Untuk entry sebelumnya, boleh lihat di sini -> JFC 2013 : Warna-Warni 'Artechsion'
Show untuk hari kedua berakhir sekitar jam 3.++pm. Saya ada beberapa jam lagi sebelum matahari terbenam. Mati kutu sorang-sorang di kota Jember. Inilah salah satu sebab kenapa saya tak gemar travel solo; tiada teman berbicara. Fikir punya fikir baiklah saya lanjutkan aje perjalanan saya ke pantai-pantai yang ada berdekatan dengan Jember.
Atas pertolongan teman-teman dari group backpacker Jember, saya mendapat info 3 pantai yang agak keren untuk dikunjungi. Pesanan dari mereka, Papuma bagus untuk sunrise, Watu Ulo agak hamis pantainya manakala untuk sunset Payangan adalah tempatnya. Saya nekad untuk ketiga pantai ini dengan harapan cuaca menyebelahi saya. Dalam masa yang sama saya try untuk mencari alternatif transport yang mampu menghubungkan saya dengan ketiga-tiga pantai ini (lokasinya terletak bersebelahan antara satu sama lain). Sewa mobil Rp350,000 tetapi tidak termasuk bbm. Mahal ok. Poket saya dah semakin menipis. Untuk naik angkut masalah pula untuk pulangnya nanti. Saya tak berani nak ambil risiko ini. Alternatif terakhir adalah dengan menaiki ojek.
Misi mencari ojek lah pula sebab ojek ini bukan seperti di Jakarta atau Bandung; mana-mana tempat boleh kita jumpa. Saya perlu menapak sekitar 15minit ke stesen ojek yang terletak di pasar Tanjung. Sesat jugalah dibuatnya nak mencari lokasi pasar ini. Untuk 3 pantai yang saya ingin kunjungi iaitu Papuma, Watu Ulo dan Payangan asalnya bapak tu minta Rp50,000 tetapi bila ada seorang mamat ne cuba campur tangan harga meningkat kepada Rp150,000. Mahal tu. Macam-macam dogenglah dibuka macamlah saya tak pernah sampai ke Papuma huhuhu. Jenuh menawar akhirnya saya bagi last price Rp125,000; nak, jom gerak, tak nak saya patah balik hotel. Akhirnya bapak ojek setuju dengan offer saya.
Destinasi pertama saya adalah pantai Payangan dengan jarak 35km dari kota Jember. Perjalanan ambil masa sekitar sejam; giler kematu montot hahaha! Lokasi pantai dan kewujudan pantai ne memang ramai yang tak tahu. Berkat dari pertolongan warga tempatan memberikan direction kepada kami, akhirnya berjaya juga kami sampai. Betullah kata orang, pantai yang sunyi (yang kelihatan cuma anak-anak dari kampung berdekatan sedang lepak-lepak di atas batuan besar yang banyak di persisir pantai ini).
Teluk ini diapit oleh dua anak bukit di kiri dan kanannya. Awas, ombak di sini sangat tinggi jadinya untuk mandi-manda memang dilarang di sini.
Saya try untuk memanjat dua bukit yang berada di pantai ini untuk merakam pemandangan di sini tetapi atas nasihat anak-anak kecil yang ada saya batalkan hasrat saya. Angin bertiup sangat kencang dan agak membahayakan buat saya. Takpelah, lain kali aje (itu pun kalau ke sini lagi hehehe). Saya berjalan di pinggir batuan besar yang membentuk landskap pantai ini dengan ditemani bapak ojek; dan viewnya memang tak mampu saya luahkan dengan kata-kata, memang cantik. Cuma nasihat saya kalau nak jalan di batuan ini, hati-hatilah. Silap langkap memang terus masuk ke laut dan bye bye lah jawabnya.
Teluk dari sudut yang berbeza. Nak berdiri tegak kat sini pun tak boleh sebab angin terlalu kuat. Kami mengesot di pinggir batuan untuk sampai ke lokasi ini.
Jom layan gambar.
Fuhh, memang separa lencun jugalah di sini.
Struktur batuan di pantai ini.
Salah satu bukit yang ada di pantai ini.
Pemandangan biasa di sini
Batuan yang berdiri tegak, itulah Papuma.
Sunset kurang menjadi kerana matahari berselindung di sebalik awan huhuhu
View ini saya rakam waktu perjalanan pulang ke hotel; tak tahulah di mana lokasinya.
