Plan mengejut. Seharusnya saya ke Kepulauan Seribu di Jakarta tetapi mungkin sebab dah nama pun 'mengejut', email saya tak dibalas oleh pihak yang berkenaan. Untuk mengukur keluasan shopping kompleks di Jakarta, itu memang bukan sayalah - takde duit nak shopping. Untuk ke TMI, bila google gambar mengenainya lebih kurang macam Taman Mini Malaysia lah pula, tak minat. Saya masuk forum dan inilah hasilnya, saya follow Jakarta Hidden Tour yang dikelola oleh Pak Ronny. 2 hari sebelum berangkat saya berbalas email dengan Pak Ronny. Mungkin dah memang rezeki saya, kebetulan tarikh saya berada di Jakarta akan ada group dari Holland yang telah mendaftar untuk tour ini. Saya request untuk join group tersebut.
Sebenarnya, macam kontroversi tentang program ini (kawan-kawan boleh google sendiri) tetapi secara peribadinya saya menganggap program ini sebagai salah satu dari program kemanusiaan. Maksud saya ini salah satu peluang untuk kita sedar bahawa tidak semua orang ditakdirkan sebagai seorang yang bertuah. Lahir dan memiliki kelebihan berbanding insan yang lain. Bukan perkara mudah untuk 'masuk' di dalam persekitaran ini. Sensitiviti perlu diutamakan. Ini peluang untuk saya lebih mengenali apa yang ada di sebalik sebuah cerita indah. Perkara yang sama saya pelajari waktu di Manila tempohari. Peluang duduk dan saling bertukar cerita dengan mereka membuka mata saya sebenarnya kita punya banyak pilihan dalam kehidupan.
Sesi pertama kami dibawa menghayati Kota Tua. Takde sekeping gambar pun sebab muzium yang dibawa masuk telah pun saya explore last year. Saya sekadar follow dan kadangkala menjadi penterjemah kepada 'bule' yang ada - hentam ajelah walaupun bahasa saya berterabur :D.
Sesi kedua kami menaiki bajaj menuju Sunda Kelapa - juga dah p last year tetapi saya suka tempat ini jadinya memang sedikit excited lah. Syarat utama untuk follow tour ini adalah DSLR tidak dibenarkan. Jadinya, semua gambar diambil dengan menggunakan compact camera.
Saya dan Jazmin (USA). Kebetulan kami tinggal di hostel yang sama dan telah berkenalan terlebih dahulu, tu yang rapat sepanjang tour ini berlangsung.
Panas terik dan berdebu. Waktu kami tiba kerja-kerja mengangkat simen ke dalam kapal sedang giat dilakukan.
Kami dibawa masuk ke dalam salah sebuah kapal yang ada untuk melihat sendiri apa yang ada di dalamnya - perlu berjalan atas tong-tong ini.
Salah seorang anak kapal yang ada. Muda lagi budak ne, baru berusia 19 tahun. Mereka berehat selama 9 hari sebelum berangkat semula menuju Sumatra untuk menghantar bekalan simen.
View dari atas kapal.
Err tak tahulah ke mana destinasi mereka ini.
Acara wajib, bergambar beramai-ramai termasuklah dengan supir bajaj, Pak Ronny, Alex dan partner (Holland), Jazmin (USA) dan 2 orang wakil dari MetroTV, Fina dan Pak Edy (cameraman).
Sesi ketiga kami menuju ke perkampungan Luar Batang yang terletak berdekatan dengan Muzium Bahari. Di sini, kami dibawa masuk dan melihat dengan lebih dekat kehidupan masyarakat di perkampungan ini.
Sayangnya, di separuh perjalanan kamera saya mati. Tiba-tiba pula bateri takde. Jadinya, apa yang berlaku selepas itu menjadi kenangan peribadi buat saya. Seharusnya petang itu saya mengikuti mereka ke perkampungan di sekitar landasan keretapi Tanah Abang tetapi saya perlu mengejar flight kembali ke Kuala Lumpur. Rugi kerana perjalanan inilah yang saya tunggu-tunggu. Insyallah, untuk ini akan ada trip susulan. Maybe selepas raya. Siapa-siapa nak ikut, jomlah. Boleh email saya. Dah dapat date yang sesuai akan saya update melalui email.
hehe...welcome to the real world !
ReplyDeleteamacam asap di sana?
