

Inilah yang ditunggu-tunggu. Tapi yang ini sangat jual mahal, langsung tak nak pandang kamera. Saiznya? Emm memang besarlah untuk yang dewasa.

Comelkan? Sayangnya hidungnya yang mancung terlindung di balik dedaun yang merimbun.

Puas menyelusuri sungai, kami kembali ke jeti. Oleh kerana hari pun dah agak lewat (sekitar jam 3.++pm), kami mengambil keputusan untuk bergerak kembali ke Miri.  Tiba di Miri pun dah lewat, lepas aje makan terus masing-masing layan kantuk.

19 comments:

  1. Kat Brunei ni macam tak ada apa yang nak ditengok sangat kan... sekali ronda je dah habis. Nak menginap pulak punyalah mahal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.....bab penginapan mmg mahal,paling murah pun di Wisma Belia...

      Delete
  2. haiwan ape tu? mcm orang utan takpun monyet? tp lebih kepada orang utan versi kurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..adik-beradik monyet tu, Henry Fox..spesis yang terancam dan hanya boleh dilihat di bbrapa tempat sahaja...

      Delete
  3. brunei bukan negara yang kaya ker, apsal tengok rumah macam dengan sekolah macam negara miskin pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. no komen lah bab tu hehehe..penempatan atas air, apa sgtlah yg blh dilakukan ;)

      Delete
    2. umah nampak macam tu, tapi duit banyak.. o yeah.. :)

      Delete
  4. ha....di sini namanya Bekantan....itu jadi maskot dari Dufan - Ancol....

    ReplyDelete
  5. hi zila, saya pegi brunei dlm 2 tahun lepas
    memang rasa mcm kat terengganu pun ada. masa tu bayar 50BD kot utk tour kampung ayer. kat area probiosis monkey ni ada buaya kan? cuak kami masa tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak tahu, ada group mat salleh tu kena $300 tau utk tour tu..giler mahal huhuhu..mujur kitaorg cuma kn $40 aje itu pun jenuh mnawar hehehe..yupp sg tu mmg ada buaya..cuak mmg cuak tp dah nmpk monyet cuak jadi teruja :D

      Delete
  6. Hai Zilla. Tadi baca post pasal Johor kemudian nampak pulak travel list awak tu. Btw, untuk pengetahuan, tak semua rumah kat Brunei macam yang di Kampong Ayer tu :) Rumah di darat kebanyakkannya rumah batu. Hehehe. Tapi memang setuju bila cakap hotel kat sini mahal and tak banyak sangat di tengok. Lain kali, kalau datang sini lagi, pergi ke Restoran Aminah Arif. Kat sana ada di sajikan makanan Brunei. Pernah dengar Ambuyat tak? Haa, try la nanti ;)

    ReplyDelete
  7. Salam, yang dilawati cuma sedikit dari Bandar Seri Begawan

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya banyak lagi yang belum dilawati oleh Zila. Cubalah pergi ke Temburong, Tutong dan Belait.

    ReplyDelete
  9. Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah tu masjid yang kubahnya diselaputi emas ye?

    ReplyDelete
  10. teringat business trip ke brunei bebrapa buln lps.. brunei sgt2 tenang...love it

    ReplyDelete
  11. ask permission to share your article on our blog :
    BruneiShare Information About BRUNEI DARUSSALAM
    http://virtual-bruneidarussalam.blogspsot.com

    thanks

    ReplyDelete