Pages

Thursday, November 28, 2013

Doldam Guesthouse, Jeju

Beberapa entry yang berikutnya berkaitan dengan Jeju. Tapi saya takde idea macam mana nak mulakan, lebih-lebih lagi dengan gambar-gambar yang kurang menjadi, lagilah membuatkan saya 'lemau' untuk berkongsi pengalaman di Jeju. Untuk mencari mood yang entah ke mana menghilang ini, saya start dengan penginapan sepanjang 4hari 3malam di Jeju Island.

Doldam Guesthouse, menjadi pilihan kami di Jeju. Guesthouse ini agak jauh dari airport (sekitar 1.5j - 2j perjalanan) dan mungkin kerana itulah ianya tidak terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang ingin bercuti di Jeju kecuali Chinese. Namun, kedudukannya di Seogwipo memberikan kami sedikit kelebihan kerana main attraction yang ada di Jeju letaknya tidak jauh dari sini seperti Jeongbang Waterfall, Oedolgae, Cheonjeyeon dan beberapa tempat lain yang berada di dalam satu garis pantai yang sama. 


Selain dari itu, yang paling saya suka tentang guesthouse ini kerana suasana sekelilingnya yang jauh dari kota. Terasa seperti berada di kampung tapi dalam versi yang lebih best sebab dekat bebenor dengan pantai hehehe. Suasana sekeliling memang tenang mungkin kerana kedudukannya yang jauh dari main road. Cuma yang tak best, ada 2 ekor anjing dari rumah yang berhampiran yang suka bebenor menyalak sampai hilang suara tak tentu masa. Grrrrrr!!

Dari luar, memang tak nampak seperti guesthouse. Main building nya menempatkan restoran milik mereka dan semua urusan berkaitan restoran dan guesthouse dilakukan di situ. Kalau tengok memang serabut lebih-lebih lagi di kaunter mereka. Rasa macam nak aje tolong kemaskan agar lebih sedap mata memandang hehehe.

Ruangan serbaguna ini; semua aktiviti dilakukan di sini.

Mungkin kerana mereka tidak pernah menerima pengunjung beragama Islam jadinya mereka memang tidak ada pengalaman untuk berhadapan dengan beberapa perkara. Namun, dengan apa yang dah kami kongsikan moga mereka akan memberi perhatian berkenaan dengannya especially ruangan memasak. Untuk susah-payah yang diberikan bagi menyediakan ruangan ini buat kami, sekali lagi extra credit buat mereka.

Mengenai bilik, macam biasalah pilihan kami adalah dorm (18,500 won/night) kerana lebih murah berbanding yang lain. Bilik memang best, mengadap laut. Kalau cuaca baik, boleh lihat 'Jeju mermaid' menyelam di pantai tanpa sebarang bayaran (waktu kami di sini, keadaan kurang bagus so tak dapatlah nak tengok mereka beraksi).

Layan suasana di guesthouse ini, malas nak menceceh yang bukan-bukan hehehe.

Guesthousenya di bahagian belakang
Restoran merangkap tempat lepak
 
Guesthouse, yang di bahagian atas semuanya dorm.
 
Untuk kegunaan ramai tapi sepatah haram pun tak faham semuanya berbahasa korea mampu tengok gambar ajelah huhuhu 
Dorm untuk 6 orang merangkap bilik kami untuk 4 hari 3 malam.
  
View dari bilik; memang best suasananya. Tenang dan damai.
Layan sunrise dan sunset dari balkoni aje. Tak payah nak bersusah-susah kali ini. 
Night view dari balkoni.

27 comments:

  1. Salam Zilla,

    Zilla ni kerja apa ye... bestnya travel jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak...

      alahai, saya keje bese2 je kak huhuhu..

