Pages

Monday, October 7, 2013

Day 6 : Wisata Lombok (Part I)

16.09.2013 :Wisata Pantai Lombok - Maluk, Sumbawa Barat.

Entry sebelumnya boleh lihat di sini  -> Day 5

Kami bergerak dari Trawangan ke Telok Kode dalam jam 9.00am. Syukur kali ini keadaan ombak tidak seperti hari sebelumnya. 30 minit berikutnya kami sudah bertemu dengan Pak Aziz dan lokasi pertama yang kami tuju hari ini adalah kota Mataram kerana kawan-kawan saya ingin mencari ole-ole dari Lombok untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kami diberi masa hanya 30 minit sahaja untuk membeli-belah kerana perjalanan kami masih lagi panjang.

[Lupa apa nama kedai tersebut dan lokasinya tetapi harga memang murah giler dan kualiti barangan pun agak bagus]

RM Cahaya - Nasi Balap Puyung

 

Dalam perjalanan menuju ke Lombok Tengah untuk Desa Sasak Sade, kami singgah di RM Cahaya untuk makan tengahari. Ini kali kedualah saya singgah di sini dan rasa masih sama, sedap hingga menjilat jari hehehe. Satu pinggan terdiri daripada nasi putih, ayam pelencingan, ayam kering (seperti serunding) dan kacang kedele dan berharga Rp18,000. Wajib try kalau ke Lombok. Lokasi rumah makan ini berdekatan dengan bandara Lombok.

Desa Sasak Sade
Perut dah kenyang, kan? Mata pun makin memberat dan perjalanan kembali diteruskan menuju ke Desa Sasak Sade. Saya tak nak cerita panjang tentang Sade ini kerana saya sudah pun berkongsi info mengenainya di sini -> Lombok 2012 .

Tiada bayaran masuk yang dikenakan untuk melawat desa ini cuma kita digalakkan untuk memberikan sumbangan berdasarkan kepada keikhlasan masing-masing. Berapa aje yang diberi, mereka tetap terima. Untuk guide juga tiada bayaran khusus. Terserah nak bagi berapa.

Layan beberapa keping gambar di Desa Sasak Sade.

 
Cuba perhatikan betul-betul struktur bumbungnya. Kalau kawan-kawan nak tahu, ianya menyerupai peta Lombok itu sendiri. 

 
Alatan menenun.

 Demo menenun
 

Batu Payung
Dari Desa Sade kami bergerak menuju ke lokasi Batu Payung. Sebenarnya memang tidak ada dalam agenda awal kami untuk singgah di sini. Last minute, kami request pada Pak Aziz untuk singgah di sini setelah terjumpa info mengenainya di satu blog backpacker Indonesia. Menariknya, di sini pernah diadakan pengambaraan iklan Dunhill Mild  2013 (boleh lihat di Youtube).

Buat makluman kawan-kawan, tak ramai yang tahu lokasi Batu Payung ini dan akses ke sini juga agak mencabar kerana kondisi jalannya memang agak kurang bagus. Pengunjung juga perlu menapak sekitar 30 minit dari kawasan parking menuju ke batu tersebut. Kalau air laut pasang, memang tak boleh nak menapak dan perlu menaiki perahu dari Tanjung Aan dengan bayaran bergantung kepada berapa 'kepala' yang ada.

Dari Tanjung Aan, terus aje hingga berjumpa dengan papan tanda "Batu Payung". Dari situ dah dekat sangatlah. Lokasinya memang terletak bersebelahan dengan Tanjung Aan. Tiada bayaran masuk yang dikenakan. Pengunjung pun tak ramai. Cuma ada seorang bapak sahaja di sini yang menjual air kelapa muda. 

 
Nampak papan tanda ne kiranya dah dekat sangatlah dengan Batu Payung.


Inilah pemandangan awal yang menyambut kami. Sayup-sayup kelihatan itulah Pantai Syurga. Sinonim dengan namanya, tidak mudah untuk ke sana. Lalunya adalah berbeza (perlu patah balik) dan keadaan jalannya sangat teruk. Next time, Insyallah pasti kami singgah ke 'Syurga' dunia.

Sebelum tiba di Bayu Payung, memang banyak batu-batu besar seperti ini. Hati-hati melangkah jangan sampai tersadung.

 
Akhirnya setelah jenuh menapak meredah terik mentari inilah yang kelihatan.

 
Di satu sudut, batuannya menyerupai wajah manusia. 

 
Ini pula dari sudut yang berbeza. 

 
Juga dari sudut yang berbeza..

 
Crystal clear water. Bukit yang kelihatan itulah yang kami akan panjat nanti untuk melihat view keseluruhan Tanjung Aan.

*bersambung untuk Tanjung Aan, Pantai Kuta dan Pantai Mawun.

16 comments:

  1. Replies
    1. setuju..lombok byk sgt tempat best..seminggu pun belum tentu dapat p semuanya huhuhu

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah biqque...musim kemarau di sana..kulit mmg rentung...

      Delete
  3. batu menyerupai manusia tu subhanallah...
    Nasi bayap pulung tu enak sekali nampak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi balap bukan bayap hehehe...serius mmg sedap...ada yang belasah sampai 2 pinggan hehehe

      Delete
  4. wahh..dasyatnya batu tu..kalo kat serawakpun ada..kat Bako..kdudukannya dalam laut tepi pulau apa ntah. Cantik betul view

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh kat Bako pun ada juga ya?? Boleh masuk dalam list ne...

      Delete
  5. ngebut nih nulis blognya...kayaknya masih panjang ya, episode di Lombok kemarin...dah macam liputan National Geographic...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak kisahlah ngebut ke apa asal blognya di update :D

      Delete
  6. haha..menda tahla iklan dunhill....tapi pasal ikan bakar..haha.
    anyway...nice zilla...sedap gak tgk nasik tuuu...yam yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..akhirnya ada juga juga yg komplen pasal iklan tu...dah macma iklan ikan bukan iklan rokok, kan agip? :D

      Delete
  7. Boleh bayang kan nasi balap puyung tu sedap.. no wonder la pi untuk kali kedua.. :D
    Subahanallah Bayu payung tu memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap banget, TT..kalau tidak takdelah sampai licin pinggan masing2 dikerjainnya hehehe..

      Delete
  8. Arghh..nasi balap tu sedap sgt, terasa lg kriuk2 dia yg crunchy tu. Time nak balik ari tu rasa mcm nk singgah lagi je,haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorr awat tak singgah aje Pijah tapau bawa balik hehehe...takpe2 next time kita terjah Lombok lagi ya...kali ini kita p gumuk pasir tu pula ;-)

      Delete