Pages

Friday, May 31, 2013

Fun.Philippines : Day 6 - Memburu butanding

02.05.2013 : Donsol

Fun.Philippines : Day 5 - Hello Donsol!!

Masih lagi di Donsol. Hari ini agenda utama nak tangkap tengok whaleshark/butanding. Besar harapan tu walaupun semuanya bergantung kepada rezeki. Maklumlah nak tengok pun di lautan lepas dan bukannya di zoo, jadinya tak boleh nak terlalu berharap nanti frust


Apa-apa pun, wajib isi form yang disediakan oleh Donsol Tourist Center/Butand­ing Inter­ac­tion Offi­cer (BIO). Inilah satu-satunya cara untuk mereka mengawal jumlah boat dan pelancong pada satu-satu hari. Limit untuk sehari cuma 30 buah bot sahaja dibenarkan untuk berlepas. Selepas isi form ada briefing oleh pihak BIO; perkara-perkara yang perlu diberi perhatian agar tidak mengancam nyawa kedua-dua belah pihak (pelancong dan whaleshark itu sendiri). Satu bot hanya memuatkan sehingga 6 orang pelancong dengan harga 3,500 pesos/boat dan 300 pesos/person perlu dibayar untuk pendaftaran. Alatan snorkeling sebaiknya dibawa sendiri tetapi kalau takde boleh disewa dengan kadar 300 pesos/set (siapa cepat dia dapat). Terdapat 3 sesi untuk melihat whaleshark ini iaitu 7.30am, 10.30am dan 12.30pm dengan tempoh 3jam untuk satu sesi.


Kami mendapat maklumat pada hari sebelumnya butanding muncul sekitar jam 11.00am dan atas saranan ramai pihak, akhirnya kami membuat keputusan untuk memilih sesi kedua, 10.30am.. Ngam-ngam sampai, kelihatan bot-bot yang ada sedang berkerumun di satu tempat dan pelancong ramai yang dah terjun ke dalam laut. Apa lagi, wakil dari Bio meminta kitaorang untuk bersiap sedia dan setelah isyarat terjun diberi apalagi semua terjun (err cuma 3 org aje yang sempat terjun hehehe). Adalah video butanding ini yang sempat dirakamlah oleh tasyha (siapa nak tengok boleh minta padanya, saya malas nak upload kat sini hehhee).
Sian mamat ne berjemur tengah panas untuk mencari tanda-tanda kehadiran butanding.
Gambar dari Mr. Google
Rupa-rupanya itulah sahaja butanding yang muncul pada hari ini. Sepanjang 3 jam kami di tengah lautan, memang langsung takde tanda-tanda kehadiran butanding yang lainnya. Frust tetapi oklah at least ada juga dikalangan kami yang sempat tengok butanding secara live dan tak perlu nak extend untuk tinggal di Donsol. Dari BIO kami kembali semula ke homestay untuk berehat sebentar sebelum kami bertiga membuat keputusan untuk ke pasar yang terletak 3km dari homestay dengan tricycle. Kali ini nak cari bahan basah untuk lunch sebab masing-masing memang dah tak sanggup nak telan 'pak brahim'.

Specialnya hari ni, pihak homestay kehabisan bekalan gas jadinya kami perlu memasak menggunakan dapur arang. Fuhhh, meletup-letup ikan dalam kuali.

Inilah menunya - ikan goreng kari (serbuk kunyit takde dijual di sini jadinya sebagai ganti kami gunakan rempat kari sahaja), udang masak kari carca-berba (asalnya nak buat masak lemak cili api tapi kunyit yelekkkk), sayur campur dan tembikai. Memang berselera habis kami tengahari tu.

Agak-agak cuaca dah redup sedikit kami bergerak menuju ke pantai untuk berendam. Cukuplah sekadar berenang-renang ditepian, dan ke tengah berenang pun tak reti. Hinggalah hari beransur gelap baru kami bergerak kembali ke bilik untuk membersihkan diri dan sebagainya.



Hari ini warna langit lebih cantik dari hari sebelumnya.

Tiada dinner hari ini sebab masing-masing masih lagi kekenyangan. Takde aktiviti malam, masing-masing sekadar melepak di bilik dan mengarang poskad

*bersambung.

2 comments:

  1. walaupun ikan goreng takde serbuk kunyit tapi tetap nampak menyelerakan ikan goreng tu! view sunset tu cantik sangat

    ReplyDelete
  2. mrs.smile, nak kata 'mmg sedap', boleh tak?hehehe~ *masuk lif,tekan sendri ne :D

    ReplyDelete