      Delete
  2. Haah saya pun pelik juga.. cuti panjang2 pulak tu... hehe

    Anyway good info, insyaAllah tahun depan sampai ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tak perlu lah nak pelik..saya ne kuli je..cuti tahunan pun tak banyak..yg jadi panjang tu sebab p time public holiday ;)

      wow, bulan berapa tu?? ikutttt!! :D

      Delete
  3. Ya Allah tenangnya tengok kawasan guesthouse ni...bagus juga ada review tempat macam ni yang jarang orang buat. At least, more options untuk pilih nanti. Tq Zilla for sharing.

    ReplyDelete
  4. cantiknye!terus rasa nak g jeju island..huhuuh

    ReplyDelete
  5. antara guesthouse yg cantik gak, nmpak mcm sgt selesa..nk g jeju nnt xyh pikir nk dok mana dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp...persekitarannya pun best..actually, guesthouse ini terletak di perkampungan nelayan dan jauh ke dalam..

      Delete
  6. Salam,

    nape x highlight yg kunci bilik ni pakai system auto-lock yg cm dlm cite korea tu. hehehe
    " remember the number" owner tu btau. hahahah lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala lupa lah fieda..passwordnya ingat tapi bila nak keluar tak berapa nak reti..alih2 terkunci sendiri dalam bilik :D

      Delete
  7. Ya Allah sukernya dengan GH nie...mesti best duduk kat balcony tuh sambil layan sunset pastu hirup kopi panas!!

    kalo ms sampai sini karang ada yang takmo balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..time kitaorg p, tak lalu dah nak dok kat balcony tu..sejuk beku :D keluar pun sebab nak jemur baju..kalau tidak jgn harap..

      tapi kalau time spring, mesti best lepak situ, layan kopi sambil baca buku..:D

      Delete
  8. emm pergi jeju..bestnyer...jadi xpergi seoul la ni?

    ReplyDelete
  9. Salam.. Hai Zilla ^^

    Wahh.. jumpa juga entri berbahasa melayu.. tgh survey guesthouse di jeju..mula2 aim yeowolmook g/h yg dekat dgn woljeong-ri beach.. tapi mcm harapan tinggal harapan je sbb nampak dalam gambar ada bela anjing & anjing tu mcm bebas berkeliaran huhuhu.. tanya2 dgn owner dia x jwb plak.. adoii..

    Lepas tu try survey doldam gh ni. cuba jugak msg owner dia. nampaknya rajin me reply dan dia mengaku ada anjing..katanya anjingnya jinak & takkan mengganggu.. Betul eh, zilla?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Didi..

      Betul lah apa yang mereka katakan tu..anjing cuma seekor dan sangatlah tak heran dengan tetamu yang menginap di situ seolah-olah dia hidup dgn dunianya aje..so jgn risau part anjing tu, Insyallah ianya tak akan menganggu..

      Delete
    2. Salam Didi..saya penah stay kt yeowolmook g/h tu 3 hari. Anjing tu mmg xkacau pun. Owner dia da ikat siap-siap.

      Delete
    3. Salam Didi,

      Sy penah stay kt Yeowoolmok G/H. Diorg mmg ada bela anjing. Tapi anjing tu diorg ikat kt luar rumah. Anjing tu baik je..xde pun buat bising..

      Delete
  10. Salam zila & little gumiho..
    Thanks for the info!
    Saya insyaAllah bertolak ke busan 2 june ni.. esok dah gerak ke kl. Sampai busan pagi..then ptg tu ke jeju. Akhirnya berjodoh juga dgn Yeowolmook guesthouse ni!semoga semuanya selamat dan mengikut perancangan. Amin.

    ReplyDelete
  11. hi, zilla. I'm astri :)
    I wanna ask you about doldam guesthouse.
    i see at the map it is near seongsan ilchubong peak, isn't right ?
    and, how to get this guesthouse from jeju airport?
    thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi astri

      From this guesthouse to ilchubong it take about 30 - 45 minutes. I think if you have plan to catch sunrise at the peak you need to start your journey from the guesthouse early morning around 3.30am @ 4am.

      I need to check my notes first then i will update how to get this place from airport.

      Delete