Saya leka dengan keindahan pantai ini, jadinya saya batalkan hasrat untuk mengunjungi Papuma dan Watu Ulo. Saya lepak di sini sampai Maghrib sebelum berangkat pulang ke kota Jember. Tiba di hotel, terus saya demam siap dengan pakej batuk lagi hahaha!! Tak tahulah apa yang tak kena. Nak menapak mencari makan pun dah tak larat so saya layan roti bandung coklat cheese untuk hari kedua berturut-turut untuk mengalas perut. Time nelah teringatkan mak, nak bubur nasi huhuhu.
Roti bandung, yummy walaupun sudah masuk hari kedua saya layan hehehe.
Sambil layan kantuk mata, sempatlah saya menghubungi pak supir untuk meminta membawakan saya ke Ijen keesokan harinya; demam, itu belakang cerita. Jadinya, Ijen tunggu aku datang!! hehehe
*bersambung untuk Ijen dan Baluran.
eh cantik la tempat ni!
ReplyDeleteyupp..harap kecantikannya akan kekal sampai bila2 :)
DeleteKagum saya pada sesapa yg travel secara solo ni. Niat dihati teringin jugak. Tak tau la bilanya..hehhehw
ReplyDeleteBoring + tension + stress = mati kutu *hehehe...
Deletesaya prefer travel dgn teman2.at least sorang pun jadilah..skurang2nya ada teman berbicara ;)
Tempat memang dah cantik.. kene pulak photographer yg hebat mmg gambar terbaik sungguh.. :D
ReplyDeleteBy the way roti bandung coklat cheese pun bukan calang2.. sedap giler kot hahaha..
emm kalau ada pilihan lain, roti bandung itu bukanlah pilihan saya :P
Deleteamboi2 zilla..ombak rindu sorang2 nampak? hehe.bile la nk jawa2 lagi neh.
ReplyDeleteahakk, haruslah sorang2..kalau berdua tu dah tak jadi ombak rindu :D
Delete*bila lagi??
Ya Allah,cantiknya zila...sampai tak terkata.
ReplyDeletetak perlu nak kata apa2..hayati aje pemandangan yang ada :D
Deleteingatkan pegi dalam group..rupanya zila travel sorang sorang ke sini....
ReplyDeletesatu lagi hasil pemandangan yang cantik...subhanallah indahnya terkata!!
picture yang senja tu buat MS rasa sayu jer memandang...btw roti bandung tu nampak yummy!!
sayu?kenapa mrs.smile?
Deleteroti bandung tu besar saiznya..macam batu-bata tu..dipotong2..sekali makan oklah..dua kali makan tekak dah sikit menolak..tiga kali makan terus tak sanggup dah nak telan.muak hahaha...tapi time darurat macam tu, semuanya jadi yummmy :D oh ya, roti boleh tahan berhari2 tau hehehe..bagus utk budget traveller macam kitaorang ne :D
sy kalo ziarah blog zila ni pasti ada trip ke indonesia...sampai kan kalo terpikir indonesia teringat zila
ReplyDeletekah kah kah....
mmg jiwa anda ada disana kan :)
amboi sampai begitu sekali, kan??hahaha
Deletesejujurnya hati,jiwa, minda dan semuanya tetap ada di Malaysia..bangga tau, jadi anak Malaysia :D cuma macam mana nak cakap ya..emm,macam ne lah...Indonesia ne negara impian saya untuk dijelajah secara keseluruhan dan inilah jadinya..saya tak pandang berapa jumlah negara yang dah saya singgah tetapi apa yang saya dah saya capai dan pengalaman itulah yang akan saya bawa balik dan akan dikenang sampai bila2..mungkin juga, saya mencari sesuatu yang berbeza ;)
*tahun depan, Insyallah akan kurangkan ke Indonesia..nak sahut saranan Tun M "dasar pandang ke Timur", Insyallah :D
Jom zilla... meh kita temankan awak... =)
ReplyDeleteالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ReplyDeleteSalam kenal, saya asli orang tempatan kat Jember. Sangat bahaya kalau sorang pergi ke tempat baharu. Kalau pi Jember Best bulan ogos pasal ada carnaval terbesar ke-3 di dunia, namanya JFC. Bulan ogos adalah bulan berkunjung kat Jember. Sila hub.saya kalau nak pi lagi sini, insya Allah kalau mengenai bahasa saya boleh guna bahasa Melayu pasal saya pernah sekolah kat Malaysia. :3