Pages

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..


Wooo, semakin bersarang blog ne hehehe. Ne lah akibatnya kalau tuan empunya blog dah semakin hilang minat untuk berblog huhuhu. Harap-harap lepas ne semangat tu akan kembali lagilah.

2 hari lagi nak raya. Best!! Besttt!! Besttttt!!

Saya masih di office. Esok pun masih perlu melalui rutin yang sama. Memang saya sengaja tak apply cuti raya. Cukuplah dengan apa yang ada. Cuti lama-lama pun tak tahu nak ke mana. Duduk rumah? Hohoho, jangan ambil risikolah. Bak kata mak, kalau boleh gantung balang kuih raya tu kat bibir memang saya akan gantung. Mana taknya mulut langsung tak reti nak berhenti mengunyah. Jadinya, sebelum badan ini semakin bertong-tong naiknya jadinya baiklah saya bekerja - boleh jimat cuti hehehe. At least kalau lapar boleh gigit monitor - merepek ajelah ne hehehe.

Blogwalking dari malam tadi, fuhh bestnya masing-masing. Semuanya dah selamat berada di kampung masing-masing bersama-sama keluarga tercinta. Alhamdulillah, moga perjalanan kembali juga akan diberkati dan selamat semuanya ya.

Malas nak melalut lagi....

Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan semua. Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata, tingkah laku dan sebagainya. Buat kawan-kawan yang beraya di Lembah Klang especially di Puchong, jemputlah singgah beraya di rumah...

Jom kumpul duit raya!!! :D

*Tak sabar nak tunggu ketibaan September..

23 comments:

  1. Selamat Hari Raya.. :D
    saya kat lembah klang jugak.. adakah di jemput juga? hahahaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya..

      hahaha..sila, sila...semua dijemput :D

      Delete
  2. Lama betul tak tinggalkan komen kat sini..asyik Silent Reader je :-)

    Selamat hari raya Zilla..maaf Zahir dan Batin jugak..maybe JM ada tersalah komen kat sini..kalau ada terguris di hati mohon maf yer sbb kekadang tak tahu org suka ke tak kan.. :-)

    Puchong?..JM di jemput jgk ke heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, JM..maaf untuk segalanya..

      hah, kalau nak datang tu..datanglah..tapi jgn pula dtg dgn tgn kosong..*ehemmm, paham2 ajelah ya heheheh..

      Delete
  3. Selamat hari raya maaf zahir batin buat zilla sekeluarga ;)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya zilla! Maaf Zahir & Batin. Have a great hari raya! ;))

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Zila, mohon maaf jika ada komen MS yg buat zila terasa hati.
    Puchong kat mana tu??? bagi alamat heeeeeee sebab MS pun orang Puchong gak, tak sangka kita berjiran rupanyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lebaran dan maaf zahir batin..
      bak mai email, nanti saya email alamat rumah hehehe..best, dapat jumpa org kg :D

      Delete
  6. selamat hari raya zilla, maaf zahir batin.......................raya mai laa raya PENEN,,,,,,,,,

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir batin PA...kalau beraya di Penen, agak2nya boleh dapat duit raya tak?? :D

      Delete
  7. jom pasang strategi kumpul duit raya, boleh buat belanja utk september, hehehe..

    Selamat hari raya, zilla... maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya.maaf zahir batin, anne..

      *strategi sedang berjalan ne anne hahaha..

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 1434 H...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya & maaf zahir batin, cik kodok :)

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1434 H...Kami mohon maaf jika ada tulisan atau ketikan yang menyinggung perasaan dan juga kesalahan-kesalahan lain...Mohon maaf zahir dan batin...taqabbalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum....

    ReplyDelete
  10. Selamat hari raya zilla, maaf zahir dan batin.
    raya kat puchong je ke? meh la turun ganu kite, kita beraya sama2. heee

    btw, mohon maaf kalau ada salah dan silap ye zilla. harap jangan di simpan dalam hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin PM..

      Ganu??Jauh tu, dah tak sempat pun nak p hehehe.

      Delete
  11. Selamat hari raya zila..nak p mana pulak sept nanti? :)

    ReplyDelete