*abang bajaj tu macam senang dapat penumpang dua orang datin*
kasihan, kan??Datin cuma mampu ambil bajaj sahaja huhuhu
Deletemaksud saya, asap di KL dan sekitarnya?
ReplyDeleteteruk!!tak suka suasana seperti ini...
Delete*cepat2lah jadi boss biar keadaan seperti tidak akan berulang lagi ditahun2 akan datang...
ehemmm...tu mesti jadi menteri la...tunggu la kalau saya ikut politik (dan saya tak mau ikut politik)....
Deleteke Medan...di sini cerah...:D
jadi boss perusahaan pun tak minat juga ke? pak menteri tu tak payahlah..byk sgt tak ok nya dari ok hehehe...
Deletemedan??amboi, ini ajak-ajak ayam ke apa ne??hahahah
wow zilla. lain dari yang lain.. selalu kita dihidangkan side indah mereka tapi sisi gelap mereka disisihkan.. tahniah sebab dapat mempelajari sesuatu yang baru..
ReplyDeleteerr kenapa xleh bawa dslr yea?
Perkara biasa,sapa yang angkut DSLR dianggap sebagai reporter..lagi pun msuk di kawasan sepert ini byk hati yang perlu dijaga..bawa kamera besar2, lense dituju kpd subjek, sure kalau perkara yg sama dilakukan terhadap kita sure tak selesa, kan?
Deletebaru teringat...semasa ke pasar basah kebun kacang (sebelah tanah abang) mencari bumbu rawon...saya bawak dslr and amik gambar suasana pasar. langsung ditegur oleh org2 pasar - 'mas...fotonya? mau di bangunkan apa di sini?'..huhu sengih2..cuak.
Deleteotw balik ke jalan besar singgah kedai cari padlock...auntie cina yg jage kedai quoted 'berani ya jalan2 disini?'...bile kitaorg kate kitaorg dr malaysia and pegi pasar cari bumbu rawon...
Bestnya! dapat tengok kehidupan org jakarta dr sisi yg lain. Tak semua hidup senangkan. Bersyukur sgt bila kenang Msia. kita kene sentiasa memandang kebawah. br kita nampak org susah.. Zilla lepas ni kemana pula??
ReplyDeleteBetul, Linda..Tak semua org beruntung..Jadinya, bersyukurlah dengan apa yg kita ada saat ini sebab kat luar sana berapa ramai yang mendambakan berlakunya perubahan dari hidup; keluar dari kesusahan dan sebagainya...
DeleteKemana?Dok rumah ajelah hehehe.September ini Insyallah ke NTB..
uhuhu..teringat naik sepeda tua merentas macet kota lama batavia. member perempuan saya menangis2 sebab stress and terkejut. end up saya dan tour guide (yg berbahasa asli batavi yg tak paham sepatah haram), terpaksa antar member balik dulu ke tempat mula tour. hehe.
ReplyDeletebila kita jumpa situasi macam gini, barulah kita sedar yang betapa beruntungnya kita sekarang.. sesekali kita harus turun ke bawah, melihat dan menyelami kesusahan dorang dan kita akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada.. *ai is jeles, huaaaa..
ReplyDelete*erk, lepas raya tu sebelum NTB ke selepas NTB
jeles kenapa anne??hehehe..Insyallah kalau ada tix murah akan jadi sebelum NTB dan kalau mahal selepas NTB hehehe.harap big ada promo sebab last month saya cuma bayar RM29 je guna big point hehee..
ReplyDelete*oh ya ada info terkini nak share ttg NTB tapi nanti saya maklumkan, bz la ne nak beremail bgai hehehe..
jeles sebab u've got the chance.. tapi ni jeles manja gitu, bukan jeles betul2... hikhikhik..
ReplyDelete*pasal NTB tu takpe, bila dah free nanti email lah... saya ada hantar email kat 1 bus company yang run route denpasar - sumbawa, tapi takde reply plak..
jeles manja? alala comey bunyinya, anne hihihi..Insyallah nanti bila2 saya turun sana sya kabokan ya..manatau ada rfezeki boleh follow ehehe...
Delete*amacam?still takde reply?
comel cam ai jugak, perasan.. ahakss... kalau ikutkan semua tempat nak pegi, tapi tabung asyik kosong je camner, huhu.. insya Allah, ada rezeki dapatlah men'join'kan diri.
Delete*takde pun, nanti bila free saya try ushar lagi.. kot2 jumpa yang lain.
Nak ikut!
ReplyDelete